Ustaz-ustaz PAS ni suruh borak hal akidah, feqah, usuluddin, etc bolehlah. Kalau borak hal ekonomi, sains, inovasi, waima sosial, deme gagal.
Sepanjang masa borak hal dosa, pahala, makruh, haram, syurga, neraka seolah-olah kita manusia tak perlu hidup di dunia. Seolah-olah memberi manfaat kepada orang lain tu bukan satu amal ibadah.
Aku faham deme bukan saintis, pakar ekonomi, atau jurutera. Mereka pemimpin dan tugas seorang pemimpin ialah memimpin. Deme hanya perlu capai tangan dan ambil orang-orang yang betul melaksanakan dasar.
Tapi tengoklah apa pendirian deme kepada sains, inovasi, atau ekonomi. Lebih 25 tahun berdiri teguh di Kelantan tak ada apa kemajuan ketara pun yang dibawa. Mereka tidak pernah memberi ruang untuk perkembangan duniawi.
Aku pun pelik macam mana boleh ada orang Malaysia yang lebih percaya negara ni perlu ditadbir ahli agama berbanding golongan professional.
Tengoklah isu-isu yang mereka bangkitkan. Hudud, tudung, aurat, ancaman liberal, RUU355, dan senarai tu dipusing-pusing setiap PRU. Pernah ke deme bangkitkan soal perkembangan teknologi pertanian, pasaran getah, atau kaedah mengurangkan jurang masyarakat? Dulu ada. Tapi dah pakat ciao buat parti baru (PAN).
Bayangkanlah macam mana hidup kita kalau deme yang jahil-jahil ilmu duniawi ni pegang Malaysia. Apa deme boleh buat kalau ada krisis ekonomi? Apa deme reti buat kalau ada rakyat kita sangkut di negara luar? Apa deme mampu buat kalau kita dapat ancaman pengganas? Apa deme dapat buat kalau Amerika Syarikat kabor by hook or by crook deme nak bina pengkalan besar dekat negara kita?
Pasal RUU355 ni, kita jangan lupa ada orang Islam yang jenis liberal, atas pagar, moderate, dan memiliki pandangan berbeza tentang hidup agama. Apa akan jadi kepada golongan ini kalau RUU355 dilaksana? Rang undang-undang tu lebih memihak kepada Islamist. Yang tak lebai ni macam mana nanti? Aku tak hairan kalau lepas RUU355 dilaksana ramai yang nak keluar negara.
Lagi satu aku pelik macam mana menaikkan kadar denda sebanyak 20 kali ganda boleh disifatkan sebagai mengiktiraf syiar Islam. Islam berdiri dengan akhlak. Akhlak itu dibaja melalui pendidikan. Yang buat RUU355 ni pulak menganggap Islam berdiri dengan denda. Bukan dengan pendidikan.
Yang guna alasan "tak perlu takut kalau tak salah" ni semestinya naif, gullible, atau tak tahu bagaimana sistem ini boleh dimanipulasi kelak. Akan ada kes orang tak salah lebih senang dipersalahkan.
Banyak lagi nak tulis sebenarnya. Tapi sebab friends aku ramai orang PAS, aku KIV dulu hal-hal lain. Pikir benda tu aje dulu.
***
Btw, aku tahu akan ada yang cakap "macam mana Kelantan nak maju, kerajaan pusat bagi bajet sikit. Duit royalti minyak pun tak bagi."
Lebih 25 tahun pegang negeri tak reti-reti cari duit sendiri. Bercakap macam terer tapi harapkan orang jugak rupanya bagi revenue.

No comments:
Post a Comment