Rakaman Cctv lelaki mencurigakan sebelum kebakaran|Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Sumber berkata kelibat lelaki berkenaan dirakam kira – kira jam 3.10 pagi oleh satu daripada puluhan CCTV di pejabat PPIM.
Katanya, suspek lelaki berpakaian T shirt biru dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui perkarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.
Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Ketua Aktivis PPIM berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.
“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi,” katanya dalam sidang media berkenaan.
Menurutnya, polis sedang meneliti hampir 30 cctv di pejabat berkenaan yang dipercayai boleh memberi petunjuk kepada kejadian kebakaran itu.
Katanya, sejak semalam hingga ke waktu sidang media diadakan, sepasukan polis sedang meneliti semua rakaman itu.
Katanya, kedudukan cctv di sekitar pejabat PPIM bersebelahan pusat tahfiz itu boleh merekodkan situasi yang berlaku sebelum dan sewaktu kejadian.
“CCTV ini menampakkan hampir semua sudut pusat tahfiz termasuk Taman Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang bangunan ini.
“Semakan mendapati bermula jam 7 malam hingga 12 tengah hari, terdapat belasan individu berlegar di sekitar taman dan polis sedang menyiasat keberadaan mereka yang boleh dikaitkan dengan kejadian kebakaran ini,” katanya.
Menurutnya, banyak pihak yang tular di media sosial dengan mendakwa kejadian kebakaran itu ada kaitan dengan kegiatan PPIM.
“Saya tidak menolak sebarang kemungkin termasuk unsur khianat dan dendam. Biar polis siasat dari semua aspek.
“Kita menunggu petunjuk tetapi perasaan dendam itu ada kemungkinan dan ia perkara baru untuk PPIM, ” katanya.
No comments:
Post a Comment