Wednesday, October 4, 2017

PTPTN Kantoi Curi Duit Peminjam

MENGEJUTKAN! Benarkah PTPTN mencuri duit peminjam? Jika benar, sudah berapa ramai peminjam yang menjadi mangsa kepada penipuan ini?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kes peminjam yang liat untuk membuat bayaran balik pinjaman mereka. Namun, kes ini lebih mengejutkan.

Ikuti kisahnya berserta bukti-bukti yang dikemukakan di bawah.

“Tolong Saya! PTPTN Curi Duit Saya..”

PTPTN MENCURI DUIT AKU(money fraud)

Assalamualaikum wrt

Aku adalah peminjam PTPTN yang membuat pembayaran yang aktif sejak tahun 2012 lagi. To be exact bln 6 2012 selepas permohonan untuk pertukaran daripada konvensional ke ujrah diluluskan.
Tiap-tiap bulan bayar penuh tak pernah missed. Struktur pembayaran bulan adalah RM192, tapi untuk memudahkan cara aku genap menjadi RM200. Pembayaran aku lakukan sendiri dengan membuat pembayaran melalui online banking. Urusan pembayaran biasanya tiada masalah sebab aku memang byr ontime walaupun kena charge 50 sen sebelum wujud Jom Pay.

Walaupun aku berdepan penuh karenah PTPTN ni, (isu penukaran konvensional-ujrah,isu aku ingat aku tak de tunggakan rupa-rupanya 6 bln tertunggak masa proses penukaran konvensional-ujrah, isu kate tak payah bayar lagi lps 6 bulan abes study, isu nak buat pengecualian pembayaran sbb tak keja dan smbg belajar, tp dikatakan bhwa kos pentadbiran berjalan walaupun buat pengecualian yang mana last-last byr jugaklah tiap-tiap bulan berbekalkan elaun pama (omma saranghea,appa saranghea) & MARA, isu nak beli Areumdaun Betsy sbb nama kena CRISS walaupun istiqamah membayar) aku tetap mencoba menjadi peminjam yang penuh berhemah untuk melangsaikan hutang pendidikan ini.

Pada tahun lepas, setelah diumumkan insentif 10% kepada pembayar melalui online banking, maka aku tidak beragak- agak untuk membuat permohonan. Lain daripada kebiasaan 2 tahun lepas, insentif ni kena pohon sendiri bukan diskaun secara automatik lepas setahun genap bayar ye adik- adik. Kaedah ni katanya pegawai PTPTN, kita kena tetapkan berapa bulanan yang kita nak bayar, automatik setiap bulan 10% akan ditambahkan kedalam akaun PT. Contohnya aku bayar RM200, dalam akaun PT aku byr jadi RM220.

Setelah lama membuat perkiraan, disamping terdapat insentif 15% yang ditawarkan oleh kerajaan kepada peminjam yang membuat pembayaran secara lump sum, aku ingat ini adalah peluang untuk aku settlekan hutang PTPTN ini. Aku nak settle awal sebelum tempoh dijadualkan. So, ak ke pejabat pegawai PTPTN. Pegawai tersebut mencadangkan supaya aku membuat pembayaran menggunakan akaun 2 KWSP. Akaun 2 KWSP ak tidaklah dapat menampung sepenuhnya total amount PTPTN, tapi katanya, aku boleh continue bayar sendiri bakinya. So, aku pun dengan penuh iltizam pergilah ke KWSP untuk proses tersebut selepas mendapat sms dari pihak KWSP. Separuh daripada amount PTPTN settle, dan seterusnya aku nak buat pembayaran baki.
Permohonan lump sum yang aku buat adalah di awal bulan (2/4/2017), katanya pegawai PT, nilai amount yang dia keluarkan ni mungkin akan berubah (berlaku pertambahan (aku agak kos ujrah)) since closing akaun bln tu (1-6hb). Yang tu tak peliklah kos ujrah berdasarkan penyata yang aku duk semak rm17.50 sebulan.

Aku settle gi cop jari kat KWSP 5hb, katanya pegawai KWSP minggu depan released.

NAMUN, NAMUN, NAMUN.. INILAH KLIMAKS CERITA PTPTN CURI DUIT AKU..

Disebabkan aku buat insentif 10% diskaun bg pembayaran online tiap bulan, jadi aku terikat tiap-tiap bulan kena byr on time 27hb-10hb bln seterusnya (ok, masa korang buat permohonan ini, pihak PT tak akan bgtau, diorang akan bgtau bila issue dah jadi dgn ayat, haaa mmg macam tu, bank akan tolak auto kalau lepas tarikh ni). Kalau tak byr, PT akan tarik duit dari akaun yang diregister (ciyes scary).
Aku baru aku perasan, duit dalam bank aku RM200 hilang, ghaib! Aku check transaction history, tiada ak membuat pembelian online atau transfer. Aku check statement, luluh hatiku melihat duitku RM200 ditransfer kepada PTPTN. PERMAINAN APAKAH INI? Kenapa PTPTN curi duit aku tanpa sebarang makluman sedangkan aku dah buat half payment?????? Aku check dalam penyata PTPTN, tiada pun amount tersebut dimasukkan membuat aku lagi hangin satu badan. Dan amount baki yang tertinggal masih lagi berbaki melebihi sepatutnya amount yang aku perlu bayar!

Aku pergi ke kaunter PTPTN lagi, untuk membuat semakan amount yang sepatutnya aku bayar di samping check perkembangan PTPTN ak ni. KOT LA DALAM SYSTEM AKU LAMBAT KEY IN, ACCOUNT PEGAWAI HARUSLAH ADA DETAIL. Tapi sebab pegawai yang aku berurusan sebelum ni adalah orang yang berbeza, maka di sarankan kat supaya bayar full amount yang tertera kat penyata tu? What theee ????
Siyes ak tak puas hati dengan perkhidmatan PTPTN ni. Aku tak sure diorang ni memang di-train untuk cekau duit peminjam ke bagaimana. Aku bayar kot kos pentadbiran korang selama 6 tahun ni!!!! Cubalah bagi perkhidmatan yang setimpal sikit. Hangpa ingat aku cop duit ke ape?? MANA INSENTIF 15% YANG DICANANG-CANANG TU?? Ke mana duit RM200 YANG HANGPA ROMPAK DARI AKAUN PERIBADI AKU????

Aku batalkan niat untuk bayar lump sum. Balek umah dengan perasaan tak puas hati. Siyes. check balik dokumen-dokumen PT yang ak ada. Buat pengiraan balik amount yang perlu ak bayar berdasarkan penyata lump sum aku. Buat ape bersusah payah nak kuarkan duit dari KWSP kalau last-last camni jugak gayanya.

Aku call dan bertanya kepada pegawai PTPTN yang keluarkan penyata lump sum kat aku (bukan pegawai yang aku berurusan kat kaunter td), berapa exact amount yang tinggal, dia tidak dapat menjawab dengan tepat sebaliknya menganggarkan amount yang lebih kurang. Alasannya sebab permohonan aku buat lump sum tu sewaktu akaun ditutup jadi amount jadi tidak muktamad (pakai system zaman batu ke ape 2 minggu tak update-update lagi). Maksudnya aku kena top up lagi sampai nilai yang aku byr tu melebihi nilai sepatutnya aku kena bayar (aku agak ni kos pentadbiran la tu). Nilainya dalam RM4200 dia kata kena bayar.. Tp ni nilai assumption dia. Dan berdasarkan pengiraan aku, nilai yang ni pun masih lagi besar. Korang ni betul ke bagi perkhidmatan cenggini gayanya???
Buat simple calculation pun RM8923.53(total lump sum)-RM4851.83(kwsp)-RM200 (duit hangpa curi dari akaun aku) =RM3871.70. Dah kenapa kena bayar sampai tambah beratus-ratus???

Sudahlah curi duit dalam akaun peribadi aku, tanpa khabar (pemberitahuan melalui email atau sms), lepas tu siap suruh aku bayar lebih-lebih lagi. Penyelesaian mudah dari pihak PTPTN, awak bayar lah dulu amount yang berbaki tu, nanti pihak dia akan buat surat kalau ada lebihan baki. Nanti pihak PT akan bagi balik. Nanti tu tahun ke berape masihi? Adik aku yang bayar lump sum dua bln lepas baki 60 sen pun PTPTN tak bayar lagi, surat pengesahan tamat bayar pun tak sampai-sampai ke rumah janji sebulan lps settle byr. What do you expect from me? Atau aku pun boleh charge kos perkhidmatan kalau hangpa byr setahun kemudian. Amacam?

SO, KAWAN-KAWAN ANY IDEA UNTUK BAWA ISSUE NI KE PENGADILAN? Kepada siapa harus ak adukan hal ini. Aduan careline PT same je jawapan dengan pegawai kat kaunter. Macam kesian je aku sound pegawai kat kaunter sedangkan dia pun bekerja sama cam aku.
Even aku pegi ke kaunter PTPTN pun tak membawa kepada penyelesaian yang sewajarnya, so aku rasa buntu kepada siapa perlu aku adukan hal ini. Mohon sangat-sangat..

Ape aku rasa kat sini? Aku rasa dianiaya. Ni scammer ke Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional?

PTPTN Curi Duit Peminjam
Penyata lump sum

PTPTN Curi Duit Peminjam
Penyata pengesahan pengeluaran KWSP

PTPTN Curi Duit Peminjam
Email dari PT duit KWSP dah masuk tapi email curi duit aku tak pulak reti nak bagi

PTPTN Curi Duit Peminjam
Penyata PTPTN latest

PTPTN Curi Duit Peminjam
Ni insentif tu kalau korang check kat website PT

PTPTN Curi Duit Peminjam
Statement kat bank aku tengok duit mengalir keluar



Kita nantikan apa jawapan dari pihak PTPTN berkaitan isu ini.

No comments:

Post a Comment