Ada yang mengambil kesempatan untuk membuat fitnah siapa yang datang program TN50 Bersama Perdana Menteri dan Penggiat Seni semalam dibayar RM250.
Ada ka artis yang hadap wang sebanyak RM250?
Saya cadangkan agar penganjur membuat laporan polis agar insan istimewa ini merengkok di dalam lokap sehari dua.
Sumber: FB Malaysian Patriots
P/S: Hasil Pendapatan Artis pun berpuluh ribu, apalah hadap sangat RM250 tu, agak2 lah nak buat fitnah.
Memang tak hairanlah puak2 Gay yang suka buka baju dan tayang di FB untuk public lihat ni memang cukup Anti dengan PM Najib. Tu sebab mereka menyerang TN50 dan membuat fitnah.
Kerana sebab satu jer.., PM Najib tak layan permintaan kaum LGBT ni, lainlah idola mereka Anwar Ibrahim mereka cukup sayang.
*********************************************************************************
INSIDEN PENAMPAR - APA YG TERSIRAT DISEBALIKNYA?
Wah, kecoh sekali semalam apabila sesi dialog TN50 PM bersama hampir 400 penggiat seni tanah air apabila berlaku insiden #TAMPARAN MAT OVER kepada David Teoh.
Mula-mula tengok video tu, saya menyangkakan David Teoh menimbulkan kekecohan dengan bertanyakan soalan berbentuk provokasi kpd PM hingga menyebabkan Mat Over naik darah. Tetapi, bila melihat kepada video lain pula, yang lebih jelas butir bicaranya barulah saya faham, rupanya David Teoh melepaskan geram kepada moderator iaitu Rosyam Nor yang gagal menjadi moderator yang baik di atas pentas berbentuk bulatan dengan hanya memberi tumpuan kepada satu sudut kelompok hadirin sahaja.
David Teoh kena faham, Rosyam Nor dah terbiasa menjadi juri pertandingan dan sudah terbiasa memfokuskan pandangan kepada satu sudut sahaja. Saya cuba bersangka baik; tiada unsur pakatan antara penganjur, moderator dan yang hadir telah wujud di mana yang akan bertanya soalan kpd PM telah disusun atur lebih awal. Husnudzon.....(walaupun ia tak mustahil berlaku dalam mana-mana talk show).
Insiden ini telah menarik perhatian banyak pihak dan pimpinan politik juga tidak ketinggalan memberi ulasan.
Pimpinan PAN, Mujahid Yusof Rawa mengatakan insiden tersebut menunjukkan adanya budaya bodek sakan dalam kalangan artis.
Ada juga suara-suara yang mengatakan David Teoh adalah dari pihak DAP dan kebetulan Mat Over pula adalah ahli UMNO tegar, maka keluarlah suara sumbang yang mengatakan DAP kurang ajar, ahli UMNO pula kaki bodek. Mungkin ada kebenarannya juga.
Saya melihatnya dari sisi lain.
★ Semasa kekecohan berlaku, PM kelihatan tenang tersenyum di atas pentas dan hanya mengeluarkan kata-kata "Rileks, rileks...".
★ ulangsiar berkali-kali rakaman video tersebut, tamparan itu tidak mengenai David Teoh pun sebenarnya.
★ di penghujung program, David Teoh, Mat Over dan Rosyam Nor bersalam dan berpelukan di hadapan PM sebagai tanda perdamaian.
Tampaklah PM sebagai seorang yang tenang, berwibawa dan bersifat pendamai di hujung cerita yang seperti sebuah drama pendek.
Ramai yang terlupa agaknya khalayak penggiat seni itu terdiri daripada pengarah filem dan drama yang hebat, pelakon-pelakon yang mantap. Senyum sendiri saya... 😉😉
Ramai juga lupa agaknya, PRU14 semakin hampir. Imej PM yang tercalar dengan pelbagai isu besar selama ini harus segera UMNO pulihkan dengan pelbagai cara dan rakyat dikelabukan seketika matanya.
Paling penting, kekecohan semalam telah menenggelamkan kenaikan harga petrol RON95, RON97 dan diesel pada hari ini.
Begitu mudah UMNO melekakan rakyat dari hal yang sepatutnya menjadi isu pokok. 🙃🙂🙃🙂
Tinta Marhaen
18052017
#MAMPUCentre
#SEJAHTERAbersamaISLAM
#BPMSlillahiTa'ala
No comments:
Post a Comment