Friday, September 8, 2017

Kenaikan Harga Rumah Di Malaysia Hanya 1% hingga 2% sahaja



Jikalau ditanya Ahmad Maslan mengenai pelaksanaan GST Malaysia, semuanya indah-indah belaka ibarat di syurga dunia. Dengan GST, kebanyakan harga barang akan turun, manakala harga rumah akan naik sekitar sekitar hanya 1% hingga 2% sahaja.

Datuk Abdul Rahman Dahlan : Kenaikan harga rumah naik 2015 di malaysia sekitar 3%
Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) : kenaikan 1%-25 sahaja
Penganalisis hartanah : Kenaikan harga rumah 2015 naik di malaysia akan berlegar pada kadar 10% selepas pelaksanaan GST

Punca Kenaikan Harga Rumah 2015 Naik di Malaysia Sebanyak 10%?

kos bahan pembinaan akan meningkat
simen kena GST 6%
batu bata kena GST 6%
konkrit kena GST 6%
penilaian tanah kena GST 6%
laporan siasatan tanah (soil investigation) untuk menentukan kekuatan tanah kena GST 6%
yuran profesional bagi (arkitek engineer QS) pun kena GST 6%

Pernah pemaju hartanah membuat jualan amal jariah dengan benar-benar memberikan diskaun kepada pembeli jikalau tidak mereka menyerap kesemua kos dalam harga sebenar yang dijual kepada pembeli?

Sekarang dapat dilihat pemaju perumahan sudah mula menawarkan pakej pembelian rumah yang dianggap mereka tawaran istimewa kepada para pembeli sebelum pelaksanaan GST kelak di mana sekarang ini dilihat rancak pembinaan para GST projek perumahan.

P/S : Angka yang ditimbulkan oleh penganalisis hartanah ini sangat jauh dengan pengiraan pasukan Ahmad Maslan yang dijangkanya 1%-2% sahaja


KENAIKAN HARGA RUMAH 2015 NAIK DI MALAYSIA SEBANYAK 10% SELEPAS PELAKSANAAN GST KELAK

No comments:

Post a Comment