NYAWA MELAYU TERLETAK DALAM UMNO...KIKIKI...
Bior betul!!!
Siapa ingat lagi?
Ketua Puteri UMNO menjerit, "Mati UMNO maka matilah Melayu" ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 Kali ke 67 pada 7hb Disember 2013. Bukan main emosi lagi...Boleh menangih pakcik dan makcik Felda mendengor nye weh!
Ungkapan tersebut terus menjadi wirid parti itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
Terkini ungkapan yang sama disebut kembali oleh Dr Rais Saniman yang diangkat oleh Utusan Malaysia sebagai tokoh pembangunan ekonomi negara. Dr Rais Saniman dipetik berkata:
“Namakan sesiapa sekali pun, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, syarikat-syarikat minyak dan gas serta perbankan yang menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada orang Melayu, semuanya terhasil daripada UMNO yang sejak dari dulu tidak henti-henti memperjuangkan ekonomi orang Melayu, meskipun dicaci oleh pelbagai pihak. Apabila matinya UMNO, maka matilah orang Melayu. Lihat sahaja contoh di Pulau Pinang, apa yang terjadi kepada nasib Melayu?”
Ini kerana menurut beliau “Sejak tamatnya DEB pada 1990, UMNO tidak pernah berdiam diri untuk sekadar menikmati kejayaan-kejayaan yang dicapai, sebaliknya terus memperkenalkan pelbagai dasar baharu yang secara tidak langsung membela nasib orang Melayu.”
Lebih kurang rezeki orang Melayu tu UMNO ler yang bagi...
Allah SWT mengkomer letak di mana, weh?
Dr Rais Saniman adalah di antara individu yang turut berperanan mengadun dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang tamat pada tahun 1990, tetapi gagal mencapai matlamat 30% equiti Bumiputera.
Kenyataan “Mati UMNO, mati Melayu” ketika dilaungkan oleh Ketua Puteri UMNO boleh dianggap cakap budak-budak yang baru belajar berpolitik. Tetapi apabila seorang bekas tokoh korporat dikutip oleh UMNO untuk mencanang kenyataan yang sama, jelas menunjukkan bahawa UMNO memang benar-benar terdesak.
Tetapi, benarkah UMNO memperjuangkan Nasib orang Melayu?
Bekas Naib Presiden UMNO, Dato Seri Shafie Apdal mendakwa 60% dari pada tanah Bandar Malaysia telah dijual kepada China.
Kenyataan Shafie Apdal itu disanggah oleh menteri UMNO, Abdul Rahman Dahlan, dan menyatakan, yang dijual bukan 60%, tetapi 24%.
Abdul Rahman Dahlan menghurai Jawapannya melalui kiraan - Iskandar Waterfront Holding (IWH) memiliki pegangan 60%, dan China Railway Group, 40% (40% daripada 60% bersamaan 24%).
Oleh kerana Iskandar Waterfront Holding (IWH) itu milik rakyat Malaysia, maka tidak timbul soal penjualan harta besar-besaran kepada warga asing.
Persoalannya: Adakah nama anak Melayu dalam Iskandar Waterfront Holding (IWH)?
Selongkar punya selongkar, cuma jumpa ini:
The Edge property dot com melaporkan hanya nama Datuk Haris Onn Hussein, adik Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang memiliki 24.89% pegangan dalam Ekovest. Bhd., iaitu cabang yang membuat kerja binaan dan kejuruteraan untuk Iskandar Waterfront Holding. Walau bagaimanapun, pada January 2017 Harris dikatakan telah melepaskan 5 juta pegangan sahamnya di dalam Ekovest. Bhd. bernilai RM2.60 sesaham (theedgeproperty.com.my)
Selebihnya siapa punya?
Tidak ada orang Melayu di kalangan lembaga Pengarah Ekovest. Mengkomer diseru membuat kajian jika ingin tahu lebih lanjut. Yong bagi link:
http://www.ekovest.com.my/discover-ekovest/board-of-directors
http://www.theedgeproperty.com.my/content/ekovest-proxy-iskandar-play
Jangan le teghoyak kata kalau UMNO mati, Melayu pun mati.
Jika orang Melayu enggan menyokong UMNO, demer boleh beralih kepada Pakatan Harapan yang terdiri dari 4 parti politik. Keahlian 3 daripadanya adalah majoriti Melayu. Parti Pribumi Bersatu Malaysia ahlinya 100% Melayu/Bumiputera, Parti Amanah Negara, anggotanya 95% Melayu dan Parti Keadilan pula dianggotai 70% Melayu . Walhal PAS sendiri mempunyai ahli bukan Melayu. Jika UMNO matipun, orang Melayu boleh menjadi ahli parti lain yang juga memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat.
Jika UMNO mati bukan salah orang Melayu yang enggan menyokongnya. Mati UMNO kerana salah pemimpinnya yang tidak ceghodek (kata oghang Peghok).
Mengkomer sudah matang. Fikior le sendiri.
Yang matang dan sejahtera tu Yong taknak komen. Lantok ke demer.

No comments:
Post a Comment