Berang dikritik selebriti terkenal kerana tampil berkain tuala di hadapan bangunan pentadbiran Selangor baru-baru ini, Datuk Jamal Yunos menyindir Datuk Siti Nurhaliza kurang subur kerana masih tidak mempunyai cahaya mata.
Sindiran itu dibuat selepas Siti memuat naik gambar beliau dan mengkritik tindakannya bertuala tanda protes terhadap masalah bekalan air.
“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain”
Menyedari komen pedas yang diberikan oleh Jamal, tanpa cepat melatah Siti dengan bersahaja menjawab, komen yang diberikan Jamal tidak mengunakan otak yang diberikan Tuhan. Menurutnya lagi, perkara itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadapnya.
“Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ini tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah kurniakan,” tulisnya di laman Twitter.
Sebelum ini, Siti telah memuat naik gambar Jamal yang bertuala sambil membawa peralatan mandi lain dan mengkritik tindakannya yang memprotes susulan masalah air di negeri ini.
Ruangan komen penyanyi itu juga turut dipenuhi komen peminat yang menyokong kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment