Tuesday, October 3, 2017

Mufti setuju cukai GST hukumnya haram

   

SALAH satu laporan dalam Akhbar Sinar Harian semalam yang bertajuk 'Mufti Setuju GST Haram'. Di bawah ini aku salin semula laporannya.

Perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada masa kini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiaya rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.



"Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

"Secara umum saya bersetuju GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin Dewan Ulama PAS melalui ketuanya Datuk Dr Mahfodz Muhamed berkata GST perlu dihapuskan kerana kaedah percukaiannya adalah haram dan tidak menepati Syariat Islam.

Justeru Wan Salim berkata dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

"Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor," katanya.

Sehubungan itu, Wan Salim mencadangkan agar perlaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil.

Beliau berkata cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya termasuk syarikat-syarikat korporat.

"Pihak Kerajaan perlu menentukan had minimum pendapatan individu dan Syarikat untuk dikenakan GST," katanya.

Inilah beza antara Mufti yang berani berkata benar di hadapan pemerintah zalim berbanding mufti pengampu yang hanya sanggup mengampu pemerintah zalim demi menyelamatkan periuk nasinya.

Bila Mufti pun sudah kata cukai GST hukumnya haram, kerana membebankan dan menyusahkan hidup rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah. Maka eloklah cukai GST ini dihapuskan terus.

Hapus cukai rakus!

No comments:

Post a Comment