Monday, September 11, 2017

DAP Butir Tahi PAP : Bertaubat & Beristighfar Lah Hadi Kata DAP.



Kenyataan bersama anak muda DAP pada hari Selasa 11 April 2017 di Kuala Lumpur
*'Butir tahi PAP': Jangan biarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat*

Kami merujuk laporan Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/378756) tentang ucapan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Rusila malam tadi.

Haji Hadi dilaporkan berkata:

"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia."

Kami merakamkan perasaan sedih dan kecewa dengan ayat-ayat ini yang dituturkan dua bibir seorang ulama, apatah lagi seorang Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Suka kami ingatkan bahawa Allah SWT. Berfirman:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (an-Nahl, ayat 125)

Kami tidak melihat sebarang kebaikan atau hikmah daripada bicara Haji Hadi dengan kata-kata yang begitu kesat, dan tidak padan dengan sunnah kenabian yang cuba beliau amalkan sehari-hari.

Kami ingin tekankan bahawa DAP dan PAP tidak ada kena mengena secara parti-ke-parti. Hanya beberapa pengasas DAP pernah menganggotai PAP ketika parti tersebut masih wujud di Malaysia. DAP dan PAP bukan parti adik beradik, atau yang sepertinya.

Pun begitu ia tidak menghalang kami daripada berjuang melawan kezaliman UMNO.

DAP sudah lebih 50 tahun berjuang demi sebuah negara yang aman makmur dengan kebebasan, keadilan, dan solidariti untuk seluruh rakyatnya, tanpa mengira latar kaum, agama, budaya dan daerah. Kami bangga menjadi mata rantai penerus perjuangan DAP, biarlah apa pun kata Haji Hadi.

Kami lega kerana ditakdirkan tidak punya pemimpin yang jijik kata tuturnya, meski giat menyebut bahasa agama dan ketuhanan. Haji Hadi wajar bertaubat dan malu, membiarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat.

Kami bersimpati dengan kader-kader PAS yang ternyata telah meninggalkan tarbiah dan manhaj yang digariskan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Semoga Haji Hadi banyak beristighfar dan merujuk kembali ajaran Islam sebenar yang santun dan penuh hikmah. Tinggalkanlah Islam yang penuh marah-marah, dan hidupkan Islam yang ramah tamah; sesuai budaya politik matang dan sejahtera yang dipakai ketika berhadapan dengan UMNO.

Ditandatangani:

Edry Faizal
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor

Shukri Mokhtar
Ahli Jawatankuasa DAPSY Subang

Dyana Sofya Mohd Daud
Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan

Muhammad Shakir Ameer Mohideen
Bendahari DAPSY Selangor

Mohammad Firdaus Babh
Setiausaha DAPSY Selangor, AJK DAPSY Kebangsaan

Young Syefura
Penolong Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan

Nor Miswary Ramli
Setiausaha cawangan USJ,Subang Jaya

Masyhur Abdullah
AJK DAPSY Bukit Bintang

Sheikh Omar Ali
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor

Jamaliah Jamaluddin
Naib Pengerusi, Cawangan DAP Ara Damansara

Farhan Haziq Mohamed
Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang, AJK DAP Bandar Utama

Ahmad Anwar Asyraf
Penolong setiausaha publisiti DAPSY Johor

Ahmad Irfan Hani
DAPSY subang

Nurul Shifa Abdul Manan
Naib Pengerusi DAP Perlis

Azfar Faruqi Mohamad Idris
Pengerusi DAP Cawangan Taman Seroja

No comments:

Post a Comment