KETUA Pemuda PKR Amang, Datuk Adam Rosly dilapor didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan sedang dijalankan ke atas beliau.
Adam, 29 mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya selepas kertas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya pada hari Jumaat di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.
Hakim Mahkamah Seksyen telah mengenakan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua kesalahan yang dituduh ke atasnya.
Adam didakwa telah melakukan kesalahan-kesalahan tersebut sekitar 10 Februari dan 22 Februari 2017. Pada 13 April yang lalu, Adam telah ditahan selepas hadir bagi membolehkan kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Adam pertama kali disiasat oleh SPRM pada 10 Februari 2017 selepas isu 'banglo Disneyland' miliknya dihebohkan kepada umum oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang mempersoalkan bahagian mana Adam boleh memiliki rumah banglo itu di Ampang dalam usia muda.
Adam dilapor mendakwa segala kekayaan yang dimilikinya adalah melalui perniagaan dan warisan daripada keluarganya.
No comments:
Post a Comment