AHMAD MASLAN PUJI NAJIB SEBAGAI SATU-SATUNYA PM TURUNKAN HARGA MINYAK
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga minyak di Malaysia masih kekal rendah di rantau Asia Tenggara. – Gambar Twitter
Ketika rakyat Malaysia cuba menyesuaikan diri dengan kenaikan harga minyak dan bersedia dengan inflasi tinggi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikenalpasti sebagai menteri paling kerap mempertahankan tindakan kerajaan memotong subsidi bahan api tersebut di laman sosial Twitter.
Dalam beberapa entrinya sejak 1 Oktober lalu, Ahmad yang menggunakan akaun @ahmadmaslan berkata, Datuk Seri Najib Razak merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak ketika harga di pasaran jatuh pada 2009.
Dakwaan itu yang dimuat naik dalam laman Twitter pada 3 Oktober dan disertakan dengan paparan grafik untuk menjelaskan secara terperinci berapa banyak harga minyak meningkat naik pada 1990 hingga 2013.
Tulisan grafik tersebut berbunyi: “Dahulunya minyak murah dan tidak ada banyak kenderaan = RM2 bilion setahun bagi subsidi minyak.”
Ia kemudian disusuli dengan kenyataan lain yang menjelaskan kini kerajaan membelanjakan RM2 bilion sebulan kerana terlalu banyak kenderaan dan harga minyak pula mahal.
Entri itu diletakkan bersama rajah di bawah dengan menekankan harga minyak pada 1 September 2009 yang jatuh pada RM1.80 seliter. Di sebelah angka itu diletakkan ayat minyak jatuh sebanyak 90 sen.
Click Here
“Najib merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak. Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?”
Minyak RON 95 naik 20 sen kepada RM2.30 bagi seliter pada 1 Oktober sementara harga diesel pula meningkat kepada RM2.20 seliter.
Kenaikan harga tersebut selepas kerajaan memutuskan untuk memotong subsidi minyak yang mengikut Ahmad jumlahnya adalah RM21 bilion setahun.
Satu lagi entrinya di Twitter pada 3 Oktober menunjukkan harga minyak di Malaysia masih kekal rendah di rantau Asia Tenggara.
Dalam rajah tersebut, harga minyak di Malaysia RM2.30 adalah kedua rendah berbanding lapan negara termasuk Indonesia, Vietnam, Thailand, China and Singapura.
Entri bertajuk “perbandingan harga minyak di beberapa negara” dengan kenyataan: adakah harga minyak mahal?”
Beliau juga menulis di laman Twitternya kerajaan masih memberi subsidi minyak RON 95 dan diesel kerana mengikut harga pasaran, RON 95 adalah RM2.58 dan diesel adalah RM 2.52.
Ahmad yang juga ketua penerangan Umno paling menonjol kerana meluangkan masa untuk mempertahankan pemotongan subsidi.
Namun, menteri dan timbalan menteri lain tidak kelihatan berbuat demikian.
Kebanyakan mereka mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan tersebut atau hanya memuat naik semula entri mengenai pengumuman kenaikan harga minyak.
Turut mempertahankan keputusan itu adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) yang mengatakan kenaikan minyak itu berada di paras paling minimal dan kerajaan akan mengumumkan langkah dalam Bajet 2015 untuk menangani impak peningkatan itu.
Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang turut menulis dalam laman Twitter dengan menyatakan harga minyak di Malaysia paling rendah di dunia.
”RON95 masih yang termurah di dunia, ini kenyataan,” kata Tan di Twitternya.
Manakala Bernama hari ini melaporkan ketidakwajaran pemberian subsidi minyak apabila ia hanya memberi manfaat kepada pengguna kereta mewah dan yang mempunyai kuasa membeli tinggi.
Artikel itu juga mempertahankan dengan menyatakan simpanan daripada pemotongon subsidi boleh disalurkan kembali kepada golongan miskin.
”Sekiranya RM2.4 billion dijimatkan dengan penolakan 10 sen daripada subsidi minyak, kita boleh menggunakan simpanan itu meningkatkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Atau tambahan RM200 kepada setiap perbelanjaan daripada 4.8 juta isi rumah yang layak.
“Pada sesiapa mendakwa ia masih tidak mencukupi menampung kenaikan minyak perlu ingat suri rumah tidak memandu kenderaan,” artikel Bernama dipetik sebagai berkata.
Artikel itu berkata rakyat Malaysia perlu belajar hidup tanpa subsidi dan kerana ia membebankan negara dan mengambil wang itu daripada pelaburan pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.
”Secara asasnya subsidi disasarkan kepada pekerja dengan penyelesaian masalah dengan perubahan pelakuan, daripada menyediakan secara jangka masa panjang dan menambahkan masalah selain membantutkan ekonomi.
”Pada masa sama, harga minyak yang murah hanya menyebabkan pembaziran dan tiada galakan untuk pelaburan tenaga alternatif.
”Sebagai sumber asli, ia mempunyai amaun yang terhad. Apa jadi sekiranya kita habis sumber petroleum itu? Kemungkinan tidak dapat dibayangkan.
“Adakah elok untuk hidup tanpa subsidi sekarang atau menangguhkan pada hari yang benar tidak dapat dielakkan.”

No comments:
Post a Comment