“Saya tidak mahu bercakap pasal negeri lain. Saya sedar orang kata kalau kita baling batu ia akan terkena seorang (bergelaran) Datuk. Tapi saya boleh tambah. Kalau kita baling batu, ia akan kena kepala seorang Datuk dan melantun kena kepada seorang Datuk juga. Itulah keadaan sekarang dan kita tidak boleh nafi (ketepatan) cakap-cakap ini. Kita mesti berasa degup jantung rakyat jelata.”
Berikut adalah jawapan Sultan Ibrahim Iskandar berkenaan Johor tak bagi banyak gelaran diraja.
Ini adalah cerita seorang remaja yang baru berumur 21 tahun dari Kuala Lumpur yang ceritanya menjadi tular di media sosial. Muhammad Saiful yang kini dikenali sebagai Dato Saiful dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada tahun 2016 oleh DYMM Sultan Pahang.
Cetakan skrin dari laman Facebook Dato Saiful
Saiful dalam laman facebooknya memuatnaik banyak gambar-gambar berkenaan gaya hidupnya yang mewah sumber dari kekayaan yang dimiliki oleh ayahnya yang dikenali sebagai Dato Seri’ Muhammad Ali.
Remaja yang sedang menuntut jurusan Pengurusan Perniagaan ini mula mendapat perhatian warga online apabila sebuah video hari jadi ke 21 yang dirakam khas mula menjadi tular. Paparan dalam video tersebut menunjukkan kemewahan dan kekayaan yang dimilikki oleh keluarga ini.
Video tersebut memaparkan Dato Saiful dan ayahnya turun dari sebuah jet peribadi lalu menaikki kereta mewah , Rolls Royce diiringi beberapa ‘mashals’ menuju ke satu destinasi di mana sambutan hari jadinya berlangsung.
No comments:
Post a Comment