Monday, November 6, 2017

Peniaga bergelut dengan DBKL, anggota penguatkuasa kena sembur cili



TERSEBAR rakaman video di WhatsApp, pergelutan antara peniaga Melayu dengan sekumpulan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) malam tadi, di mana salah seorang anggota dikatakan rebah akibat disembur cili oleh peniaga terbabit.



SILA SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO

Rakaman video berdurasi 47 saat itu menyaksikan pergelutan antara kumpulan peniaga dan penguatkuasa DBKL juga beberapa orang anggota RELA. Salah seorang lelaki berpakaian seragam DBKL tiba-tiba dilihat terbaring sambil terbatuk-batuk.

Beberapa orang rakannya dilihat cuba membantu, dengan membangunkannya. Sejurus selepas itu kedengaran suara lelaki bertanya, "Siapa sembur?" seorang lagi lelaki menjawab "budak tadi juga sembur".

Difahamkan anggota tersebut terkena semburan cili semasa bergelut dengan salah seorang peniaga. Kejadian dipercayai berlaku di Lorong Bunus 3, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Turut sama tersebar bersama rakamam itu ialah dua keping gambar, salah satunya menunjukkan sekumpulan orang ramai mengerumuni sesuatu.



Manakala sekeping gambar lagi menunjukkan seorang lelaki berbaju biru dalam keadaan duduk dengan muka berlumuran darah di hadapan seorang anggota polis.




Di bawah ini video yang dimaksudkan, sila klik 'button play' untuk menonton video.


No comments:

Post a Comment