Tuesday, October 31, 2017

Kisah Sebenar Video wanita mengamuk pukul kereta baling kasut viral di facebook



AKSI seorang wanita mengamuk memukul sebuah kereta berulang kali dan turut menunjukkan isyarat lucah kepada individu dalam kereta tersebut menjadi 'viral' di laman sosial apabila video yang merakam kejadian itu disebarkan melalui Facebook.

Di tengah-tengah video tersebut wanita itu dilihat melakukan aksi lucu apabila menanggalkan salah satu selipar yang dipakai sebelum membalingnya ke arah kereta.

Tidak lama selepas itu dia dilihat menanggalkan sebelah lagi selipar yang dipakai sebelum membaling selipar itu juga ke arah kereta sambil berjalan menjauhi kereta tersebut. Akibatnya dia terpaksa meninggalkan kereta yang 'dia marah sangat' itu dalam keadaan berkaki ayam.



Apa punca sebenar wanita terbabit begitu marah tidak dapat dipastikan secara mutlak, namun berdasarkan sumber di media sosial wanita tersebut sebelum itu dikatakan bertelagah tentang 'parking' dengan pemandu kereta terbabit.

Berikut rakaman video yang dimaksudkan. Sila klik button play untuk menonton. Jangan gelak kuat sangat, takut haus dan dahaga boleh membawa kepada batal puasa. Lihat Facebook Profile Gadis Ini


Berikut Adalah Komen Daripada Gadis Berkenaan

Assalamualaikum,salam sejahtera...saya mulakan dengan bismillahhirahmannirrahim...alhamdulillah Allah bagi saya kekuatan disini untuk menceritaan bermulanya kes sya petang tadi bertarikh 30/5/2017 jam 7petang dibazar ramadhan kuah langkawi...
...........................................

Kami sampai bazar dalam pukul 7:00pm lebih kurang macam itulah,saya ternampak parking dan tanpa pikir apa2 saya terus masuk sebb kejan masa nk beli juada berbuka puasa,bila dah siap parking saya terus kunci kereta dan jalan terus ke bazar(masa ni takada sesiapa yang datang menyapa masa saya dh turun dari kereta) ,dan pada masa itu saya nampk cina tu reverse kereta dan hon panjang sampai semua orang kat situ tengok saya,saya pun pergi ke arah kereta cina tu untuk bertanya kenapa dia buat macam tu,dia pun buka tingkap dan kata "itu parking saya!!! Bawak kereta tk ada lesen ka",dengan nada yang marah...saya pulak malas nak gaduh dan saya terus berjalan ke bazar sebbnya dia tk profesianal cakap tak ada budi bicara trus marah2..bila separuh jalan saya pusing ke arah dia rupa2nya dia sedang merakam gambar kami..saya patah balik dan bertanya kenapa dia kenapa rakam gambar kami..tapi dia tk jawab dan trus lock pintu depan belakang dn tutup tingkap sisi dia kiri kanan dan tunjuk penumbuk kepada saya dan masa tu trus terjadi perbalahan antara kami ...itu yang menyebabkan saya membalas perbuatannya yg sebelum untuk tunjuk penumbuk kearah kami...mgkin didlm video tu nampak kmi yg berslah sebb video tu hnya menunjukkan perbuatan kami tapi perbuatan dia pada kami tk nampak disembunyikan... Bagi yg mencaci saya...alhamdulillah saya trima dgn ikhlas pahala puasa anda(trima kasih)...bagi yang tahu keadaan sebenar dn pertahankan saya...ribuan trima kasih..jasa anda hnya Allah yg dpt memblsnya..jika benar saya yg bersalah saya ingin memohon maaf disini..tetapi jika dia yg bersalah..saya ingin dia membersihkan nama saya kembali...Allah yg sebaik2 perancangan...tq..boleh viralkan jugak penjelasan dari pihak saya mcm mna yg diviralkan sebelah pihak cina itu...sekian Lihat Facebook Profile Gadis Ini

No comments:

Post a Comment