Baju Rosmah Mansor RM325,000 dan Menginap Penthouse A$20,000 (RM65,100) Semalam?
Kalau pada 2 bulan lepas, akhbar Western Australia mendedahkan「kegiatan berbelanja mewah」seseorang yang dikenali dengan gelaran 「wanita pertama」 berbelanja mewah barangan mutiara sehingga harganya mencecah RM487,687 manakala seorang anak kepada Datuk Najib dikatakan juga telah berbelanja barangan mutiara sekitar AU$$60,000.
Itu laporan berita 2 bulan lepas. Terbaru, satu lagi akhbar utama di Australia iaitu Sydney Morning Herald melalui komumnisnya yang bernama Adrew Horney mendedahkan cara berbelanja mewah Rosmah Mansorsemasa beliau bercuti di sana 2 minggu lepas sehingga menarik perhatian mereka untuk mengulasnya.
Antara butiran laporan berita akhbar Sydney Morning Herald dalam ruangan Private Sydney」 mendedahkan yang mana :
Kolumnis Andrew Horney telah menggelarkan Rosmah Mansor sebagai 「first lady of Shopping」 menerusi laman twitter miliknya
Rosmah Mansor telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney
Rosmah Mansor merupakan 「pelanggan terbesar」 Carl Kapp setakat kerana sanggup berbelanja pada jumlah sebegitu besar untuk pakaian semata
Semasa Datuk Seri Najib Razak & isterinya Rosmah Mansor bercuti di sana, mereka menginap di Penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam
Rosmah Mansor dalam pada masa yang sama meminta 「parkir valet untuk limousinnya」 dan menerbangkan Carl Kapp diterbangkan ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang telah ditempah
P/S : Adakah Carl Kapp telah melakukan kesilapan besar mendedahkan hal ini melalui artikel di laman blognya bertajuk Carl Kapp』s Couture Capers?
PP/S : Nampaknya ada kemungkinan Rosmah Mansor akan menolak semula tempahan tersebut. Mungkin? Apabila membaca semula kenyataan beliau, menunjukkan urusniaga melibatkan mereka berdua belum lagi habis kerana beliau akan diterbangkan Kuala Lumpur untuk ukuran dan fitting rekaan lain selepas ini. Sumber
No comments:
Post a Comment