Wednesday, October 18, 2017

Mat Over Terpaku ! Ini Tindakan Nekad David Teo Lepas Ditampar Mat Over..



“SAYA tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

"Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," kata pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Over.

Mat Over menampar penerbit filem dan drama Datuk David Teo sehingga sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya, malam ini, terhenti seketika.


Kekecohan antara David dan Mat Over pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana. FOTO Asyraf Hamzah
David ditampar oleh Mat Over di hadapan Najib dan perantara program, Datuk Rosyam Nor .

Insiden bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Rosyam yang tidak memandang ke arah tempat duduknya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.

David menyifatkan tindakan Rosyam tidak adil kerana tidak memberi laluan kepada mereka di barisan belakang untuk bertanya soalan dan menyuarakan pandangan.

Dalam kekecohan mempertahankan pendapat masing-masing, Mat Over secara tiba-tiba meluru ke depan pentas bagi memberi amaran kepada David supaya tidak kurang ajar sambil menampar muka penerbit itu.

Di sebalik kekecohan itu, Najib dan Rosyam tetap meneruskan dialog sehingga ke penghujung acara sehinggalah David dan Mat Over dibawa masuk semula ke dalam dewan untuk bertemu Najib bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.


Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana terhenti seketika selepas Mat Over menampar David. FOTO Asyraf Hamzah
Mereka berdamai dengan bersalaman sambil disaksikan Najib dan Rosyam. David dan Mat Over turut bersalaman dengan Najib dan Rosyam.

Video kejadian itu tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.


 Mat Over berkata, dia sudah berfikir dahulu sebelum menampar David kerana menganggap cara penerbit filem dan drama itu kurang ajar.


David dan Mat Over bermaafan dan bersalaman selepas berlaku kekecohan di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Rosyam Nor pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Segmen Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana.

Dalam pada itu, David tidak sangka Mat Over boleh bertindak begitu kerana selama ini pun dia tidak mengenali pelakon itu.

"Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

"Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya," katanya.

Sumber : Pedas

No comments:

Post a Comment