Monday, October 30, 2017

Viral: Awas Udang Palsu Sudah Berada di Pasaran Malaysia




KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Sebuah video menjadi tular apabila seorang lelaki mendedahkan ada udang palsu yang dikatakan sudah memasuki pasaran di Kuala Lumpur.

Video berdurasi 1 minit 33 saat itu memaparkan lelaki tersebut memegang udang palsu itu dengan mendakwa ianya adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia.

Dalam video itu juga, lelaki tersebut turut menunjukkan demonstrasi bagi membezakan udang yang didakwa palsu berbanding udang asli.

“Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi ‘udang jeli’ tak merah,” katanya yang kemudian mengangkat udang dari dalam kuali, sambil menunjukkan tekstur udang yang didakwa palsu itu.

“Yang tiruan seperti jeli,” katanya sambil menggerak-gerakkan udang yang dipegang.

“Kalau udang betul, tak macam ni, ia keras. Rasanya juga tak macam udang, nampak saja macam udang,” dakwanya.

Sebelum ini, sudah beberapa kali laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam beberapa buah negara termasuk Malaysia dan ia semakin membimbangkan.

No comments:

Post a Comment