Admin WhatsApp boleh dipenjara
Kepesatan teknologi maklumat memudahkan kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Sebagai contoh, penggunaan aplikasi perbualan WhatsApp merupakan antara salah satu cabang komunikasi yang cukup popular di seluruh dunia untuk berhubung dengan ahli keluarga, sahabat handai dan yang tersayang.
Namun, tak semua pengguna bijak memanfaatkan teknologi itu ke arah kebaikan, sebaliknya ada di antara sesetengah pihak suka menyebarkan berita palsu demi mencipta sensasi semata-mata.
Bagi membendung masalah tersebut, kerajaan India telah memperkenalkan undang-undang baharu yang mana admin kumpulan WhatsApp yang menyebarkan berita palsu boleh dipenjarakan sekiranya sabit kesalahan.
Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah daripada ahli kumpulan tersebut, namun admin yang akan bertanggungjawab menerima hukuman kerana dia tidak menapis dan memadam terlebih dahulu berita palsu tersebut daripada terus disiarkan.
Kerajaan di sana terpaksa melaksanakan hukuman sebegitu berikutan sebelum ini telah banyak kes melibatkan penyebaran berita palsu menerusi WhatsApp sehingga mencetuskan perasaan huru-hara dan cemas di kalangan penduduk negara tersebut
Read more http://www.kualalumpurpost.net/sebar-berita-palsu-admin-whatsapp-boleh-dipenjara/
No comments:
Post a Comment