Thursday, December 14, 2017

5 perkara yang anda boleh lakukan ketika harga petrol naik



Kenaikan harga petrol mulai Februari 2017 sedikit sebanyak meningkatkan lagi beban rakyat Malaysia. Namun, tiada apa yang boleh dilakukan terhadap kenaikan tersebut melainkan anda sendiri mengambil tindakan untuk lebih berjimat cermat.

Dalam pengurusan kewangan, peningkatan perbelanjaan akan menyebabkan simpanan seseorang semakin berkurang. Melalui formula Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan, kenaikan petrol menyebabkan jumlah perbelanjaan juga akan meningkat dan pada masa yang sama mengurangkan simpanan.

Bagi mengatasi masalah kenaikan harga petro, berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan supaya tidak terkesan dengan kenaikan tersebut.




  • Rancang perjalanan


Jika anda bekerja di Kuala Lumpur dan pergi kerja menaiki kereta, kesesakan lalu lintas adalah perkara biasa dan tidak dapat dielakkan. Keadaan seperti ini sebenarnya menyebabkan petrol anda lebih cepat kering.

Rancang perjalanan anda supaya tidak terlibat dengan kesesakan lalu lintas.


  • Tumpang kawan


Selain itu, anda juga boleh merancang perjalanan dengan menumpang rakan sekerja untuk ke pejabat. Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan petrol malah mengurangkan lagi kesesakan lalu lintas.

Bercuti ketika minyak murah

Harga minyak di Malaysia akan berubah setiap bulan mengikut harga yang akan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Secara mudahnya, anda hanya pergi bercuti selepas kerajaan mengumumkan harga petrol menurun.

Manakala jika harga petrol naik pula, ini adalah masa untuk anda berehat di rumah sahaja.



  • Tukar kenderaan


Jika anda rasa kenaikan harga petrol menyebabkan hidup anda sangat terbeban, anda mungkin perlu menaiki kenderaan yang lebih jimat petrol. Untuk lebih jimat, naik sahaja motorsikal kerana kos perbelanjaannya yang lebih murah.

Bagi individu yang ingin memiliki kereta, pilih kereta yang mempunyai kelebihan penjimatan petrol supaya tidak rasa terbeban dengan kenaikan harga petrol.


  • Kenderaan awam


Anda juga boleh cuba untuk naik kenderaan awam seperti bas, KTM, LRT Monorail atau MRT untuk pergi ke sesuatu tempat. Biasakan untuk gunakan kenderaan awam ketika hujung minggu jika mahu masuk ke Kuala Lumpur kerana setiap tempat sudah mempunyai akses kenderaan awam yang baik.


  • Belajar guna kenderaan dengan baik


Bagi pemilik kenderaan, belajar untuk menggunakan kenderaan anda dengan betul. Antara tip yang anda boleh lakukan adalah:


  1. penggunaan brek dengan baik dan tidak secara mengejut
  2. tekanan tayar yang ideal
  3. keluarkan barang yang berat dalam kereta anda
  4. servis kereta anda mengikut masa yang ditetapkan

Anda boleh dapatkan tip yang lebih dari mereka yang pakar. Walaupun hanya memberi kesan yang kecil tetapi masih dapat membantu anda ketika harga petrol meningkat.

No comments:

Post a Comment