Monday, October 30, 2017

Luahan Mat Motor Kepada Pengguna Jalan Raya Yang Lain

#MatMotor

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:_

*1) Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.*

*2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.*

*3) Di kawasan sesak & jem, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong & pastikan beri signal 10 saat terlebih dulu, (KAMI BUKAN ROBOT yg "auto detect" kereta nk ke kiri atau kanan) sebab yang parah bukan anda tapi kami. TAKE NOTE!!*

*4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain dan kami ade anak bini dan keluarga juga.*

*5) Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.*

*6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.*

*7) Jika pemandu kereta dan lori berhenti di lorong kecemasan sila letakkan kon dan nyalakan lampu kecemasan, bukan untuk kami sahaja tetapi untuk keselamatan pemandu lain juga.*

LikeComment

No comments:

Post a Comment