Sunday, September 24, 2017

Pembangkang Punca Harga Barang Naik dan Mahal, Naik Kata Menteri Wilayah.

Oleh : Malaysiakini

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, caj melampau yang dikenakan oleh para peniaga dan pengusaha restoran didalangi oleh pakatan pembangkang. Menurut Tengku Adnan yang popular dengan gelaran Ku Nan, ini kerana institusi pengusaha makanan sedia ada kini dianggotai oleh pemimpin parti pembangkang. 

Persetujuan mengenai harga makanan pula akan ditentukan oleh institusi itu. “Pada saya, ia memang didalangi oleh pihak pembangkang. “Saya kenal pasti bila ada mesyuarat pertubuhan (restoran) di dalam pertubuhan itu ada DAP, PKR dan puak inilah yang berperanan menidakkan apa yang kerajaan cuba bantu rakyat selain memastikan harga ini diperbetulkan,” kata Tengku Adnan. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Perasmian Karnival Ceria dan Sukan Komiti Jom Bantu Rakyat di Padang Perumahan Awam Seri Johor, Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun, mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno itu berkata, teguran berhubung caj melampau yang dikenakan peniagan ini tidak tertumpu kepada peniaga India Muslim sahaja seperti yang dilaporkan sebelum ini. 

Teguran pada Kimma Sebaliknya, anggota Parlimen Putrajaya itu berkata, secara kebetulan teguran itu dibuat semasa mesyuarat agung tahunan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma). “Sebenarnya bukan kedai mamak sahaja, kedai Melayu pun ada, Cina, India pun ada. 

Kebetulan hari itu saya bercakap dengan pada program Kimma, saya tersebut mamak. Mamak marah pada saya kenapa? Kalau tak buat, jangan marahlah.Saya cakap yang betul, saya boleh tunjuk bukti daripada WhatsApp rakyat kepada saya bil yang tak masuk akal. “Bila kita minta harga di tekan kalkulator dapat satu harga, suruh buat lagi sekali lain harga,” kata Tengku Adnan. 

Pada 15 April lalu, Tengku Adnan menegur pengusaha-pengusaha restoran mamak yang mengenakan caj melampau ke atas teh tarik dan roti canai. Beliau dipetik berkata, walaupun subsidi gula lebih awal dikurangkan 34 sen perkilogram, beberapa restoran menaikkan harga secawan teh tarik sebanyak 50 sen. 

Adakah terdapat satu kilogram gula di dalamnya (secawan teh tarik)? Mengapa? Begitu juga dengan tepung dan minyak masak. Mengapa harga sekeping roti canai naik mendadak? “Jangan mencatut. Haram (dilarang)!” katanya pada mesyuarat agung tahunan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma). 

Sumber - Google
Justeru, Tengku Adnan akan menyeru penguasaha meletakkan tanda harga di restoran mereka serta memberikan resit bayaran bagi memudahkan pengguna mendapatkan harga sebenar. 

Saya minta DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bersama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) turun memantau tanda harga jualan dia.Tidak munasabah air kosong sehingga RM1.60 dan nasi putih RM3.00,” katanya.

No comments:

Post a Comment