TIBA-TIBA tersebar sebuah rakaman video berdurasi 3 saat yang memaparkan artis Melayu terkenal tanahair Izara Aishah berpakaian begitu menjolok mata, sehingga menampakkan separuh payudaranya.
Rakaman itu menjadi tular (viral) di media sosial kononnya dikatakan Izara tampil berpakaian seksi begitu di malam anugerah ABPBH semalam.
Berikut video yang dimaksudkan.
Namun semakan melalui laman Facebook rasmi milik pelakon yang turut popular dalam filem J Revolusi itu menyatakan bahawa beliau telah meminta maaf atas kesalahan memakai pakaian tidak sopan tersebut.
Dakwanya beliau tidak membuat kesilapan yang sama setelah memohon maaf sebelum ini.
"Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu saya tidak lagi mengulanginya lagi," tulis Izara.
Difahamkan, video tersebar itu sebenarnya adalah video lama di mana Izara muncul berpakaian tidak sopan dalam sebuah majlis.
"Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then (maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi." Jelasnya.
"Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul. Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum." Tulisnya lagi.
No comments:
Post a Comment