Dalam kita menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, umat Islam di Malaysia tak terlepas dengan dugaan dan kontroversi. Antara kontroversi terbaru adalah apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli al-Bakri dituduh menyeleweng dan dikaitkan dengan ajaran Wahabi. Perkara itu didedahkan oleh Dr Zamihan al-Ghari dalam satu pembentangan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baru-baru ini.
Tak lama lepas tu, keluar pulak senarai penceramah dan website/Youtube Channel yang dikatakan menyebarkan fahaman Wahabi. Apa yang peliknya, SOSCILI jugak ada dalam senarai tu. Aik! Apasal kitorang kena tuduh jadi Wahabi pulak ni?
Dikatakan senarai tu dikeluarkan oleh ASWAJA. Tapi baru-baru ni, pihak ASWAJA menafikan yang diorang keluarkan senarai tersebut.
Lebih kurang beberapa ratus tahun selepas zaman Salafus Soleh, muncul pula seorang ulama besar yang dikenali sebagai Imam Ibnu Taimiyah dan anak muridnya Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah. Mereka berdua ini adalah bermazhab Hanbali.
Lepas Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim meninggal dunia. Muncul pula seorang insan bernama Muhammad bin Abdul Wahab yang dilahirkan di Nadj (kini Riyadh) pada 1115 hijrah. Diceritakan bapa Muhammad bin Abdul Wahab adalah seorang kadi bermazhab Hanbali. Dikatakan juga, Muhammad bin Abdul Wahab adalah seorang yang sangat kagum dengan Ibnu Taimiyah (ada juga yang kata fanatik).
Ketika di zaman Muhammad bin Abdul Wahab, masyarakat Arab pada waktu itu banyak melakukan perkara-perkara khurafat dan bidaah seperti pemujaan kepada wali-wali. Disebabkan itu, dia dan pengikutnya mula memerangi perkara-perkara tersebut, dengan cara menghidupkan kembali pandangan-pandangan Ibnu Taimiyah.
Lama-kelamaan, fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab ini semakin berkembang di Semenanjung Arab sehinggalah kepada Arab Saudi sekarang. Makanya, para pengikut dan mereka yang setuju dengan pandangan-pandangannya dipanggil sebagai golongan Wahabi.
Seperti yang diceritakan tadi, umat Islam ketika itu mula mengkaji tentang sifat-sifat tuhan. Antara yang diperbahaskan adalah berkenaan dengan ayat-ayat mutashabihat iaitu ayat-ayat di dalam al-Quran dan hadis yang tidak jelas maknanya dan seakan-akan menyamakan Allah dengan makhluk. Contoh ayat mutashabihat adalah:
Walaupun begitu, pendekatan ini tak disetujui oleh Imam Ibnu Taimiyah. Ini kerana, menurutnya kita kena ikut apa yang difahami oleh golongan Salafus Soleh pada suatu masa dulu, yang tak mahu membahaskan ayat-ayat mutashabihat dan serahkannya kepada Allah SWT.
Tapi dalam hal lain, muncul pulak isu yang selalu dikaitkan dengan golongan Salafi/Wahabi iaitu isu bidaah. Apa pula itu bidaah?
Disebabkan perkara ini juga, mereka telah dihalang dari memasuki beberapa buah negeri di Tanah Melayu. Malah, buku dan karya mereka juga diharamkan. Seorang tokoh besar seperti Pendeta Zaaba juga pernah diharamkan bukunya kerana isu ini. Hal ini jugalah yang memaksa Hamka menulis surat kepada Mufti Johor (ketika itu) yang menuduh gerakan Kaum Muda sebagai Wahabi dan sesat. Hamka juga pernah berkata:
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Wahabi bukanlah ajaran sesat dan ia adalah sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perkara itu juga dikongsi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Walaupun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan yang aliran Wahabi tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini. Hal ini terutamanya kepada aliran Wahabi yang membawa pendekatan ekstrem.
Tak lama lepas tu, keluar pulak senarai penceramah dan website/Youtube Channel yang dikatakan menyebarkan fahaman Wahabi. Apa yang peliknya, SOSCILI jugak ada dalam senarai tu. Aik! Apasal kitorang kena tuduh jadi Wahabi pulak ni?
Dikatakan senarai tu dikeluarkan oleh ASWAJA. Tapi baru-baru ni, pihak ASWAJA menafikan yang diorang keluarkan senarai tersebut.
“ASWAJA tiada kena mengena dangan senarai penceramah Wahabi yang sedang diviralkan. Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang senarai penceramah Wahhabi kepada mana-mana pihak sekalipun. Mohon semua pihak berhati-hati dengan usaha pihak tertentu untuk melaga-lagakan sesama umat Islam.” – Ustaz Dr. Zamihan Al-Ghari, Presiden ASWAJA.Tapi pada kita yang orang awam ni, kadang-kadang kita pun rasa pelik tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Wahabi? Adakah Wahabi ini termasuk dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah? Oleh itu, ini mungkin sedikit sebanyak maklumat yang kita boleh tahu tentang Wahabi. Antaranya adalah…
Adanya tokoh yang nak kembalikan umat Islam ke zaman Salafus Soleh
Salafus Soleh adalah golongan yang ada dalam tiga generasi terawal hijrah (iaitu dalam lingkungan 300 tahun terawal hijrah). Mereka adalah:- Generasi pertama – para sahabat yang pernah bertemu dengan Rasulullah SAW.
- Generasi kedua – golongan yang pernah bertemu dengan para sahabat, tapi tak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW (mereka dipanggil sebagai Tabi’in).
- Generasi ketiga – golongan yang tak pernah bertemu dengan Rasulullah dan para sahabat, tapi pernah bertemu dengan Tabi’in (mereka ini dipanggil sebagai Tabi’ tabi’in).
Lebih kurang beberapa ratus tahun selepas zaman Salafus Soleh, muncul pula seorang ulama besar yang dikenali sebagai Imam Ibnu Taimiyah dan anak muridnya Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah. Mereka berdua ini adalah bermazhab Hanbali.
“Jadi mereka cuba meneruskan madrasah Imam Ahmad bin Hanbal atas nama madrasah Salafiah. Iaitu hendak hidupkan kembali madrasah Salaf, pendekatan para ulama Salaf. Jadi mereka melihat bahawa kita kena beramal sebagai mana para ulama Salafus Soleh yang terdahulu beramal.” – Ustaz Aizam Mas’od, Pegawai Penyelidik JAKIM.Anatara pendekatan Ibnu Taimiyah adalah cuba membawa masyarakat ketika itu untuk menolak perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah dan Salafus Soleh. Ibnu Taimiyah juga sangat kritikal terhadap amalan-amalan bidaah dan menentang kuat ajaran-ajaran sesat, Syiah dan tarekat sufi yang melampau. Sepanjang hidupnya, Ibnu Taimiyah telah dipenjara sebanyak tujuh kali dan akhirnya beliau meninggal dunia ketika berada di dalam penjara.
Lepas Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim meninggal dunia. Muncul pula seorang insan bernama Muhammad bin Abdul Wahab yang dilahirkan di Nadj (kini Riyadh) pada 1115 hijrah. Diceritakan bapa Muhammad bin Abdul Wahab adalah seorang kadi bermazhab Hanbali. Dikatakan juga, Muhammad bin Abdul Wahab adalah seorang yang sangat kagum dengan Ibnu Taimiyah (ada juga yang kata fanatik).
Ketika di zaman Muhammad bin Abdul Wahab, masyarakat Arab pada waktu itu banyak melakukan perkara-perkara khurafat dan bidaah seperti pemujaan kepada wali-wali. Disebabkan itu, dia dan pengikutnya mula memerangi perkara-perkara tersebut, dengan cara menghidupkan kembali pandangan-pandangan Ibnu Taimiyah.
Lama-kelamaan, fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab ini semakin berkembang di Semenanjung Arab sehinggalah kepada Arab Saudi sekarang. Makanya, para pengikut dan mereka yang setuju dengan pandangan-pandangannya dipanggil sebagai golongan Wahabi.
Munculnya zaman falsafah yang mengkaji sifat-sifat tuhan
Ketika di zaman pertengahan Bani Abassiyah (132-656H / 750-1258M), banyak ilmu-ilmu berkaitan akidah mula dipengaruhi oleh falsafah. Ini kerana ketika itu, terdapat banyak karya-karya dari Greek dan Parsi yang mula diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Ilmu-ilmu itu tak terhad kepada ilmu hisab, perubatan dan astronomi semata-mata, tapi juga termasuk ilmu falsafah yang mengkaji sifat-sifat tuhan.“Maka lahirlah dari kalangan masyarakat Islam, mereka yang membahas sifat-sifat tuhan dan menggunakan akal. Lahirnya mazhab Muktazilah, mazhab Jabariah dan mazhab Qadariah. Maka ulama-ulama kita telah memperkenal satu batas bagaimana falsafah boleh mengkaji sifat-sifat tuhan. Maka lahirlah mazhab Asya’irah dan Maturidiyah.” – Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.Akidah Asya’irah adalah diasaskan oleh Imam Abu Hassan al-Asya’ri dan Maturidiyah pula diasaskan oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi. Majoriti umat Islam di Malaysia kini adalah mengikut akidah Asya’irah dan bermazhab Syafie.
Seperti yang diceritakan tadi, umat Islam ketika itu mula mengkaji tentang sifat-sifat tuhan. Antara yang diperbahaskan adalah berkenaan dengan ayat-ayat mutashabihat iaitu ayat-ayat di dalam al-Quran dan hadis yang tidak jelas maknanya dan seakan-akan menyamakan Allah dengan makhluk. Contoh ayat mutashabihat adalah:
“Sesungguhnya mereka yang berbai’ah denganmu (wahai Muhammad), sebenarnya mereka berbai’ah dengan Allah, tangan Allah (yang tidak sama dengan makhluknya) di atas tangan-tangan mereka (yang melafazkan bai’ah itu)…” – Surah Al-Fath, ayat 10.Ayat-ayat yang ada di dalam al-Quran dan hadis ini seolah-seolah menyamakan Allah dengan makhluk. Seperti bertangan dan bertempat. Bagaimanapun, kita semua sedia maklum yang Allah itu tak boleh disamakan dengan makhluk. Jadinya, untuk menyucikan Allah dari disamakan dengan makhluk, maka ulama-ulama aliran Asya’irah mentakwilkan (mentafsirkan) ayat-ayat mutashabihat.
“Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita), beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: ‘Di manakah Allah (aina Allah)?’ Jawab hamba itu: ‘Allah di langit (fis samaa’)’. Baginda Rasulullah bertanya lagi: ‘Siapakah aku?’ Jawab hamba itu lagi: ‘Engkau adalah Rasulullah’. Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, ‘Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman)’.” – Hadis riwayat Imam Muslim.
Walaupun begitu, pendekatan ini tak disetujui oleh Imam Ibnu Taimiyah. Ini kerana, menurutnya kita kena ikut apa yang difahami oleh golongan Salafus Soleh pada suatu masa dulu, yang tak mahu membahaskan ayat-ayat mutashabihat dan serahkannya kepada Allah SWT.
“Maka golongan Salaf mengatakan langit, (maka) langitlah, tapi langit itu tidak sama dengan makhluk, tidak sama dengan bulan dan bintang, kita tidak boleh nak fikir (macam mana langit itu). Tangan maka tangan, tapi tangan yang tak sama dengan tangan manusia. Mata, (maka) mata, tapi mata yang tak sama dengan mata makhluk.Menurut Tuan Guru Hadi Awang, hal ini sebenarnya tak jadi perbalahan di kalangan para ulama. Ini kerana, apa yang difahami oleh Asya’irah dan Salafiah tetap diterima sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Cuma pemikiran ini muncul disebabkan keadaan menghadapi ilmu-ilmu falsafah.
Adapun golongan khalaf pula mentakwil (mentafsirkan) mata itu kepada melihat, tangan itu kepada kudrat, di atas langit itu bermakna Allah itu maha tinggi (maha berkuasa). Golongan Salaf tidak mentakwilkan, di antara mereka ini adalah golongan Wahabi.” – Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.
Tapi dalam hal lain, muncul pulak isu yang selalu dikaitkan dengan golongan Salafi/Wahabi iaitu isu bidaah. Apa pula itu bidaah?
Ada bidaah yang berat dan ringan
Menurut Imam Abu Zahrah, bidaah adalah perkara-perkara ibadat yang dilakukan oleh seorang hamba Allah untuk mendekat diri kepada Allah SWT tanpa mempunyai asas dalil agama. Manakala menurut Ibnu Taimiyah pula, bidaah adalah setiap apa yang direka dalam ibadah yang disyariatkan, dengan tambahan-tambahan yang tidak disyariatkan. Melakukan tambahan-tambahan ini dan melazimi dengan mengamalkannya adalah bidaah dan kesesatan berdasarkan dua alasan iaitu:- Dari sudut dia beriktiqad (percaya) bahawa perkara (yang ditambah-tambah) itu adalah disyariatkan dan disunatkan.
- Kedua pula adalah dari sudut di mana dia melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi Muhammad SAW.
“Mereka (Wahabiyyah) tidak cukup menjadikan hanya ibadat yang mesti diikuti mengikut Islam sebagai mana dalam al-Quran dan Sunnah, serta (pandangan) Ibnu Taimiyah. Bahkan juga mengkehendaki adat juga hendaklah tidak terkeluar daripada lingkaran Islam, lalu mereka mewajibkan (orang lain) apa yang mereka wajibkan ke atas diri mereka.” – Muhammad Abu Zahrah, dipetik dari Diskusi: Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia (terbitan JAKIM).Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi pula., bidaah boleh dibagikan kepada beberapa bahagian:
- Bidaah mughallazah (sangat berat) – bidaah yang membawa kepada kekufuran seperti kumpulan-kumpulan yang bertentangan dengan akidah Islam seperti ajaran sesat.
- Bidaah ghalizah (berat) – bidaah yang agak berat tapi tak sampai mengeluarkan pelakunya dari Islam, ia cuma menjadikan mereka fasiq dan berdosa. Sebagai contoh, seseorang itu banyak menunaikan solat tapi aqidahnya disaluti dosa, ia termasuk kumpulan Khawarij dan Muktazilah.
- Bidaah ringan – bidaah yang jadi disebabkan kesilapan dan kekeliruan hukum. Ia dikira sebagai dosa kecil dalam bab maksiat.
- Bidaah yang diperselisihi ulama – bidaah yang diakui oleh satu golongan dan ditolak oleh golongan yang lain. Contohnya seperti tawassul kepada Nabi Muhammad SAW. Ia sebenarnya tak termasuk dalam soal akidah tetapi fiqh.
Tokoh-tokoh reformis di Nusantara juga pernah dituduh sebagai Wahabi
Jika kita melihat kepada sejarah di Malaysia dan Indonesia, tokoh pembaharuan seperti Syed Sheikh Al-Hadi dan Hamka sendiri pernah dituduh sebagai Wahabi. Hal ini kerana, cara pemikiran dan pendekatan mereka yang tak selari dengan golongan ulama-ulama tradisional ketika itu. Maka lahirlah, gelaran seperti Kaum Muda (ulama reformis) dan Kaum Tua (ulama tradisional).Disebabkan perkara ini juga, mereka telah dihalang dari memasuki beberapa buah negeri di Tanah Melayu. Malah, buku dan karya mereka juga diharamkan. Seorang tokoh besar seperti Pendeta Zaaba juga pernah diharamkan bukunya kerana isu ini. Hal ini jugalah yang memaksa Hamka menulis surat kepada Mufti Johor (ketika itu) yang menuduh gerakan Kaum Muda sebagai Wahabi dan sesat. Hamka juga pernah berkata:
“Bagi kami yang dikatakan Kaum Muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut mazhab Hanbali dan memang mazhab Hanbali terkenal mazhab yang keras mempertahankan sunnah.Dalam hal ini, gaya pemikiran dan pendekatan yang dibawa oleh tokoh-tokoh Kaum Muda tersebut adalah datang dari pengaruh Muhammad Abduh dan Rasyid Ridda. Mereka ini bukanlah golongan yang menolak mazhab atau menghina mazhab, tetapi mereka cuba untuk melihat Islam dalam kerangka yang lebih besar dan tidak terhad hanya kepada mazhab.
…Dan yang berpengaruh memperbaharui faham mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.” – Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 76-76.
“Apa yang ditekankan oleh golongan pembaharuan ialah usaha berdamping dengan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang dibincangkan oleh imam-imam yang besar. Ini dibimbangi oleh ‘kaum tua’ takut-takut amalan dan pendapat mereka akan disangkal oleh masyarakat. Maka, isu tidak menghormati ulama pun ditimbulkan.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis. Dipetik dari Malaysiakini.
Muhammad bin Abdul Wahab juga dipuji oleh beberapa orang ulama
Walaupun banyak kontroversi yang dikaitkan dengan Muhammad bin Abdul Wahab, tapi ada juga di kalangan ulama-ulama yang tak sealiran dengannya memuji Muhammad bin Abdul Wahab. Antara ulama tersebut adalah Dr Yusuf al-Qaradawi:“…Beliau (Muhammad bin Abdul Wahab) memelihara benteng tauhid daripada syirik yang mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya, menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara itu, serta bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik.” – Dr Yusuf al-Qaradawi, dari kitabnya Fiqh al-Aulawiyyat.Manakala Syeikh Wahbah al- Zuhaili pula menyebut:
“…Beliau adalah suara kebenaran yang berani, pendakwah terbesar bagi islah atau pembaikan, membina umat, jihad, dan mengembalikan individu Muslim supaya berpegang pada jalan salafus soleh yang terbesar, iaitu dakwah Muhammad bin Abdul Wahab pada kurun ke-12 hijrah” – Syeikh Wahbah al- Zuhaili, dari Risalah Mujaddid al-Din Qarn al-Thani ‘Asyar.Walaupun begitu, menurut Dr Maza (yang pernah kena tuduh sebagai Wahabi), adalah tak berbaloi untuk mempertahankan diri sebagai Wahabi. Ini kerana, kebanyakan masyarakat nampaknya silap apabila mereka melihat Ibnu Taimiyah melalui Muhammad bin Abdul Wahab. Ini kerana, ajaran dan ilmu yang ada dari Ibnu Taimyah adalah sangat luas dan besar. Sebaliknya, Muhammad bin Abdul Wahab cuba menyempitkan perkara yang dibawa oleh Ibnu Taimiyah itu.
“Dia mungkin ada sumbangannya di Saudi sahaja. Di Saudi dulu banyak benda-benda khurafat dan seumpamanya, (jadi) dia ada sumbangan. Oleh kerana, pergerakannya itu menghadapi masyarakat padang pasir, jadi ada sedikit keras dia…Jika tanya pada saya patut ke ikut Wahabi, jawapannya tak patut. (Kita kena) ikut Quran dan Sunnah.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.
Wahabi tak sesat, tapi adakah ianya sesuai?
Sesat atau tidak, itu mungkin persoalan yang selalu bermain di fikiran kita. Ini kerana, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebelum ini pernah keluarkan fatwa mengharamkan penyebaran Wahabi di negeri itu. Selain itu, ada juga negeri-negeri yang menghalang beberapa orang penceramah dari berceramah di negeri mereka kerana dikaitkan dengan Wahabi.Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Wahabi bukanlah ajaran sesat dan ia adalah sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perkara itu juga dikongsi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Walaupun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan yang aliran Wahabi tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini. Hal ini terutamanya kepada aliran Wahabi yang membawa pendekatan ekstrem.
“Aliran tersebut (Wahabi) tidak salah untuk diamalkan. Majlis Fatwa memutuskan sedemikian setelah mengadakan perbincangan mengenai aliran-aliran lain selain Wahabi yang tidak sesuai diamalkan di negara ini namun tidak sehingga haram…[Artikel ini ada merujuk beberapa buku seperti: Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia (Mohd Aizam Mas’od) dan Benteng Iman Merungkai Isu-isu Akidah Semasa (Mohd Aizam Mas’od) terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)]
Mereka (yang ekstrem) menganggap apa yang dilakukan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bidaah, bukan mengikut sunnah. Mereka juga menolak akidah Asha’irah dan Maturidiyah, malah dengan mengatakan dua akidah ini keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi ini pertikaian yang tidak menguntungkan sesiapa.” – Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Dipetik dari Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment