Friday, December 29, 2017

Video!! Pencuri Bangsa Johor, kantoi ceroboh masuk bilik, kena pukul dengan tuan rumah di Johor

KALI ini tersebar satu rakaman video terkantoinya seorang lelaki ketika cuba mencuri di dalam sebuah rumah.

Kejadian ini dipercayai berlaku pada waktu subuh 27 September 2017 (subuh tadi) di sekitar Daerah Batu Pahat, Johor. Seorang lelaki yang berjaya ditangkap selepas "kantoi" ketika menceroboh bilik sebuah rumah penduduk dipukul dengan sebatang kayu.

Lelaki itu juga terpaksa berdepan dengan tuan rumah yang siap siaga dengan pedang samurai di tangannya.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Apa yang melucukan dalam video ini apabila lelaki itu yang mengaku berasal dari Rengit, memberikan alasan tidak masuk akal apabila ditanya oleh tuan rumah tentang apa tujuannya masuk sampai ke bilik.

"Pasal apa kau nak masuk bilik aku? Kau dah sampai dalam bilik tau," soal tuan rumah kepada lelaki yang ditangkap itu.

Dia memberikan alasan kerana mahu mengejutkan tuan rumah di dalam bilik.

"Saya ingatkan nak kejut abang, saya tak tau abang kat situ bang," jawabnya.

"Oh kalau aku tak ada?" soal tuan rumah lagi.

"Saya keluar bang," jawabnya.

"Kejut kepala hotak kau!" kata tuan rumah yang berang dengan jawapan tak munasabah lelaki itu.

Mana tidaknya, takkanlah datang rumah orang tak beri salam, boleh masuk sampai ke bilik kononnya nak kejutkan tuan rumah.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan

No comments:

Post a Comment