Friday, December 15, 2017

Seorang Pemuda Samakan Pelajar Tahfiz “Ayam Di Dalam Reban” Di Kecam Netizen



Seorang lelaki membangkitkan kemarahan netizen dan teruk dikecam apabila mengeluarkan kenyataan tidak sensitif membabitkan 24 mangsa yang terbunuh dalam kebakaran itu.

Menerusi posting di laman sosial pada Khamis, pemuda terbabit dengan beraninya menyamakan pelajar-pelajar tahfiz yang menjadi mangsa kebakaran sebagai ‘ayam di dalam reban’.

“Dah terbakar, kau jangan salahkan sesiapa. Kalau dah satu dorm (bilik tidur asrama) tu kau sumbatkan macam ayam dalam reban ayam,” katanya di laman sosial.

Malah dia mendakwa bangunan pusat tahfiz tersebut tidak mempunyai kelulusan dari segi keselamatan. Tidak cukup dengan itu, ibu bapa pelajar turut menjadi sasarannya.

“Yang jadi mangsa budak-budak tu. Mak bapak budak tu semua bukan kisah pun keselamatan anak-anak mereka. Yang mereka tau ‘Oh! Anak aku ahli syurga,” katanya yang menyifatkan tragedi itu dilihat sebagai satu pengajaran dengan mendakwa bahawa ‘sekolah tahfiz membunuh’.



Seorang netizen membalas kenyataan itu dengan berkata: “Kalau ye pun nak cakap pasal isu keselamatan di sekolah tahfiz ni, perlu ke nak keluarkan kenyataan macam ni? Dia faham ke tak semua orang tengah bersedih.”

Walaupun terdapat netizen sependapat dengan lelaki tersebut berhubung kebanyakan kes sekolah tahfiz dikaitkan dengan litar pintas, tetapi diakui cara penyampaiannya agak kasar.

“Ada betul dia cakap, tetapi dia cakap dalam nada yang agak kasar. Di mana menyentuh hati ibu bapa si anak-anak syurga,” katanya.

“Bahasa budak ni kurang cantik, nak kena ajar. Baru tahu menghormati orang,” kata seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di Kuala Lumpur bukan berpunca daripada litar pintas.

Pengarahnya, Khirudin Drahman berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

Khirudin berkata, hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu berada dalam keadaan baik.

Seramai 22 pelajar dan dua guru yang merupakan warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi Khamis.

-PRU14.TV

No comments:

Post a Comment