Kuala Lumpur: Selepas Big Gay Iftar berjaya diadakan pada bulan Ramadhan lepas, kini acara pra-pesta muzik tarian gay yang terbesar di dunia pula bakal diadakan di Malaysia, tidak lama lagi.
Parti muzik yang diberikan jolokan ‘White Party BKK Warm Up’ itu khabarnya bakal diadakan di Rooftop GTower, Kuala Lumpur pada 30hb September tahun ini.
Menurut maklumat yang tertera pada poster dan laman muka buku upacara tersebut, pesta muzik gay besaran-besaran ini dianjurkan khas oleh DivineBliss Malaysia, menjemput semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta ini dan berseronok dalam persekitaran yang selamat.
Acara ini terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja. Pesta Gay ini dicetuskan oleh veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, salah satu syarikat penganjuran konsert dan festival yang terkemuka di Thailand dengan kerjasama Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.
No comments:
Post a Comment