Sambutan ulang tahun ke-71 Umno dikatakan yang terbesar pernah diadakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Mei, 2017.
SAMBUTAN ulang tahun Umno ke-71 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil hari ini turut dihadiri pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menerima arahan wajib hadir.
The Malaysian Insight difahamkan pelajar tersebut merupakan pelajar kokurikulum tahun satu hingga tiga, serta turut melibatkan pelajar badan beruniform tahun satu.
Seorang pelajar UiTM Shah Alam yang tidak mahu mendedahkan namanya berkata arahan untuk menghadiri acara ini datangnya daripada pengurusan tertinggi universiti.
"Kami dapat arahan ini masa (pada hari) Selasa dan Rabu yang kata kami wajib hadir sebagai sukarelawan," katanya semasa ditemui di stadium hari ini.
Pelajar itu mendakwa arahan tersebut di hantar menerusi aplikasi whatsapp sambil menunjukkan kiriman pesanan tersebut kepada The Malaysian Insight.
Bagaimanapun, pelajar tahun satu itu berkata setakat ini mereka tidak diberikan sebarang tugas.
"Tidak ada pulak, tidak ada susun kerusi ke apa, apa ke jadi kita cuma jalan- jalan di sini."
Tambahnya lagi, mereka juga diberi pengecualian kuliah selain dijanjikan sijil sukarelawan. Makan minum akan turut disediakan seperti dinyatakan dalam kiriman whatsapp tersebut.
Sementara itu sekumpulan pelajar UiTM yang ditemui The Malaysian Insight merungut kerana dipaksa hadirLagu yang wajib dihafal oleh Mahasiswa kita sempena Sambutan UMNO.— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 11, 2017
Just substitute "DS Najib" with "Kim Jong Un" and we'll be North Korea😐 pic.twitter.com/zGSZYdu196
"Kita cuma dapat arahan wajib datang, jadi kita datang, kata diberi makan minum kupon tapi kami tak dapat apa-apa pun.
"Dari pagi tadi kami tunggu dan duduk tak buat apa- apa, kami macam nak balik," kata mereka yang enggan memberikan nama.
Ada juga pelajar UiTM yang enggan memberi komen apabila ditanya dan memberi alasan tidak dibenarkan menjawab soalan media.
"Kita cuma pelajar kak, ini arahan daripada universiti kita tak boleh bercakap, " kata pelajar itu.
Selain itu, pelajar juga memberitahu The Malaysian Insight yang mereka terpaksa menunggu sehingga jam 11.30 malam dan tidak dibenarkan pulang kerana perlu menandatangani kehadiran.
"Kita nak balik tadi, tapi kawan kata tak boleh sebab ada ada tandatangan kehadiran, kalau kita balik takut dianggap ponteng," keluh kumpulan pelajar terbabit.
Difahamkan sebanyak 110 buah bas membawa pelajar UiTM untuk menghadiri sambutan ulang tahun Umno berada di Stadium Bukit Jalil sejak jam 10 pagi.
Sambutan ulang tahun 71 tahun Umno ini dikatakan acara terbesar pernah dianjurkan setakat ini. Antara acara yang dirancang ialah cabutan bertuah RM1 juta kepada ahli Umno. – 11 Mei, 2017.
No comments:
Post a Comment