Wednesday, September 27, 2017

Kes Buli & Pukul Di Asrama : Kalau Mengadu Tiada Kesan, Mangsa Buli Kena Balik.


Oleh : Muhammad Musoddiq Bin Jaafar



PUKUL SAMPAI MATI DAN BULI DI ASRAMA.

Kes kematian pelajar akibat dipukul di asrama bukan perkara baru. Benda ni dah lama dan berlaku sejak berpuluh tahun yang lalu.

Saya masih ingat kes pada tahun 2002 atau 2003, pelajar koma akibat dipukul beramai-ramai oleh senior menggunakan batang paip dan akhirnya meningal dunia. Di carian google menggunakan kata kunci "mati dipukul di asrama", kita akan nampak kes pada januari 2017, pada tahun 2016,2015, 2011, 2004, dan banyak lagi. Ini baru 2 page carian google.

Daripada kanak-kanak berumur 7 tahun hinggalah pelajar berumur 16 tahun turut dilaporkan menjadi mangsa kematian akibat dipukul.

Ini yang dilaporkan akhbar, belum kes yang tidak dilaporkan di akhbar tetapi menjadi kes polis.

Kes pukul yang tidak menyebabkan kematian pun kita selalu baca di akhbar, daripada senior beramai-ramai pukul junior sampailah ke pengurusan asrama.

Saya yakin yang lebih 95% kes pukul di asrama tidak dilaporkan. Sama ada terhenti di peringkat mangsa buli (dia tidak laporkan ke mana-mana), atau diselesaikan di peringkat asrama dan sekolah sahaja kerana tidak mahu memalukan "pihak" tertentu.

Seperti sudah menjadi perkara wajib, di asrama sahaja pasti ada buli sehingga kejadian pukul memukul. Bezanya kena buli/pukul sampai mati, cedera parah, ataupun cedera ringan.

Yang menjadi budaya sakit dalam kes buli/pukul ini adalah, sesiapa yang melaporkan kejadian ini akan dianggap lembik. Panggilan seperti anjing/anak mak/anak manja/pondan akan kedengaran sampai tahap akan dipulaukan satu asrama.

Ya, budaya ini bukan budaya baru. Budaya siapa yang tak laporkan kejadian buli akan dianggap hero. Pernah ada kejadian yang tidak dilaporkan di salah satu asrama elit di KL, pelajar tersebut kantoi menghisap rokok dan dipukul beramai-ramai oleh senior sampai masuk hospital.

Oleh kerana dia tidak membuat laporan, balik asrama sahaja dia dianggap hero dan diangkat-angkat oleh warga asrama. Kelakar bukan?

Ni bukan stockholm syndrom, ini sebenarnya sindrom yang gila.

Sebab itu pelajar senior, staff, atau warden yang jenis memukul lebih berani memukul sampai terjadinya kes kematian.

Kes "tulis kejadian buli di diari" pun bukan perkara baru. Sewaktu di asrama, saya ada mendengar rakan batch saya menulis diari yang dia dibuli tiap-tiap hari. Memang detail, siap dengan nama dan jenis buli. Daripada basuh baju, diherdik, sampailah dipukul. Mak dia menjumpai diari tersebut dan melaporkan ke pengurusan asrama. Di khabarkan pelajar yang tercatit nama sebagai pembuli itu dipanggil. Yang mengaku salah dirotan, yang tidak mengaku tidak silap saya akan disiasat. Tulisan diari bukan boleh jadi bahan bukti yang kukuh, lagi-lagi melibatkan kejadian yang lampau. Apa sangatlah diari ni sebenarnya.

Satu lagi yang saya nak highlight disini adalah kejadian selepas pelajar yang dibuli melaporkan kejadian buli. Jika pelajar tersebut melaporkan kes buli seperti "suruh basuh baju atau pinggan", atau apa-apa buli yang dianggap ringan, pasti buli secara mental akan berlaku. Mereka akan diejek oleh senior/rakan sebaya/junior, dan dianggap lembik. Ini belum lagi melaporkan kejadian buli yang berat seperti dipukul secara beramai-ramai.

Mangsa juga akan sentiasa hidup dalam ketakutan akibat diugut oleh orang yang membulinya. Kononnya senior tu "cari point". Dapat "point", terus herdik, marah, di suruh push up, buat "gaya motor", "angkat kaki sebelah", angkat kerusi sambil buat gaya duduk, dan apa-apa sahajalah asalkan tiada physical contact.

Dapat "point" besar, barulah pukul sampai lunyai. Ini semua kerana "dah lama tak puas hati" kerana menerima hukuman akibat laporan kesalahan membuli yang lepas.

Dan ayat popular di kalangan pembuli ni, jika mereka dilaporkan dan digantung asrama,  mereka akan diugut untuk dipukul di luar sekolah sehingga lunyai dan barai. Peduli apa, janji puas hati katanya.

Jadi disini, apa pilihan mangsa buli tu ada? Cuma diam dan biarkan diri dibuli sahajalah. Laporkan buli yang ringan, mereka akan dibuli dengan lebih berat. Laporkan buli yang berat, dia akan kena lagi berat. Malah, orang sekeliing akan dera secara mental dengan diejek dan dipulaukan.

Ya, inilah nerakanya asrama. Kerana itu apabila aku dah jadi senior, aku tak ulang perkara dan aku cuba nak ubah. Tetapi yang malangnya, mangsa buli ni apabila mereka jadi senior atau menjadi pihak yang berkuasa di asrama, mereka pula jadi pembuli dan melakukan perkara yang sama.

At the end, cycle ini berterusan dan entah tidak tahu sampai bila akan terhenti. Selagi tiada campur tangan pihak berkuasa, saya pasti yang cycle ini tidak akan berhenti. Dan yang paling jelik, alumni sendiri yang mempertahankan cycle gila ini. Sampai ada yang bawa budaya ini ke alam universiti.

Hujah klise mempertahankan budaya gila ini adalah kononnya tujuan untuk mengajarlah, mendisiplinkanlah, itu lah, inilah. Ada yang kata, "tak kena pukul, tak jadi manusia dia nanti".

Tak tahulah dia sedar atau ingat, kita pernah digemparkan dengan pelajar Tingkatan 1 membunuh diri dengan meminum racun serangga kerana tidak tahan dibuli pada tahun 2014.

Di zaman "internet of thing" kini, sudah viral sana sini video pukul memukul di asrama ni. Cari je di google, youtube, metacafe, vimeo, blog. Berlambak.  Jika ada yang tengok video dan rasa menggeletar akibat terlalu marah atau tahap tidak sanggup tengok, sedarlah ada beribu kejadian yang sama dan lagi teruk daripada itu tetapi tidak dirakam dan tidak dilaporkan ke mana-mana pihak. Ini belum lagi kau lihat sendiri mangsa buli yang dipukul sampai mati ni.

Dan yang paling kelakar untuk kes pukul sampai mati di sekolah tahfiz ni, individu yang pernah memukul junior sewaktu di asrama mengecam pesalah tersebut seperti dia tidak pernah melakukan perkara yang sama. Bezanya kau memukul dan orang tu tidak jatuh sakit, dia pula memukul beberapa pelajar, tetapi salah satu jatuh sakit sehingga mati.

Apabila rakan saya mengatakan, semoga tiada Mohamad Thaqif kedua mahupun ketiga yang akan berlaku di masa hadapan, padahal baru je tahun 2015 kita digemparkan dengan "Mohamad Nur Akram Zime".

Seperti biasa, kejadian mati akibat dipukul di asrama ini akan ditelan masa. Sebulan dua orang akan lupa. Jika lipatan sejarah, orang akan ingat dan ambil iktibar. Tetapi ini cuma akan jadi seperti batu besar di tepi jalan. Orang nampak dan perasan, tetapi buat tidak tahu dan dilupakan apabila sudah melaluinya.

Jadi, tenanglah semua mangsa buli yang mati di sana. Dan pembuli, silalah mencari pembuli yang kau pernah buli ketika di asrama. Dan buat mangsa buli, janganlah kau membuli orang lain. Tahu betapa nerakanya akibat dibulikan? Jadi jangan nerakakan hidup orang lain.

Tuesday, September 26, 2017

Raja Petra Dakwa Rafizi Gay, Simpan Lelaki Muda - AMK Pandan Lapor Polis.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia Cabang Pandan pada semalam membuat laporan polis terhadap blogger Raja Petra Kamarudin yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli terlibat dalam salah laku seks homoseksual lapor Suara TV.

Gambar Oleh Google
Laporan itu yang tersiar pada 19 April di blog Malaysia-Today berbunyi begini;

"Rafizi ketika ini didakwa sedang menjalin hubungan dengan beberapa orang lelaki muda. Malahan ada email berbaur lucah yang menunjukkan komunikasi Rafizi bersama lelaki-lelaki itu, yang mana berada dalam simpanan orang Azmin.


'Penglibatan' Rafizi bersama pemuda-pemuda ini mungkin akan menyebabkan lidah seseorang 'membuka cerita' dan seterusnya perkara terakhir yang Rafizi tidak ingin ianya berlaku adalah spekulasi yang mengatakan beliau adalah homoseksual menjelang pilihanraya", kata Raja Petra yang menulis di portalnya itu.


Raja Petra turut menambah Azmin menyimpan peluru (bukti) itu untuk membunuh karier politik Rafizi sepertimana yang Azmin pernah lakukan terhadap Zaid.


"Saya dengar budak Azmin simpan 'bom' tersebut sehingga pemilihan parti diadakan supaya dapat menyingkirkan Rafizi sepertimana Zaid disingkirkan dari parti. Kesemua 80 pemuda lepasan universiti yang cemerlang itu, yang berada di bawah pengawasan Rafizi kononnya, adalah imuniti yang diperlukan oleh orang Azmin", katanya lagi.


Bercakap kepada wartawan di luar perkarangan balai polis Dang Wangi, Timbalan Ketua AMK, Mizan Adli Mohd Noor berkata mereka terpaksa menunggu sehingga tiga jam sebelum membuat laporan polis.

Dan beliau berharap dengan laporan yang dibuat, satu tindakan dapat diambil terhadap Raja Petra yang cuba membuat tuduhan serong bukan sahaja kepada Rafizi malahan kepada PKR itu sendiri. Tindakan RPK itu juga dianggap mencemarkan reputasi parti.

Kes Adik Thaqif, Jangan Tuduh Sebarangan, Jangan Hukum Melulu Pesan Doktor Pakar

Kes Adik Thaqif, Jangan Tuduh Sebarangan, Jangan Hukum Melulu Pesan Facebooker..


Oleh : Baitus Solehah
Biar kita tersilap ampun dari kita tersalah hukum. Saya kongsikan cerita ini hampir 14 tahun saya simpan. Tidak ada siapa tahu suatu ketika dulu keluarga saya berada di bawah pemantauan kementerian kesihatan kerana penyakit yang dijangkiti oleh maid saya.
Ingin saya berkongsi cerita tentang gangren.

Gangren ini berlaku apabila sel-sel telah mati menyebabkan daging busuk. Daging busuk tadi disebabkan oleh kuman. Kiranya kuman ini memang sudah lama ada di dalam tubuh seseorang tetapi duduk rehat/pasif.

Suatu hari maid saya terjatuh, terjelepok ke lantai menyebabkan kakinya sakit. Katanya terseliuh, salah urat. Cuma disapu minyak panas dan urut sikit sikit.

Dua hari selepas itu, maid saya demam dan saya bawa ke klinik.

Doktor kata demam denggi. Kakinya bengkak dan kehitaman, seperti berlaku pendarahan. Sepatutnya nampak kemerah-merahan tetapi kulit maid saya gelap, warna merah jadi warna hitam.

Bimbang keadaan akan lebih memudaratkan, doktor menasihati saya agar membawanya ke hospital. Oleh kerana maid warga asing, saya masukkan maid ke hospital swasta, Hospital Pakar Johor.

ASALNYA CUMA TERSELIUH, TETAPI KAKI BENGKAK & BERTUKAR WARNA HITAM
Empat hari berada di wad.

Doktor pakar benar-benar melakukan siasatan kenapa kaki maid saya yang asalnya cuma terseliuh boleh bengkak dan bertukar warna hitam.
Doktor memaklumkan bahawa sel-sel telah mati dan kaki maid jadi gangren. Doktor pakar menasihatikan agar maid dipindahkan ke hospital kerajaan. Kos rawatan sangat tinggi jika meneruskan rawatan di situ.
Setelah urusan discaj, bil rawatan selama 4 hari mencecah RM5,500. Doktor menyediakan surat rujukan untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan.
Satu saja yang hospital pakar sembunyikan mereka tak mahu beritahu mengapa gangren boleh terjadi. Mereka suruh saya tanya pakar di hospital kerajaan.
Doktor pakar menegaskan maid saya mesti dibawa menerima rawatan segera dan jangan sekali kali bawa pulang ke rumah.

Memandangkan maid memang sakit dan lemah, terus saya bawa dari Hospital Pakar Johor ke Hospital Sultanah Aminah.

Saya sudah tidak kira lagi kos rawatan yang perlu saya tanggung demi membantu orang yang sakit. Memang kena bayar deposit sebab maid warga asing.

RUPA-RUPANYA MAID DIJANGKITI KUSTA

Baru dua hari duduk dalam wad, doktor pakar perubatan dan doktor pakar kulit HSA sudah memanggil saya datang untuk menerangkan kenapa kaki maid jadi gangren dan rawatan selanjutnya.
Doktor menerangkan kaki maid jadi gangren, sel-sel mati disebabkan maid saya telah dijangkiti kusta. Kusta ini bukan baru tetapi telah ambik masa bertahun-tahun berada dalam tubuh maid cuma tidak aktif.

Maid terjatuh telah merangsang kuman aktif dan menyebabkan sel-sel di kaki mati.
Pendek kata kuman ini serang kaki dulu. Sebenarnya kuman itu telah berada di seluruh tubuh tetapi yang lain masih tidur. Jelas kelihatan kulit di beberapa bahagian menebal dan hilang deria rasa.

Itupun kami tahu setelah doktor pakar memeriksa secara terperinci di setiap bahagian tubuh maid saya. Banyak lagi simptom lain yang mengesahkan maid saya mengidap kusta.
Kusta bukan alang-alang penyakit.

Penyakit kusta ada tercatat dalam kisah nabi Musa. WHO telah mengistiharkan mana-mana kawasan atau sesiapa yang terkena penyakit kusta perlu diasingkan/ dikuarantin, hidup dalam pengasingan.
Dulu di Sg Buluh, Selangor ada sebuah hospital untuk merawat orang-orang yang berpenyakit kusta. WHO juga telah mengistiharkan rawatan untuk orang sakit kusta adalah percuma.

Pelan rawatan awal yang doktor maklumkan kepada saya ialah menjalani pembedahan plastik ke atas kaki maid. Bermakna daging daging kaki semuanya dibuang termasuklah kulit kulit kaki.

Asalnya jatuh terseliuh itu sebelah kaki saja, tetapi terjadi gangren di kedua-dua belah kaki. Pembedahan plastik dilakukan di kedua-dua belah kaki dari buku lali hingga ke lutut.

Doktor kata kuman itu baru merosakkan sel-sel dalam daging saja belum masuk ke tulang, jadi tidak perlu potong kedua-dua kaki.

KKM PERINTAH HANTAR MAID PULANG KE NEGARA ASAL

Pelan seterusnya, doktor menasihati selepas pembedahan dijalankan, ubat diberikan maid mesti dihantar pulang ke negara asalnya.

Saya akur kerana ini adalah perintah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila laporan diberikan terdapat seorang pesakit kusta warga asing berada di Malaysia.

Tahun 2002 Malaysia sudah diistiharkan negara bebas kusta. Jadi bila ada kes yang melibatkan warga asing, kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan warga asing itu mesti dihantar pulang setelah diberikan rawatan.

Selama 56 hari maid menerima rawatan di HSAJB, hari-hari saya melawat dan menjaga maid. Semua kos rawatan di hospital swasta saya tanggung.

Baru saya tahu kenapa hospital swasta tidak mahu memaklumkan kepada saya tentang penyakit sebenar kerana saya boleh memohon pengecualian kos rawatan. Sebaliknya selepas saya bayar semua bil rawatan, saya dinasihatkan masukkan maid ke hospital kerajaan.

Ikut kiraan kos rawatan warga asing di hospital kerajaan selama 56 hari, dengan pembedahan plastik lagi jumlah boleh mencecah RM 10,000.00.

Tetapi kerana kusta dibawah pemantauan WHO, maka kos rawatan dikecualikan. Sebaik keadaan maid stabil, berbekalkan ubat ubatan untuk sebulan surat dari KKM telah dikeluarkan agar dihantar pulang ke negara asal. Saya terpaksa menghantar maid pulang melalui jalan laut.

Bantuan imegresen dan kastam maid ditemani saudara pulang. Bila sampai negaranya maid perlu dimasukkan semula ke hospital dinegaranya, bukan pulang ke rumah.

Jika ikutkan saya, saya tak mahu hantar maid pulang ke negara asalnya sebab nanti maid tentu tidak mampu biaya rawatan di sana dan tidak ada siapa yang akan ambil peduli kesihatan dan rawatannya.
Benar maid ini bukan orang kaya dan kos rawatan kesihatan di negaranya tinggi. Ubat-ubatan yang KKM bekal untuk sebulan telah habis. Untuk membeli ubat lagi, maid tidak mampu.

KELUARGA MAJIKAN PERLU JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA SELAMA BEBERAPA TAHUN

Beberapa bulan selepas itu, saya mendapat khabar bekas maid telah meninggal dunia.
Kuman-kuman telah menyerang seluruh anggota tubuhnya menyebabkn daging-daging busuk. Banyak sel-sel tubuh mati. Tanpa rawatan yang sepatutnya kaki dulu itu dipotong menyebabkan kuman aktif dan bermaharajalela.

Kesan ke atas keluarga saya ialah kami semua telah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah klinik pakar kulit HSA selama beberapa tahun.

Oleh kerana ketika maid mula bekerja di rumah saya, saya sedang mengandung anak bongsu, anak bongsu lahir dia yang menjaga ketika saya keluar bekerja.

Maka anak bongsu yang paling kerap bersama maid sepanjang setahun maid bersama saya. Anak bongsu diletakkan bawah pemantauan doktor pakar kulit selama 10 tahun.

Siapa saja yang pernah tinggal bersama saya dalam tempoh maid tinggal dengan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala. Sehingga kami diistiharkan bebas dari jangkitan kusta.
Saya hampir hilang kewarasan dalam bertindak kerana rasa tertekan.

Seluruh ahli keluarga terdedah dengan kuman kusta. Kuman kusta ini bukan bertindak cepat sebalik pasif sehingga tiba saat diaktifkan dan apabila sudah aktif, tidak dapat dihentikan lagi.

Walaupun doktor menerangkan keadaan keluarga saya terkawal kerana maid sempat diberikan ubat-ubatan. Tetapi sebelum maid menerima rawatan seluruh keluarga saya terdedah dengan penyakit itu. Anak-anak saya masih kecil ketika itu.

SEBATAN GETAH PAIP MUNGKIN ASBAB KUMAN DALAM TUBUH AKTIF

Sungguh Allah yang Maha Berkuasa menjaga keluarga saya dari terkena jangkitan kuman kusta.
Keluarga saya sudah melepasi tahanan kawalan. 14 tahun telah berlalu. Keluarga saya tidak perlu lagi menjalani pemeriksaan pemantauan penyakit kusta.

Ini saya kongsikan agar kita tidak khilaf menuduh seseorang yang menyebabkan gangren dan kaki terpaksa dipotong.

Sebatan getah paip mungkin asbab kuman dalam tubuh aktif dan menyerang sel-sel. Tapi bukan orang itu yang mencelakakan hingga kaki dipotong.

Takut-takut dosa membuat tuduhan membukit nanti dan payah kita mencari orang yang kita tuduh untuk memohon maaf.
Biarlah kita tersilap ampun dari tersalah hukum. Saya tidak rela seseorang itu dituduh tanpa siasatan wajar. Kita perlu bersabar untuk mengetahui kebenaran.

Melihat sel-sel kaki mati, daging busuk boleh muntah.
Saya pernah membawa anak melawat maid di hospital, anak saya terus muntah kerana tidak tahan bau dan ngeri. Kulit terkoyak dan daging itu jatuh sendiri sebelum pembedahan plastik dijalankan.

Para perokok akan didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.



Para perokok yang berada di Malaysia kini perlu membiasakan diri supaya tidak merokok dikawasan awam. Apabila tiba tarikh 1 Jun 2017 tindakan undang-undang akan dikenakan kepada perokok yang ingkar pada arahan tersebut .Tindakan undang-undang akan di ambil  di bawah Peraturan 11(w) dan 11(x), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017, Taman-Taman Awam di seluruh Malaysia, Taman Negara yang telah diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara Kelantan, Enakmen Taman Negara Pahang atau Enakmen Taman Negara Terengganu serta Taman-Taman Negeri seperti di dalam jadual kesembilan peraturan ini telah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.

Bagi maksud perwartaan Taman-Taman Awam, semua kawasan di Taman Awam adalah dilarang merokok kecuali tempat letak kereta terbuka manakala bagi Taman Negara dan Taman Negeri, tiga tempat utama yang menjadi tumpuan orang awam iaitu menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan jarak lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi adalah dilarang sama sekali untuk anda merokok yang telah diwartakan pada 1 Februari 2017.

merokok ditempat awam

Selaras dengan pewartaan ini, Peraturan 21 iaitu peruntukan bagi hentian pengangkutan awam tidak berhawa dingin, tempat makan berhawa dingin dan stadium terbuka dengan keluasan satu pertiga kawasan merokok adalah dimansuhkan. Ini bermakna kini semua tiga jenis permis ini adalah seratus peratus kawasan dilarang merokok termasuk rokok, cerut, lain-lain hasil tembakau dan rokok elektronik.


Penambahan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11 dan pemansuhan Peraturan 21 PPKHT 2004 adalah bertujuan untuk melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok atau lain-lain produk merokok. Ini adalah selaras dengan Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang telah dianggotai Malaysia semenjak tahun 2005. Selain daripada itu, perluasan kawasan-kawasan dan tempat-tempat dilarang merokok bertujuan untuk mengekang aktiviti merokok di tempat awam supaya budaya ini tidak diterima oleh setiap lapisan masyakarat. Bagi perokok yang melakukan kesalahan ini, mereka akan didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

denda merokok

Pihak Kementerian Kesihatan  juga menasihatkan supaya semua rakyat Malaysia dapat mematuhi peraturan ini dan menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar  bersama-sama memastikan persekitaran anda terutama di tempat tumpuan awam bebas seperti taman rekreasi,taman permainan dan lain-lain lagi besas dari bahaya asap rokok termasuk rokok elektronik.

Today I Kena Saman, Tapi Polis Mintak Duit Kopi

Today I Kena Saman, But It’s No Ordinary Saman..

One of the main modes of transportation in Malaysia is through driving and occasionally, we’d be lucky enough to encounter a road block for spot checks.

Facebook user Benjamin shared his peculiar encounter with the traffic police as the officer issues him a summon. However, it’s no ordinary summon.

His story goes, “Today, I kena a saman.. “Saman?? Yes, you eyes are not playing tricks on you. The paper you see was apparently a ‘summon’ for me.

“This morning I went to Sunway to meet up with a client. Before I left my house, I turned on the GPS to guide me to my destination.

“Half way through, when I was near Kepong FRIM area, a police officer tailed behind me before speeding up to block me from infront. Hence, I had to stop my car. “Officer: Kamu pandu pakai handphone ke?

“Me: Kamu ada bukti yang saya guna handphone tak? Ada record?

“He couldn’t answer me, then spoke into his walkie talkie, asking a bunch of his other mates to come.

“He forcefully said he wanted to search my car, and he found a blade. He then tried to scare me by claiming it as a weapon.

“Officer: Mau macam mana? “

Me: Buka saman je lah!! Saya nak jumpa client sudah lewat.

“Officer: RM100 saya tolong kamu.
“When he turned his back to discuss with his posse, I quickly took the opportunity to hide my money.

“Me: Cepat, saya sudah nak lewat, bagi saman cepat.

“Office: Jagan bising-bising, bagi minum je.

“I really don’t know what to do at this point, I was already really late to meet my client.
“Me: Saya tak ada cash, tingal RM30 sahaja, nanti nak guna.

“Him: Bagi semua yang ada, letak bawah ic kamu.
“Me: Saya nak guna nanti la~
“Him: Pukimak kau jagan bising lagi. Cepat bagi kamu boleh cabut.

“Not wanting to stall any more time, plus having a bunch of officers on their motos surrounding me, I just gave him the RM30 that I had.

He asked me to pretend to sign my initials, and then gave me this so called ‘summon’. So there you have it, my ‘summon’.

Benjamin ends his post with his disbelief of how he was coaxed out of his money. He pointed out that the officer acted like a gangster and as such, how are we, the citizens, supposed to feel safe? He even compared a beggar being better off than us normal citizens.

“Might as well be a beggar, because at least I’ve money to receive instead of giving it out! *Sigh*”

Netizens who stumbled across his story shared their concerns and speculated that it might be a police impersonator, while others shared their own similar experience. “Next time just report police. Since he’s so ruthless, he might be an impersonator.

If he’s not, continue with a police report still!” one user wrote. “Always macam same case je. Last time I got blocked, I had to face the same thing. Kena asked to put some duit kopi under my IC. Malaysia boleh!” another commented. Did you have similar experiences?

Read more at WOB: Source

Tiada lagi bayaran Tunai di Lebuhraya PLUS Bermula Hari Ini


Pengguna yang melalui plaza tol di seluruh Malaysia menggunakan transaksi tanpa tunai atau 100 peratus elektronik yang berkuat kuasa bermula hari ini.



Kuala Lumpur: Sebanyak 94 plaza tol di semua lebuh raya kendalian Plus Malaysia Berhad (PLUS) beroperasi secara elektronik sepenuhnya dan tiada lagi bayaran tunai bermula hari ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, tiada lagi transaksi tol secara tunai akan dikendalikan dan orang ramai hanya boleh membayar tol secara elektronik dengan menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch' n Go ataupun Smart Tag yang lebih pantas dan mudah.

"Pelaksanaan fasa terakhir inisiatif transaksi tol 100 peratus elektronik ini yang membabitkan laluan Juru hingga ke Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan dilaksanakan pada 12 tengah hari tadi.

"Langkah ini dapat membantu orang ramai membuat transaksi tol dan melalui plaza tol dengan mudah dan lebih selasa," katanya ketika ditemui pada sidang media di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Menurutnya, sistem pembayaran tol secara elektronik adalah 300 peratus lebih pantas daripada pembayaran secara tunai.

"Satu lorong Smart Tag berupaya mengendalikan kira-kira 16 kenderaan dalam tempoh satu minit atau 1,000 kenderaan setiap jam.

"Satu lorong Touch 'n Go pula boleh mengendalikan kira-kira 10 kenderaan setiap minit atau 600 kenderaan setiap jam manakala lorong tunai hanya mampu mengendalikan tiga kenderaan dalam satu minit atau 180 transaksi satu jam," katanya.

Katanya, inisiatif transaksi tol secara elektronik sepenuhnya sudah dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008 dan ia mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Menurutnya, lorong jualan dan tambah nilai di plaza tol akan dibuka bagi membantu orang ramai yang tidak mempunyai kad elektronik untuk memasuki lebuh raya dan membayar tol.

"Ketika ini, terdapat lebih 9,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara membabitkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam dan pasar raya," katanya.

Azman berkata, orang ramai yang mempunyai kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go dinasihatkan supaya menambah nilai kad masing-masing sebelum memasuki lebuh raya untuk menikmati perjalanan lebih selesa.

Bangsa Johor berdukacita atas pemergian 'imam cilik'



 
Kerajaan negeri dan seluruh Bangsa Johor berdukacita atas pemergian 'imam cilik' Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi ke rahmatullah sebentar tadi, kata exco Johor Datuk Ayub Rahmat.

Pengerusi jawatankuasa kesihatan, alam sekitar, pendidikan dan penerangan negeri itu juga mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga.

“Hasrat dan impiannya menjadikan al-Quran sebagai budaya hidup seharian amatlah terpuji dan sama samalah kita berdoa semoga Allah menempatkan-Nya dalam kalangan insan yang bertaqwa dan beriman,” katanya.

Thaqif, pelajar sebuah madrasah tahfiz persendirian di Johor Bahru, dipercayai dipukul oleh seorang pembantu warden.

Allahyarham dimasukkan ke hospital Rabu lalu susulan dakwaan dipukul menyebabkan kecederaan dan jangkitan sehingga kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong.

Keadaan sama mungkin melibatkan tangannya yang hitam hingga ke paras siku. Bagaimanapun pembedahan itu ditangguhkan hari ini berikutan keadaan jantungnya dilapor tidak stabil.

Polis Kota Tinggi setakat ini masih menahan reman pembantu madrasah itu bagi melengkapkan siasatan terhadap kes itu.

Dalam kenyataan hari ini, Ayub juga berkata kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) juga telah memberikan sumbangan bagi membantu keluarga menghadapi detik sukar ini.

Beliau juga memaklumkan allahyarham meninggal dunia pada jam 2.05 petang dan akan dibawa pulang ke rumah selepas semua urusan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru selesai.

Sementara itu, di alam maya, takziah mencurah-curah disampaikan orang ramai, termasuk daripada pemimpin politik.

Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

“Amat menyedihkan. Sayu sayu mendengarnya. Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga sama ada kita sebagai ibu bapa, guru atau sebagainya. Al-Fatihah.”

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri

“Menerima berita sedih pemergian adik Mohamad Thaqif Amin ke rahmatullah. Takziah pada keluarga, semoga ditemptkn bserama para syuhada. Al-Fatihah.”

Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR


“Saya menangis dalam hati dengan kembalinya allahyarham adik Thaqif. Apa tindakan masyarakat setiap kali kejadian menyayat hati berlaku?”

Teo Nie Ching
Anggota parlimen Kulai

“Salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh. We must not allow such tragedy to happen. (Kita tidak harus biarkan tragedi sebegini berlaku).


Harga Petrol Turun Tengah Malam Ini





Berita baik untuk pengguna. Bermula malam ini harga minyak akan turun antara enam dan tujuh sen seliter.

Laporan Sin Chew Daily dan China Press menyatakan harga jualan runcit petrol RON95 dan RON97 akan berkurangan enam sen menjadikan harga terbaru bahan itu masing-masing RM2.21 dan RM2.48 seliter.

Bagi minyak diesel pula, ia mencatatkan penurunan tujuh sen menjadikan harga jualannya RM2.14 seliter.

Penetapan harga jualan petrol dan diesel dibuat secara mingguan sejak 1 April lalu berbanding secara bulanan sebelumnya.

Langkah itu dibuat bagi menyelaraskan harga bahan berkenaan dengan realiti pasaran di dunia.

Penurunan mulai tengah malam ini adalah yang pertama berlaku selepas ia meningkat untuk tiga minggu berturut-turut sejak mekanisme baru diperkenalkan.

Minggu lalu harga runcit RON95 akan naik tiga sen manakala RON97 akan naik dua sen, menyaksikan harga bahan itu masing-masing berada pada RM2.27 dan RM2.54 seliter.

Pada 6 April lalu RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen dan 2 sen seliter.

Permintaan Terakhir Mohamad Thaqif Sebelum Meninggal Dunia



Pelajar sebuah madrasah tahfiz swasta di Johor Bahru, yang dipercayai dipukul oleh seoarang pembantu warden dilaporkan meninggal dunia hari ini.


Baca Juga : Dipukul tanpa sebab, pelajar tahfiz luah derita dalam diari

Beberapa media melaporkan Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang dijadual menjalani pembedahan tangan pagi ini tetapi ditangguhkan berikutan keadaan jantung pelajar thafiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Menurut bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, anaknya meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail ketika mereka sedang membaca doa untuknya.

Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Rabu lalu susulan dipukul oleh pembantu warden asrama madrasah itu yang berusia 29 tahun.

Semalam, keluarga Mohamad Thaqif memaklumkan tangan kanan pelajar itu mungkin terpaksa dipotong pagi ini kerana sudah bertukar hitam hingga ke paras siku.

Jumaat lalu, kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong.

Sementara itu, portal Berita Harian Online memetik Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman, sebagai berkata, Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan perintah reman ke atas pembantu madrasah tahfiz itu dilanjutkan sehingga Sabtu ini.

"Permohonan melanjutkan penahanan reman diluluskan tiga hari dari esok sehingga Sabtu ini oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi pagi tadi," katanya.

Ahad lalu, Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan polis menahan reman pembantu madrasah tahfiz sehingga esok bagi membantu siasatan kes pukul Mohamad Thaqif.

Monday, September 25, 2017

Siti Aishah dihukum penjara lima tahun


 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas belas pelajar sarjana, Siti Noor Aishah Atan selepas mendapati beliau bersalah atas tuduhan yang berkaitan dengan pemilikan 12 buku berkaitan dengan keganasan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samad berkata mahkamah berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan, dan menyatakan bahawa pembelaan tertuduh "tidak munasabah langsung".

"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan," katanya.

Menyampaikan keputusannya kemudian, Shariff juga mengecam tindakan Siti Aishah sebagai "jijik dan kotor".

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu Jemaah Islamiyah, Daesh dan al-Qaeda.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada pukul 12.25 tengah hari, 22 Mac tahun lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana bahan tersebut.

"Tertuduh dikenakan hukuman penjara lima tahun bermula dari tarikh tangkapan pertama," kata hakim , sambil mengarahkan buku-buku yang dirampas itu dimusnahkan.

Saya Memang Pengampu Najib, Salah Ke?'



KUALA LUMPUR - "Saya memang pengampu Najib, sebab dia adalah presiden parti saya. Tak kisahlah apa orang nak kata kerana pada zaman Tun Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi presiden parti, saya tetap mengampu mereka," demikian pengakuan Datuk Seri Nazri Aziz, lapor Malaysia Gazette.

Menjelaskan lebih lanjut, Nazri memberitahu bahawa mengampu yang dimaksudkan itu bukanlah untuk sesuatu yang salah tetapi untuk membela Datuk Seri Najib Razak.


"Najib adalah pemimpin saya dan hubungan kami sangat akrab. Jadi, takkanlah saya nak berdiam diri bila ada orang yang menghina atau mencaci dia?

"Selain sebagai kawan, saya juga hormat beliau sebagai presiden UMNO yang mana saya juga adalah salah seorang ahli majlis tertinggi.

"Saya terima saja apa yang orang nak kata tentang saya. Tetapi ingat, bukan Najib sahaja yang saya ampu, malah sebelum ini juga Mahathir dan Abdullah juga saya bersikap serupa ketika mereka menjadi presiden parti," katanya.

Tambah Nazri lagi, selaga apa yang dilakukan olehnya itu tidak menggugat kestabilan parti, dia akan terus dengan sikapnya dan pendiriannya.

Kisah Pegawai Bank Menjadi Jutawan Dengan Hanya Mencuri 1 Sen dari Setiap Rakyat Malaysia


“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit,” itulah pepatah Melayu yang selalu orang tua guna untuk menggalakkan kita menabung. Kalau hari-hari simpan 10 ringgit, tunggu 10 tahun dah boleh beli Perodua Axia SE Edition sebijik.

Tapi bagi seorang rakyat Malaysia ni, dia guna prinsip yang sama tapi bukan dengan menabung duit sendiri, tapi dengan mencuri orang lain. Pada tahun 1990 dulu, ada seorang pegawai bank yang mencuri 1 sen je duit pelanggan sampailah dia jadi jutawan!

Pada yang tak pernah dengar, hari ini SOSCILI nak ceritakan kisah dia yang berjaya memiliki pelbagai kereta mewah dengan hanya mencuri 1 sen je dari bank. Apa dia buat? Macam mana 1 sen boleh menjadikan dia ni jutawan?

Bank Negara Malaysia pun kena tipu dengan mamat ini

Semuanya bermula apabila Aman Shah Ahmad yang berusia 24 tahun pada ketika itu diambil bekerja di Hock Hua Bank Jalan Raja Laut, KL sebagai seorang esekutif muda dengan pendapatan kira-kira RM1800 sebulan.

Inilah salah satu peninggalan Hock Hua Bank yang masih wujud.Sumber dari koleksijohari.com
Bekas pelajar jurusan perakaunan dari Institut Teknologi Mara ini merupakan seorang pekerja bank yang agak cekap sebenarnya sehinggakan dia diberi kepercayaan menguruskan akaun-akaun pelangan.



Pada mulanya memang tak ada apa yang berlaku, tetapi semuanya berubah apabila dia dihantar oleh pihak bank mengikuti kursus komputer. Kat sinilah dia mula belajar tentang selok belok computer banking dan tanpa orang lain sedari dia ni telah membuat satu perancangan yang sangat licik sampaikan Bank Negara Malaysia pun kena tipu.

Dengan jawatan barunya sebagai sebagai Ketua Jabatan pemprosesan Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana dan Sekuriti (SPEED) di Hock Hua Bank, dia telah mengemukakan arahan palsu melalui sistem tersebut dengan memperdaya pengurusan Bank Negara sendiri.


Melalui arahan ini, dia secara senyap-senyap mengambil duit klien dan memindahkanya ke akaun Bank Bumiputra miliknya sendiri tanpa ada pihak yang sedar. Aman Shah juga telah mencipta satu program, di mana sistem ini akan mengambil 1 sen je dari setiap akaun pelanggan di Hock Hua Bank.

Satu sen! Atau 5 sen sekalipun kalau hilang dalam bank korang mana perasankan, tapi kalau dah banyak sangat klien yang kena macam itu memang boleh  kayalah dia. Korang bayangkan lah, dalam masa beberapa tahun je dia bekerja dengan bank dah bulih songlap duit sampai RM4.01 juta!

Beli 6 bijik kereta mewah dan selamba pergi pamerkan di Plaza Bukit Bintang

Korang tahu tak apa yang dia buat dengan duit-duit tu. Dengan duit yang banyak tadi aman shah telah berhenti daripada Hock Hua Bank dan membuka syarikatnya sendiri iaitu Agensi Pengiklanan Bistro dekat Kuala Lumpur.

Bukan takat tu je, dia juga telah membeli enam bijik kereta mewah iaitu Lamborghini Countach bernilai RM1.3 juta, Mercedes Benz 300SL (RM502, 000), Mercedes Benz 300E (RM192, 000), Porsche 928 S4 (RM638, 000), Porsche Carrera (RM350, 000) dan BMW 329i (RM68, 000).

Dari kanan, kerata jenis Lamborghini Countach dan Porsche 928 S4.
Yang lebih memeranjatkan lagi apabila dua keretanya, lamborghini Countach dan Porsche Carrera tiba di Malaysia melalui penghantaran khas menggunakan kapal terbang dari London, manakala BMW 329i adalah kereta terpakai.

Bagi melindungi harta beliau yang luar biasa, Aman Shah sengaja meletakkan kereta-kerata mewah yang dia miliki di pusat pameran dekat Plaza Bukit Bintang dan akan mengambilnya bila dia terasa nak pakai je.

Semua kereta mewah ni pula dia beli secara tunai dengan tiga daripadanya tidak didaftarkan dan tidak dibayar cukai import, manakala dua lagi didaftarkan atas namanya sendiri manakala sebuah lagi atas nama teman wanitanya.

Keratan akhbar tempatan menunjukan deretan kereta mewah milik Aman Shah. Sumber dari photobucket.com

Dengan beraninya muncul di TV3 dan menceritakan kehebatan kereta-keretanya

Kelemahan Aman Shah ialah dia lupa diri, dengan beraninya dia telah menghadiri satu program bual bicara Sekapur Sirih pada 3 Jun 1990 di TV3. Kali ini nasib tidak menyebelahinya apabila bekas pengurusnya di Hock Hua Bank kebetulan sedang tengok rancangan tu.

Memang terperanjatlah ketuanya bila dia dapat tahu yang Aman Shah sekarang dah kaya raya dan memiliki banyak kereta mewah. Dia pun hairan bagaimana bekas pekerjanya dengan gaji RM1800 mampu memiiki pelbagai jenis supercar walaupun tak sampai setahun dia tinggalkan bank tersebut.

Dengan syak wasangka yang tinggi, pengurus ni tadi telah melakuan satu audit dalaman dan mendapati kira-kira RM4.01 juta telah lesap daripada pengetahuan bank. Bila pihak bank dapat tahu je pasal benda ini dorang pun dengan segera membuat laporan di Balai Polis Campbell pada 8 Jun 1990.

Inilah wajah sebenar Aman Shah Ahmad ketika dia ditangkap polis dan didakwa di mahkamah. Sumber dari carigold.com

Tak lama lepas tu pihak polis berjaya mengesan Aman Shah dan tangkapat telah dilakukan di sebuah Kondominium yang terletak di Bangsar. Ibarat pelanduk yang lupakan jerat, akhirnya Aman Shah ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Ditangkap, tetapi tak mampu bayar ikat jamin

Melalui kenyataan daripada pengarah siasatan jenayah Bukit Aman ketika itu, Datuk Shamsuri Arshad berkata bahawa penipuan ini telah dilakukan dengan sangat teliti apabila dia berjaya memindahkan wang pelanggan bank ke dalam akaunnya selepas berjaya memecahkan kod keselamatan yang direka khas untuk sistem perbankan di Malaysia.

Akhirnya Aman Shah telah dibawah ke mahkamah dan didakwa mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksayan yang membawa kepada 10 tahun penjara dan denda. Dia juga menghadapi empat pertuduhan menipu dengan jumlah keseluruhan mencecah RM4.01 juta.

Yang peliknya, ketika perbicaraan berlangsung, hakim telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan dua orang penjamin tetapi dia mengakui tidak mampu untuk membayar wang jaminan tersebut.

Mungkin kerana dirinya yang tidak beringat dan suka berbelanja mewah, akhirnya dia gagal diikat jamin dan dihantar ke Penjara Pudu sehingga perbicaraan selesai. Aman Shah akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum penjara 5 tahun di atas kesalahan pecah amanah.

Sebenarnya kisah ini agak popular sekitar tahun 1990 dahulu tetapi kami tidak tahu pula apa yang terjadi terhadap Aman Shah pada hari ini. Untuk pengetahuan korang, Bank Hock Hua ini pun dah tak ada lagi sekarang apabila ianya telah digabungkan dengan Public Bank pada tahun 2000.

Kesimpulanya, janganlah korang nak jadikan pencuri sebagai kerjaya korang. Walaupun 1 sen yang diambil, ianya tetap tidak berkat sebab duit tu bukan hak korang. Mungkin penjenayah boleh lepas dengan hukuman dunia, tetapi di akhirat nanti semuanya akan di hisab.

Suami Nikah Lagi, Isteri Bakar Rumah


Depok - Sebuah rumah di Jalan Bakti, Gang Nangka, RT 07, RW 05, Kelurahan Sukamaju Baru, Kecamatan Cimanggis hangus terbakar si jago merah pada Minggu (16/4), pukul 18:00. Rumah ini dibakar sendiri oleh sang empunya rumah lantaran sakit hati kepada sang suami yang telah menikah lagi (poligami).

Diungkap Kepala Dinas Pemadan Kebakaran dan Penyelamatan Kota Depok Yayan Ariyanto, istri dari Abdullah selaku sang pemilik rumah ini merasa depresi saat mengetahui suaminya ternyata telah menikah lagi. Sang istri yang gelap mata kemudian membakar rumah. Bagian rumah yang terbakar seluas 5 x 9 meter.

Yayan menuturkan, pihaknya meluncurkan empat armada pemadam kebakaran yang berasal dari Unit Pelaksana Teknis di Tapos dan Cimanggis dan 18 orang petugas.

"Pemadaman dilakukan pada pukul 18:18 hingga 18:55. Total kerugian ditaksir Rp 16 juta. Kami sempat menemukan kesulitan karena letak rumah yang berada di gang sempit," ujar Yayan kepada SP, hari ini.

Raja Bomoh Insaf, Akui Menipu

'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin hari ini mendedahkan semua aksi yang kononnya menjalankan upacara tertentu semata-mata lakonan.

Malah, menerima arahan daripada pihak yang dirahsiakan identitinya, beliau mengaku berlatih supaya persembahan itu menarik.

Lakonan beliau itu, termasuklah aksi menggoyang teropong buluh dan menjulang buah kelapa ketika upacara mencari pesawat hilang Malaysia Airlines dan memagar negara ini daripada ancaman asing.

“Goyang itu semua drama. Apa pun tak nampak. Jangan silap kata nampak kapal terbang ke... Saya dilatih suruh buat goyang, saya pun goyanglah,” katanya.

“Ambil buah kelapa macam bom, saya buat tetapi saya tak tahu salah pula. Demi Allah demi rasul saya tak tahu salah,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Al Bakri yang menegurnya.

Pengakuan itu dibuat dalam sidang medianya bersama Zulkifli bagi memohon maaf atas tindakannya yang didakwa menghina Islam.

Sebelum ini Ibrahim ditahan oleh JAWI di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 22 April lalu.

Dalam acara yang dirakam video Facebook jabatan itu, Ibrahim juga mendedahkan diminta melakonkan kesemua “lima drama untuk seronokkan cerita”.

Bagaimapun, katanya, jika tahu perkara itu salah, sudah tentu beliau tidak akan melakukannya.

“Kalau tahu saya tak buat kerana saya orang sembahyang, orang Islam, semangat Melayu, saya pegang silat sebanyak lima juta orang silat gayung ghaib.

“Saya sebagai pemimpin (silat), didik anak-anak bangsa. Rakyat-rakyat Malaysia pun saya sayang. Takkan saya nak buat kerja bodoh ini,” katanya.

Beliau juga mendedahkan gelaran “raja bomoh” itu juga dibubuh oleh pihak yang enggan dinamakannya itu dan justeru beliau enggan memakainya lagi.

“Gelaran tak mahu pakai. Gelaran Raja Bomoh pun bukan saya yang bubuh.

"Dia cakap (pada saya), 'Brahim, you cakap you Raja Bomoh dunia, world. Bila Raja Bomoh world, dunia ini, makanya kuatlah'.

“Saya pun terkejut juga, nak dunia macam mana. Hari ini, tak usahlah panggil saya Raja Bomoh.

“Saya seorang mahaguru Datuk Ibrahim Mat Zain saja. Dulu pun macam itu juga, orang panggil saya, tak ada raja-raja bomoh.

“Bila saya dah gantung (gelaran) raja bomoh, raja pecut ada, raja lawak ada, raja repot ada, semua raja, nak pakai saja. Hari ini semua raja saya tak nak, biar jadi rakyat biasa,” katanya sambil ketawa kecil.

Letak tikus, nyamuk dalam penjara supaya banduan insaf : Menteri


Nur Jazlan turut menyarankan Surendran yang menentang cadangan Mohd Noor itu melihat sendiri keadaan penjara di negara ini.


PETALING JAYA: Datuk Nur Jazlan Mohamed bersetuju dengan cadangan mewujudkan keadaan tidak selesa di penjara sebagai sebahagian proses pemulihan banduan supaya mereka insaf dengan kesalahan dilakukan.

Timbalan menteri dalam negeri itu mengulas kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa Jabatan Penjara memastikan pesalah yang menjalani hukuman penjara disemai perasaan takut dan satu daripada cara itu ialah melalui ketidakselesaan dalam sel mereka.

Semalam, Mohd Noor berkata, amalan memberi “kemudahan ala VIP” kepada banduan perlu dihentikan, sebaliknya mereka wajar diberi layanan setimpal dengan kesalahan masing-masing, contohnya sel banduan perlu ada nyamuk, tikus dan lipas yang boleh mengganggu penjenayah bagi mengelakkan mereka “mengambil peluang melakukan jenayah semata-mata untuk menikmati segala kemudahan disediakan Jabatan Penjara”.

“Saya setuju dengan dia,” kata Nur Jazlan kepada FMT hari ini.

Beliau turut menyarankan peguam hak asasi manusia, N Surendran yang menentang cadangan Mohd Noor itu melihat sendiri keadaan di dalam penjara.

“Suruh dia (N Surendran) volunteer masuk jel tu seharilah. Dia mana pernah tengok (keadaan) dalam jel tu,” katanya sambil menambah Surendran perlu melihat sendiri keadaan penjara di Malaysia sama ada bagus atau tidak berbanding negara jiran seperti Filipina atau Indonesia.

Semalam, Surendran dilaporkan berkata, cadangan Mohd Noor itu kejam dan akan mendedahkan banduan, keluarga yang melawat serta kakitangan penjara kepada risiko kesihatan kerana mungkin berlaku penularan penyakit.

Keluarlah ramai-ramai jika tidak suka Umno, cabar Annuar


Tan Sri Annuar Musa mencabar ahli Umno yang tidak berpuas hati berada dalam parti itu agar segera meninggalkannya.

TEMERLOH, 11 Sept — “Terima kasih kerana keluar Umno sebab kita pun tidak mahu golongan musang berbulu ayam berada di dalam parti kerana ia hanya menjadi duri dalam daging.”

Itu reaksi ketua penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas tentang tindakan pengerusi tetap Umno Gelang Patah Datuk Baharom Abdul Ghani dan timbalan ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti semalam.

Katanya, tindakan tersebut tidak akan menjejaskan Umno sebaliknya akan memperkukuh lagi parti kerana golongan yang tidak setia pada perjuangan, satu demi satu telah meninggalkan parti.

“Ada orang tanya Umno tidak panik ke sebab mereka keluar parti, saya kata ‘tidak’. Malah kita ucap terima kasih, kita nak lebih ramai lagi yang tidak sukakan parti, sila keluar.

“Tetapi kita tidak akan sesekali menekan butang panik sebab satu yang keluar, 30 orang baharu yang masuk... kita hanya berbincang tentang mereka yang keluar sedangkan dalam tempoh sebulan ini, berpuluh ribu yang mendaftar keahlian baharu untuk menyertai Umno,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Temerloh yang turut dihadiri oleh ketua Umno bahagian Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Semalam dua veteran Umno itu mengumumkan keluar parti semasa menghadiri persidangan perwakilan bahagian masing-masing.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sebagai anggota parti, seseorang itu harus istiqamah dan setia dengan perjuangan parti serta tidak mudah melatah apabila diuji dengan sesuatu krisis dalaman.

“Kita tidak nafikan apabila (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan Tun Dr Mahathir Mohamad tubuh parti baharu, ada yang hendak mengikut mereka.

“Negara ini mengamalkan prinsip demokrasi dan kita tidak halang mereka.

“Kita beri mereka kelulusan untuk tubuh parti baharu kerana menerima realiti demokrasi, siapa hendak ikut siapa tiada paksaan,” katanya.

Selangor, Pulau Pinang Wartakan Fatwa Haram Umat Islam Merokok


Sejak 1995, jawatankuasa fatwa kebangsaan mengumumkan rokok adalah haram di sisi Islam.

KUALA LUMPUR: Hanya Selangor dan Pulau Pinang yang mewartakan keputusan fatwa mengenai hukum merokok di negeri masing-masing setakat ini, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Selangor mengambil langkah tersebut pada 1995 manakala Pulau Pinang membuat keputusan itu pada 2004.
“Kedua-dua negeri itu mengambil langkah tersebut berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 23 Mac 1995.

“Muzakarah itu telah membincangkan isu merokok daripada pandangan Islam dan telah bersetuju memutuskan merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana ia memudaratkan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja, pada Persidangan Dewan Negara semalam.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkaitan untuk memainkan peranan masing-masing supaya pandangan fatwa tersebut dipatuhi.

Adam Rosly Sebenarnya Ahli PAS, kata Rafizi


Naib presiden PKR itu sekali lagi mahu partinya bertindak supaya kes Adam Rosly tidak dijadikan modal musuh politik.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes membabitkan banglo mewah merupakan bekas ahli PAS, kata Rafizi Ramli, menjawab kritikan yang mengaitkan PKR dengan dakwaan ke atas Adam.

“Dia masuk PKR pada 2010, sebelum itu dia anggota PAS,” katanya.

Rafizi berkata PKR tidak boleh memandang mudah dengan dakwaan ke atas Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan boleh dijadikan modal politik oleh Umno dan PAS.

“Kalau tidak ditangani dengan baik, dia akan ada kesan kepada parti. Kalau tidak ambil tindakan, orang akan kata kesalahan orang lain kami bising tapi bila kena pada parti sendiri kami diam.
“Jadi tindakan perlu diambil, kalau tidak ia akan diambil kesempatan musuh politik Pakatan Harapan baik dari Umno atau PAS.”

Semalam Rafizi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

FMT difahamkan Pemuda PKR akan membawa usul supaya Adam digantung jawatan, susulan kes membabitkan banglo mewahnya minggu lalu.

Pada Jumaat, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkait keterangan palsu, di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Beliau dituduh memberi keterangan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lepas.

Antara lain, Adam dituduh berbohong ketika menyenaraikan pecahan sumber dana untuk pembelian banglo itu, yang menurutnya berharga RM1.2 juta.

Adam berkata lebih setengah juta ringgit dibayar menerusi pinjaman dua orang Ah Long.

Isu Skandal MARA : 'Ini fitnah totok' - Annuar Musa


ANNUAR hadir di ibu pejabat MARA untuk memberi keterangan.

Kuala Lumpur : Tan Sri Annuar Musa menegaskan tidak terlibat dalam perundingan pembelian pakej komersial Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrios (TRW).

Katanya, perundingan itu hanya berlaku di peringkat pengurusan tanpa pengetahuannya.

"Saya tidak pernah beri arahan atau memaksa untuk membeli pakej berkenaan.

"Ini fitnah totok apabila mendakwa saya menggunakan dana pendidikan untuk menaja pasukan TRW," katanya dalam sidang media selepas memberi keterangan kepada Audit Dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pejabat MARA di sini, hari ini.

Annuar dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasadalam memberi tajaan MARA kepada pasukan TRW melalui PMB dan UniKL.

Januari lalu,Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan PMB secara mengejut berhubung isu berkenaan.

Keputusan itu diumumkan Ahli Majlis MARADatuk Dr Yusof Yacob sebelum ini bertujuan mempertahankan integriti serta pengurusan korporat MARA serta menjalankan siasatan dalaman terhadapAnnuar.

Sebelum ini,Annuar turut dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dilantik sebagai Pengerusi MARA sejak19 Julai 2003.

Dipukul tanpa sebab, pelajar tahfiz luah derita dalam diari


Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kisah kedua kakinya hitam dipercayai akibat dipukul warden dan menjadi viral di media sosial sejak semalam, disahkan koma hari ini.


JOHOR BARU, 25 April — Ibu saudara kepada pelajar tahfiz yang didera di sini mendedahkan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi sudah menderita sejak bulan lalu.

Dzuraidah Ahmad berkata anak saudaranya itu dipukul tanpa sebab dan segalannya dicatat dalam diari pelajar malang itu.

“Anak saudara saya beritahu kadang-kadang dia dan rakan-rakannya secara sukarela menawarkan diri menjadi orang pertama dipukul.

“Kerana mereka mahu tidur awal disebabkan terpaksa bangun pada pukul 3 pagi untuk solat.

“Dia menulis dipukul tanpa sebab dan sudah tidak mampu bertahan dengan apa yang berlaku.

“Dia mahu berpindah ke sekolah lain,” katanya seperti dilaporkan mStar.

Kelmarin doktor yang merawat Thaqif Amin di Hospital Sultan Ismail di sini mengesan darah beku di lengan kirinya.

Kisah Thaqif Amin yang dimasukkan ke hospital Rabu lepas, menjadi tular di media sosial.

Murid berusia 11 tahun itu mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lalu dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Kelmarin, pembantu warden tersebut direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Dzuraidah, 38, berkata menerusi diari berkenaan, Thaqif Amin menulis punggungnya pernah dipukul selepas mencuci beberapa biji cawan arahan pembantu warden.

“Ya Allah, bukakanlah pintu hati ibu bapaku untuk membenarkanku berpindah ke sekolah lain kerana aku sudah tidak tahan lagi.

“Tolonglah Ya Allah, semoga permintaanku ini dimakbulkan,” tulis Thaqif Amin dalam diari itu. 

Kajian: PAS bakal terima undi paling rendah, Umno tetap menang


PAS akan berada di tangga terakhir bilangan undi di kawasan majoriti Melayu sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru, menurut kaji selidik terkini oleh Invoke Malaysia.


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan sekiranya pertandingan 3 penjuru berlaku di kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya umum ke-14, menurut kaji selidik membabitkan lebih 10,000 pengundi oleh Invoke Malaysia.
Dan parti pembangkang yang bakal mengalami kekalahan paling teruk ialah PAS, menurut hasil kajian badan sukarelawan yang ditubuhkan untuk membantu strategi Pakatan Harapan pada pilihan raya umum.
Kajian selama 2 bulan Invoke itu menunjukkan calon Amanah, parti yang ditubuhkan beberapa bekas pemimpin PAS pada 2015, bakal mengatasi PAS walaupun kalah dalam pertandingan 3 penjuru.
Ini kerana undi bukan Melayu tidak akan memihak kepada parti Islam itu, yang kini bukan lagi sebahagian daripada gabungan pembangkang.
Hasil kajian yang didedahkan hari ini di sebalik amaran PAS akan bertanding di beberapa kerusi yang turut dipertandingkan Pakatan Harapan.
Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerusi DAP, PKR dan Amanah di Selangor “bebas” untuk dirampas parti itu jika tiada persetujuan pembahagian kerusi dicapai.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, sementara rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih tidak membuahkan hasil.
Amanah dan PPBM merupakan 2 parti berteraskan Melayu yang menganggotai Pakatan Harapan, yang turut menggabungkan DAP dan PKR. PAS bagaimanapun membuat keputusan tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan gabungan itu.
Penyelaras Invoke Rafizi Ramli, yang juga naib presiden PKR, berkata jumlah undi Amanah dijangka mengatasi PAS dengan kelebihan 3.6%
“Namun kelebihan tetap kepada Umno iaitu mendahului Amanah dan PAS, iaitu Umno mendapat 32.2%, Amanah 16.1% dan PAS hanya mendapat 12.5%,” katanya mengumumkan hasil kaji selidik itu hari ini.
Rafizi berkata, sebanyak 3.2% menyatakan tidak akan mengundi manakala kira-kira 20% tidak mahu menjawab. Hampir 16% pula belum membuat keputusan.
Kajian Invoke berjalan selama 2 bulan di antara 6 Februari dan 6 April tahun ini, di kawasan majoriti pengundi Melayu.
Pengundi dipilih secara rawak oleh sistem kaji selidik berkomputer Invoke, di mana mereka ditanya melalui telefon.
Seramai 1.67 juta orang pengundi berdaftar ditelefon secara rawak dan daripada jumlah itu, 116,922 orang pengundi menjawab telefon. Bagaimanapun, 10,523 orang pengundi menjawab kesemua 40 soalan yang ditanya.

Sunday, September 24, 2017

Mercedes-Benz Malaysia Catat Peningkatan Jualan 11 peratus


KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. merekodkan percapaian jualan terbaik suku pertama dengan mencatatkan 11 peratus pertumbuhan pada suku pertama 2017 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Syarikat kereta jenama mewah itu telah menyerahkan 2,945 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini.

Pada suku pertama 2017, Mercedes- Benz Malaysia telah menyerahkan sejumlah 1,820 unit limousin yang dihasilkan di sini merangkumi Mercedess-Benz C-Class, E-Class dan S-Class kepada pelanggan.

Menurut syarikat tersebut lagi, penyumbang utama kepada pertumbuhan jualan tersebut adalah rangkaian Mercedes-Benz SUV yang menyaksikan lonjakan sebanyak 247 peratus kepada 594 unit. 

Kronologi Kes & Disebalik RM300 K, Wang Ikat Jamin Adam Rosly. (Part 1)

Bahagian pertama.

6 Pertuduhan

Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly pada 21 April lalu telah didakwa oleh SPRM kerana memberi keterangan dan dokumen palsu dengan niat memperdayakan pegawai SPRM. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM di blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Atas kesalahan tersebut, beliau telah didakwa dalam 6 pertuduhan iaitu;


i. Seksyen 32 (8) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 = bagi dua pertuduhan.



ii. Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 = bagi 4 pertuduhan.




(rujukan)


Adam melakukan kesalahan tersebut pada 10 Februari dan 22 Februari 2017 di pejabat SPRM ketika dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung bukti pendapatan. 


Babak awal

Ketua Gerakan Merah, Datuk Jamal Yunus pada tahun lepas mendedahkan kekayaan luar-biasa yang dimiliki oleh Ketua Pemuda PKR itu. Beliau turut membawa rakan-rakan media bagi meninjau rumah banglo ala disney-land Adam dengan menggunakan helikopter.



Susulan dari tindakan itu, netizens mulai selongar akaun media sosial Adam di Facebook dan Instagram dan berjaya menemukan beberapa gambar-gambar tentang rumah-rumah lain dan koleksi beberapa kereta-kereta mewah yang dipercayai milik Adam, namun Adam menafikan ia dimiliki oleh beliau meskipun caption pada gambar-gambar itu jelas membayangkan Adam mengesahkan ia dimiliki oleh beliau (pada ketika ia dikongsikan di laman sosial).


Tidak tahan 'diselongkar' oleh netizens, Adam bertindak 'memprivatekan' akaun media sosialnya dari diperlihatkan kepada umum.


Kenyataan berbeza


Adam telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza apabila ditanya tentang sumber pendapatannya. Baik kepada media mahupun kepada SPRM.

Ketika ditanyakan apakah jenis perniagaan yang dijalankan oleh Adam, beliau enggan memberikan maklumat lanjut sebaliknya diwar-warkan oleh para penyokong bahawanya beliau memiliki perniagaan perabot. Adam dikatakan terlibat dalam perniagaan import-eksport dan ada pengalaman menjual nasi lemak semasa kanak-kanak. Adam juga dikatakan mempunyai bapa yang kaya dan berpengaruh.



Akhirnya didakwa kerana gagal buktikan sumber 1.2juta beli banglo

Adam ditanyakan tentang sumber wang sebanyak rm1.2juta bagi membeli banglo secara tunai.

Pada 10 Februari, Adam menjawab sebegini; 

1. RM 400k - pinjam dari Ahlong bernama Tan Hang Yuan atau lebih dikenali sebagai Leo 

2. RM 100k - pinjam dari Ahlong bernama Ben 

3. RM 100k - dari ibu mertua 

4. RM 100k - dari nenek ( yang meninggal dunia pada 28 Jan 2017) 

5. RM 250k - Jualan kereta dan kutipan sewa pengurusan flat sebagai Pengerusi 6. RM 250k - Keuntungan perniagaan secara langsung mahupun tidak langsung 

Kemudiannya pada 22 Februari, Adam sekali lagi berhadapan dengan pegawai SPRM dan menukarkan beberapa kenyataan awal beliau. Adam mengatakan beliau mahu membuat pembetulan. 

Beliau menjawab begini pada 22 Februari; 

1. RM555,165 daripada Ah long Leo untuk tempoh dua tahun, bersekali dokumen menyokong pengakuannya, 16 kali pembayaran, 13 transaksi, 3 kali pembayaran tunai. Adam Rosly sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115. Semuanya dokumen yang dipercayai palsu yang mendorong kepada pendakwaan.

2. Baucar tunai Adam atas nama syarikat Gegas Mentari Holding Sdn Bhd. 

3. RM80,000 = pinjam dari nenek selama 3 tahun berserta dengan dokumentasi menunjukkan butiran pinjaman yang diberikan Adam kepada SPRM (untuk rekod, nenek Adam meninggal dunia pada 28 Jan 2017), namun itu juga dipercayai palsu yang mendorong kepada pendakwaan. 

4. RM500,000 = hasil jualan kereta. 

Dalam kertas pertuduhan SPRM ke atas Adam, SPRM mendakwa kesemua dokumentasi yang dikemukakan oleh Adam bagi menyokong bukti pendapatannya adalah palsu. Apabila ditanyakan kenapa beliau membuat pinjaman Ahlong, Adam mengatakan beliau gagal mendapat pinjaman bank. Adam juga menukarkan keterangan kononnya pernah meminjam dari ibu mertua.

Adam turut mengatakan beliau meraih 60,000 sebulan sebagai Pengarah Syarikat Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dan tambahan sebanyak 3,000 sebulan sebagai Pengerusi Flat di Taman Industri Lembah Jaya kerana menguruskan sewaan. Mana dapat 300k wang ikat jamin? Adam diikat jamin pada 21 April lepas selepas pertuduhan dibacakan ke atas beliau. 

Wang 300,000 itu berjaya dikumpul pada saat akhir

Ianya hasil dari ahli keluarga dan para penyokong Adam, lapor portal Free Malaysia Today. Malahan ada yang dilihat mengeluarkan wang dari mesin ATM bagi mencukupkan wang jaminan ke atas Adam. Bagaimanapun cakap-cakap netizens, ramai yang tidak mempercayai ianya dikumpul saat akhir ataupun hasil dari sumbangan orang ramai (penyokong Adam). 

Adam dilihat tidak mempunyai banyak sokongan politik selain kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Zuraidah dan Azmin Ali. Jadi agak pelik untuk beliau menerima sumbangan dari orang ramai sehingga mampu mencukupkan jaminan 300,000 banyaknya. Kami menerima maklumat sumber wang jaminan Adam Rosly namun kami tidak menyiarkan disini kerana tiada bukti bagi mengesahkan dakwaan tersebut. 

Malahan ada yang mempersoalkan Adam sanggup meminjam Ahlong untuk membeli banglo mewah di kawasan orang miskin sedangkan dengan pendapatan sebanyak 60,000 sebulan, Adam boleh membeli tanah dan membuat rumah sendiri yang tak sampai pun kosnya 1 juta. 

Ini kerana syarikat di mana tempat Adam menjadi pengarahnya, dikatakan turut terlibat dalam kerja-kerja membina bangunan selain dari aktiviti perlombongan dan memborong pelbagai barangan am.