Sunday, November 5, 2017

Pembongkaran Kerajaan PAS Kelantan Diperbodohkan Oleh SCAMMER Oleh Seorang Pakar

Carbon Credit ECOBIT Scam...

Saya tertarik dengan isu ini, kerana terdapat orang orang bodoh sombong (arrogant ignorance bastards) yang telah menjalinkan ikatan cinta diluar tabii dengan pengelola skim tersebut yang dimaksudkan.
Isu ini dilaungkan oleh saudara Syam Ghaz yang mana kemudian di tagged oleh salah seorang fans saya.
Sila lihat screenshot pada post ini gambar PERTAMA.
SIPNOSIS :
Kerajaan Negeri Kelantan telah menjalinkan hubungan sejenis (skim sontot menyontot) dengan sebuah Syarikat yg dikenali sebagai Climate Protectors Sdn Bhd yang menjalankan suatu skim yg dikenali sebagai ECOBIT.
Yang mana kedua dua nama ini yakni :
1.) Ecobit
2.) Climate Protectors Sdn Bhd
(*Bagus BNM kali ni, segala nama berkaitan diletakkan sekali supaya mereka tidak boleh putar belit, ECOBIT nama skim pun kena, Climate protectors Sdn Bhd nama syarikat pun kena. Kalau tidak mereka akan belit, hanya ECOBIT jer, nama company tidak. Sedangkan mereka adalah entity yang sama.)
BNM telah mengisytiharkan bahawa keduanya adalah tersenarai sebagai pemenang 1st Class Ticket to Hell... Ehh bukan, keduanya tersenarai didalam senarai hitam skim yang tidak bertauliah.
(*Sila lihat screenshot KEDUA pada post ini.)
Antara sebab utama dikatakan sebagai skim tidak bertauliah ialah;
a.) Penggunaan matawang (cryptocurrency) yang tidak pernah walau sesen pun diiktiraf oleh BNM.
b.) Pelaburan ke dalam Syarikat Climate Protectors Sdn Bhd yang tidak mendapat kelulusan atau tidak menepati citarasa undeng-undeng.
c.) Tidak mengikuti piawaian Akta Kewangan, tiada lesen instituisi kewangan dan menguruskan matawang asing didalam hal ini. (kerana penggunaan cryptocurrency).
d.) Menyalahi Akta 778 - AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016, terutamanya.
Terdapat 2 program UN (United Nation) untuk Carbon Green ini. Iaitu;
i.) UN-REDD
ii.) REDD+
REDD+ adalah program dibawah UN-REDD.
Di Malaysia, hal hal berkaitan dengan program Carbon Green UN ni, dikendalikan oleh FRIM (Forest Research Instituite Malaysia).
Yang mana, mesyuarat, kursus dan seminar berkaitannya dihadiri oleh pakar wakil dari FRIM yang dikenali sebagai
Dr. Elizabeth Philip
philip@frim.gov.my
(*sumber dari : http://bit.ly/2tbSgB2 , download the PDF)
APA ITU PROGRAM UN-REDD & REDD+ ?
Ianya adalah program untuk mengurangkan pengeluaran carbon dari perindustrian (kilang kilang terutamanya) di seluruh dunia, khasnya dari negara maju.
Program ini menyasarkan negara membangun sebagai offset atau contra kepada negara maju, bagi pengeluaran carbon vs oxigen (ertikata mudah, bahasa mudah "air purifying").
Matlamat program UN-REDD adalah bertujuan supaya negara maju dan syarikat syarikat perindustrian didalam sesuatu negara tersebut membeli atau membiayai tanah hutan yang mempunyai hutan di negara negara membangun, supaya dapat diseimbangkan kadar pengeluaran carbon di negara mereka dengan kadar pengeluaran oxigen (air purifying) di dunia melalui negara membangun. Ertikata lain, meng-rezab kan tanah bagi tujuan pembekalan oksigen dan pembersihan udara (air purifying).
Suatu masa nanti, mereka hanya boleh melepaskan carbon ke udara dengan sebanyak mana ratio hutan yang mereka miliki / biayai.
Contohnya : Kilang Kismis untuk Brainless di negara maju A, mempunyai 1 ekar tanah hutan di Zimbabwe, pengeluaran oksigen di tanah 1 ekar itu hanya pada kadar 10 cubic liter sahaja. Maka, pelepasan carbon dari kilang mereka hanya dibenarkan sekitar 1 ketul asap sahaja. Begitu lah contoh nya. Sistem offset / sistem contra.
Matlamat program REDD+ pula ialah, sama seperti program utama iaitu UN-REDD, semuanya sama, kecuali program REDD+ ini adalah seperti menyewa atau membayar kadar bagi pengeluaran carbon.
Contohnya : Kilang Kismis untuk Brainless yang didalam program UN-REDD di atas yang saya sebutkan itu, hanya mempunyai 1 ekar tanah untuk offset contra dengan 1 ketul asap sahaja yang boleh dilepaskan oleh kilangnya. Itu tidak mencukupi kerana mereka berkehendakkan melepaskan 10 ketul asap.
Oleh kerana mereka sengkek tidak mampu membeli lebih banyak tanah hutan, maka hendak tidak hendak, mereka terpaksa membayar premium kepada mereka yang mempunyai hutan bagi meng-contra / meng-offset kan kadar pelepasan carbon mereka. Katakan saya mempunyai 10 Juta hektar tanah hutan, maka saya sewakan kepada mereka pada kadar untuk di offset kan itu dengan harga RM1 Billion bagi setiap 1 ketul asap yang mereka hendak keluarkan itu.
Program UN ini matlamat utamanya ialah pemeliharaan hutan, dan bagi menyeimbangkan pencemaran Dunia untuk jangka panjang. Terutamanya penyelesaikan isu isu global warming.
Progam UN-REDD ini belum diimplimentasikan sepenuhnya. Masih di peringkat "Beta" atau percubaan atau fetus.
Dan kerana sifat inilah, ianya akan menjana revenue stream kepada negara negara membangun. Offset / Contra ini yang akan menjanakan pendapatan.
Oleh sebab ini jugalah, BANYAK SCAMMER dan skim skim berkaitan Carbon Green Credit ini wujud. Ianya bukan perkara baru. Telah bertahun tahun ia wujud.
Sila lihat google search dgn click pada link dibawah :
CLICK SINI : http://bit.ly/2tkJqiO
Yang ditakuti ialah, kelak ianya menjadi seperti Pak Pandir menyabung ayam. Menang bersorak kampung tergadai... sebagaimana kes pada artikel ini
Yang mana scam berkaitan Carbon Green Credit ini, sehingga tergadai tanah. Ada sebuah negara di rantau Afrika yang memberikan tanah hutan kepada seseorang atau sesebuah organisasi untuk diuruskan bagi tujuan penyertaan yg kononnya UN-REDD ini. Hakikatnya tanah hutan yang sepatutnya dipeliharaan, dijual pada harga USD70,000 se/lot oleh scammer berkenaan kepada pihak luar, dan pihak luar terbabit menebangnya untuk mengaut keuntungan mudah. Scammer tersebut lagi lah mendapat keuntungan mudah. Hutan yang patut dipelihara, digoda dan rogol. Harapkan pagar, pagar makan padi jadinya.
Tanah Hutan Kelantan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Climate Protectors Sdn Bhd (ECOBIT) sebanyak 1 Juta ekar, mungkin akan berakhir seperti ini. Dijual kerana penipuan terancang, akibatnya 25% keluasan tanah kelantan akan lupus dan menjadi padang jarak padang tekukur.
YA,1 Juta ekar tanah hutan kelantan tu, berkeluasan 25% dari negeri kelantan tuan tuan dan puan puan. Jangan tidak tahu pula... Bukan kecil kecil anak...
Anda boleh membaca lain lain artikel berkaitan International Scam berkaitan Carbon Green Credit ini
Website yg memonitor scam UN-REDD / REDD+ ;
Dan tidak usahlah percaya, kononnya boleh dapat dana berbillion atau beratus juta bagi pelaksanaan program UN-REDD atau REDD+ ini.
Ini kerana, dana bagi Programm UN-REDD dan segala dibawahnya, adalah Dana Sumbangan Negara Negara yang menyertainya.
Rujuk di laman Rasmi UN-REDD :    
(*click pada Funding & Budget)
Dana yang terkumpul hanya sejumlah USD $ 280 Juta (plus/minus).
Dan dana tersebut telah pun diagihkan kepada 3 jabatan didalam UN-REDD tersebut, dan dibelanjakan.
Dapat dana kepala abah kau lah Scammer oiii... !!! Ini program hanya untuk antara negara dengan negara, bukan dengan syarikat cap ayam atau dengan negeri. Duit Dana pun dah habis.
Juga boleh rujuk annual progress report berkaitan program ini di :
Sila download PDF ini, dan baca.. jangan malas malas... orang malas selalu bodoh, dan selalu minum air kencing penipu. Dok nganga jer kena tipu hidup hidup...
Fahami apa itu REDD++ dan apa penipuan yg berlaku didalamnya, dan siapa yang mengaut keuntungan sebenarnya dibalik tabir.
Download disini : http://bit.ly/2sHfSd0
(*sumber dari : http://bit.ly/2uEPMJh )
Dan pada post saya ini juga, saya sertakan SSM Syarikat Climate Protectors Sdn Bhd (1033006-A) yang saya beli pada berharga RM 15.90 (inclusive 6% GST) dari duit dana orang ramai yg saya pegang.

Syarikat yang ditukar name dari "Sedamai Alam 88 Sdn Bhd" asalnya.
(*cuba siasat syarikat Sedamai Alam 88 Sdn Bhd itu buat business apa sebelum tukar nama ke nama syarikat sekarang. :D   )
Mempunyai modal berbayar sebanyak RM 600,000 dan terdapat 4 orang shareholders didalamnya.
Financial report kepada SSM ialah pada tahun 2015, dengan hidup diatas modal berbayar RM 600,000 sahaja, tidak pernah menjana sesen keuntungan pun semenjak dari tahun 2013 sehingga 2015.
Hairan bagaimana syarikat cap ayam ni boleh claimed "We are specialised in in Renewable & Sustainable Energy (such as Solar, Hydro, Bio-Mass, Carbon Credit) and focusing on Clean & Green Technology in order to preserved a better future for our next generation."(*sebagaimana pada laman web mereka : https://climateprotector.org )
Website pun *.org  domain *.org ni adalah untuk organisasi NGO atau pertubuhan, bukan syarikat lah bingai... !!! Syarikat adalah *.com atau *.net untuk syarikat berkaitan technology.
Manakala, ini pula website skim mereka :
ECOBIGshit : http://www.ecobit.io
Didalam website mereka ini, mereka telah canang habis habisan mengenai tanah hutan 1 Juta ekar yang mereka dapat.
Habis segala gambar lebai lebai UJUB arrogant ignorance bastards ni mereka jual, kasihan orang orang melayu yang bakal kena tipu untuk melabur didalam ECOBIT, yang mana mereka akan dibayar didalam bentuk cryptocurrency ECOBIT yang tidak laku.
Kalau Bitcoin tu lain cerita, sudah well established, boleh beli hotel dengan Bitcoin, walaupun Bitcoin tidak diiktiraf di Malaysia, tetapi diiktiraf di dunia. TETAPI... ECOBIT ni matawang apa ? boleh beli apa ? beli sepeket condom Durex pun belum tentu dapat. Merchant mana yang terima matawang ECOBIT ? Merchant orang gila ? Mechant Jin Gua Ahmad Albab ?
Syarikat yang claimed konon "Specialised" didalam renewable energy, tetapi satu aset renewable energy pun mereka tidak pernah ada, tidak ada solar farm, power generator, jadi apa yang specialised atau pakarnya kalau mereka tidak pernah buat ? background setiap individu didalam lembaga pengarah dan shareholder pun bukanlah mereka yang pakar pakar didalam bidang yang dimaksudkan. Puihhh.
Syarikat pun macam biawak hidup, hidup dengan modal berbayar RM 600,000, itu pun duit dah habis siap negative lagi account. Nak beli Solar Farm ? Ada solar farm ? Ada hydro ? Mimpi di siang hari... banyak tengok drama "NENEK KU GUGURKAN EMAS DARI LANGIT".
Ada akai, pakai lah lebai oiii... ni Ulama ke Ulamaus'su ?
Mungkin mereka ni, mulut mulut manis bak tebu... tu yang lebai ni semua percaya. Macam aku yang kasar konon biadap ni, mana mereka nak percaya. Biasa lah, manusia judgemental nak jadi tuhan. Mereka hanya lihat pada surface sahaja, bukan di dalamnya atau sebaliknya.
Syarikat bodoh ni juga tiada surat kuasa atau mandat penyertaan didalam program UN-REDD atau REDD+, sebab program ni hanya untuk negara dengan negara sahaja. Dan setiap negara akan mempunyai agihan bagaimana untuk menjayakannya.
Didalam hal ini, Kementerian Alam Sekitar atau Sumber Asli yang memegang portfolio untuk menguruskan UN-REDD atau REDD+ ini di Malaysia sepatutnya. Bukan Syarikat cap ayam ni.
Tak serik serik atau memang semulajadi bodoh parti politik yang satu ni, dulu masa skim Kopak Hang ehhh bukan... skim KOPRAHA anjuran (Capt (R)) Dato Nabil penipu, guna orang kuat PAS sebagai penasihat koperasi, kononnya nak buat hotel di Mekah. Ramailah makcik makcik pakcik pakcik kampung yang masuk. Sehingga, sejumlah RM 200 Juta berjaya digoreng hangus oleh Nabil tu.
Terpaksa kerajaan persekutuan masuk campur, diambil alih KOPRAHA itu dan dijadi AHB (Amanah Hartanah Bumiputra) yakni Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).
Masa kes tu, penuh Taman Setiawangsa ni dengan orang orang luar yang datang berkhemah dihadapan Villa Adeq milik Nabil tu, sampai 2 minggu lah semak setiawangsa ni dgn orang luar yang ber-camping nak tuntut duit mereka, Ada makcik penoreh getah seorang ni, labur RM 35,000 hasil simpanan seumur hidup dari muda sampai tua menoreh getah. Sebab mereka melabur, sebab penasihat KOPRAHA yang juga orang kuat PAS kata ini skim terbaik, untuk agama, untuk bina hotel di Mekah, dapat pahala dapat syurga abah dia. Bila jadi kes ni, dia lepas tangan, cakap dia tak tahu apa apa... Macam jilake !!! Padahal, dia lah punca orang ni semua tertipu. Sebab orang percayakan dia, kerana pengaruh politik dia.
POINT SAYA DISINI...
Point saya disini, sejarah hitam mungkin akan berulang. Esok kelak terjadi apa apa, lebai ni semua lepas tangan.
Yang rugi semua anda rakyat... PADAN MUKA... !!!
Bila rakyat sakit, negara pun sakit... huru hara jadinya.
Tu lah jadinya bila percaya kat mulut manis, yg budi bahasanya tinggi, tetapi tiada budi pekerti. Aku yg konon kasar ni yang korang cerca ni yang selamatkan kau orang, terima kasih pun takde, Nak bayar aku ? jangan mimpi... alasannya nanti, duit dah habis bayar masuk skim scammer. Macam jilake melayu ni.... tapi itu lah hakikatnya... !!!
(*Budi Pekerti ialah Perbuatan yang baik / mulia. Lagi bagus dari budi bahasa tinggi, tapi hakikatnya jahat, penipu, penyangak. Tetapi jika mempunyai keduanya, adalah lebih baik. Antara keduanya, saya lebih menilai pada budi pekerti. Sorry, gua tak percaya pada mulut manis ni, gua percaya pada perbuatan, perbuatan lebih significant. Sebab Islam ajar gua, jika hati seseorang itu bersih, ia akan tampak pada perbuatan nya yang baik. Tidak disebutkan pula Budi Bahasa pun. Read between the lines you dumb ass.)
Saya tidak mahu mengupas lebih lanjut lagi mengenai ini. Let's be straight...
Saya tahu akan ada orang ambil kesempatan terhadap apa yang saya tulis ini, untuk mengaut keuntungan atau tunjuk pandai.
Akan ada yg plagiarised harta intellectual saya ini, dan tunjuk pandai kepada orang lain atau orang atasannya. Sebagai golongan atasan atau pihak atasan species melayu ni ramai yang bodoh akibat kurang membaca.
Yang Plagiariser ini akan bawak lah apa saya cakap ni, konon mereka yang buat kerja, kononnya dari otak udang mereka, mereka akan minta bayaran, hanya jenis scammer dari species parasite yang buat macam ni, pakar mengambil kesempatan.
Saya banyak dapat cerita / info / bukti, antaranya ingatkan kes saya bongkarkan skim KongsiMakan ?
Yang mana saya bongkarkan mengenai seseorang yang dikenali sebagai Zulshaari ?
Lihat kembali post ini : http://bit.ly/2a8inlf
Dimana Zulshaari membuat penipuan kononnya menerima "Dato"ship dari Sultan Selangor dan bergambar dengan baginda, hakikatnya hanyalah gambar super-impose.
Seseorang yang dikenali sebagai TENGKU MAHMUD ke MAHMOOD ke apa ejaannya dari Kerabat Selangor telah membuat deal dengan Zulshaari itu, dan paw duit sebanyak RM 600,000 dari Zulshaari itu supaya tidak dikenakan apa apa tindakkan.
Aikk... aku yang bongkar, ada pula bangsat yang ambil kesempatan ?
Sudahlah begitu, sesen pun dari RM 600,000 itu tidak diberi pada aku. Atleast aku boleh gunakan duit itu sebagai dana untuk buat kerja kerja aku ni.
Malah untuk kes pembelaan saman AJ yang aku tolong pun, aku terpaksa kutip dana orang ramai, jilake !!! Tengku babi tidak buat apa apa pun, tiada jasa pun... duit tu dia joli, bukannya guna untuk buat jasa. Robin Hood kepala bapak kau lah !!! It doesn't give back to the people pun...
Kalau aku yang dapat RM 600,000 tu, aku bukan joli sebagaimana Tengku Mahmud tu, aku akan gunakan sebagai dana untuk kerja kerja amal aku ni. Ingat free ke ? SSM Profile pun kena bayar oiii RM 15.90... ingat syurga air liur kau sponser ke?
Tujuan saya bercakap hal ini, supaya para fans saya... para pembaca saya tahu cerita sebenar ini, dan mereka akan menjadi saksi hidup saya (living proof)
Saya pasti akan ada plagiariser yang lain, terutamanya kerajaan dan penyangak di dalam kerajaan.
Mereka akan mula berkira kira untuk membuat UN-RED / REDD+ ini setelah saya kupas ini, mula akan berkira kira "wah banyak juga duit boleh jana dari hutan". Sedangkan hakikatnya mereka tidak tahu dan tidak berminat pun asalnya. Sebab bodoh, malas membaca... Tetapi bila baca apa saya tulis ni, timbul lah idea penyamun mereka. Kan ?
Dengar sini... ini adalah harta intellect aku... Professional Consultation fee aku, kalau nak cedok bayarannya ialah aku tuan penasihat 99% akan diturunkan kepada 25% bagi setiap revenue stream carbon green credit yang bakal di buat oleh kerajaan malaysia dan kerajaan kerajaan negeri. FOREVER... dan aku boleh wariskan pegangan share itu kepada anak cucu aku.
Dan aku nak credit atas nama penuh aku LUQMANUL HAKIM ABD RAHIM... Bukan Luqman Hakim bukan Luqmanul Hakim. But... in full name termasuk nama bapak kandung aku iaitu LUQMANUL HAKIM ABD RAHIM. Faham tak cilaka ?
Saya demand pengiktirafan (recognition) atas nama saya dan jasa budi saya... !!!
Tak payah cerita benda ini common, kalau kau orang tahu... lama dah korang orang buat, duit ada - kuasa ada, apasal tak buat lama dulu ?. Lepas aku cakap baru nak buat, nampak sangat plagiariser atau ambil kesempatan. Aku dah hafal khatam habis cara malaun kau orang ni. Lama dah aku teraniaya dengan kau orang semua ni.
Banyak benda aku orang ciplak sebelum ni... i learned from history. History speaks lesson.
Aku berani bet... akan ada sebuah negeri ni, dulu negeri dia Sultan dia suka jual kayu balak, habis gondol... lepas ni, dia baca ni dan tahu pasal hutan boleh jana duit. Dia pun buat lah nanti... keh keh keh takdak masalah, jangan lupa saya tuan penasihat 25%. Kalau lupa, memang orang itu tidak bermaruah, sang plagiariser si pengemis ilmu.
Buat KERAJAAN NEGERI KELANTAN...
Artikel ini adalah professional consultation... dan hasil kerja professional saya. Intellectual Property...
Professional fee nya ialah RM 3 Juta sahaja.
Jikalau apa saya tulis ini menyelamatkan tengkuk anda dari sembelih oleh scammer ini. Dan menyelamatkan hutan negeri kelantan dengan nilai kayu balak berbillion ringgit. Apa sangatlah RM 3 juta itu.
Bank : CIMB
Nama : LUQMANUL HAKIM ABD RAHIM
ACC # : 7004471887
AMOUNT : RM 3,000,000.00 SAHAJA
Jujur lah... kata islam... kata syurga... :D
Apa saya kedekut ? suruh saya buat kerja ikhlas kerana Allah ? boleh...
Boleh... cuba kita terbalikkan situasi bagi kena batang hidung sendiri, jangan belit guna agama, menyampah oi.
Apa kata, anda bayar RM 3 Juta itu ke dalam account saya seperti diatas, ikhlas kerana Allah pula... apa macam ? anggap sedekah... keh keh keh...
Tidakkah Allah menjanjikan setiap kebaikkan ganjarannya 10x Kali ganda ? kalau nak di ikutkan, saya selamatkan 1 Juta Ekar tanah hutan, dengan nilaian balak berbillion. Patutnya kalau ganda 10x kali ganda, berapa yer sepatutnya. Kalau nak ikut islam betul lah, kalau nak ikut quran lah... cakap tu, bagi serupa bikin. Baru orang hormat...
Duit bukan ukuran saya, tetapi kalau scammer anda boleh bagi berjuta juta (tertipu dengan scammer berjuta juta), kenapa saya yang buat kebaikkan menyelamatkan maruah anda dari tercalar (dari di cop sebagai geng sontot menyontot luar tabii), duit anda, dan hutan anda, anda tidak mahu bayar for a small fee ? kenapa ?
Duit bukan ukuran saya, tapi perjuangan saya perlukan duit. Macam mana nak dibayar, macam macam hendak dibeli, dan banyak lagi orang lain yg saya hendak bantu. Mengerti?
Saya juga hendak buat jamuan makan ke jamuan hari raya untuk group Pembongkaran saya, kepada fans saya... nak bagi makan kambing panggang 100 ekor sampai muntah (sampai puas). Kerana mereka, berdirinya saya. Thats my appreciation to my people, unlike you bastards that never appreciate me at all, pakar ambil kesempatan jer semua.
Saya yang tidak berkuasa, bukan MB bukan PM pun, boleh buat jasa budi lebih besar dari MB dan PM. Belum lagi kalau saya yang jadi PM atau MB. Saya yg tidak berkuasa ni boleh selamatkan beratus ribu orang dari tertipu, jika tidak berjuta.
Bak kata Lucifer : "if you give me the chance, i'll move the entire earth for you". Lucifer (Iblis) tu memang jahat, kata-katanya bukan untuk mengatakan yang jahat, tetapi ada point di situ. Ambil positive lah.
Dan nasihat saya, anda tidak perlu pun syarikat cap ayam tu untuk menjaga hutan anda, mereka bukannya buat penanam semula... Hutan tetap hutan. Tak perlu dijaga, hanya perlu di pelihara dan rezab kan nya. Itu sahaja... dan anda boleh menyertai program UN-REDD ini nanti dibawah nama Malaysia. Hasilnya pun sama, anda makan sendiri tanpa sesen pun share dengan scammer... jangan lupa, saya tuan penasihat 25% ada share. Sign... jangan takut... !!!
Kalau rasa Islam... kalau pong pang pong pang cerita agama tapi cakap tak serupa bikin, tidak mengamalkannya, tiada guna.
RM 3 Juta tu... jujur lah sendiri... pandai ambil, pandai bayar. Nombor account saya pun saya dah bagi... apa lagi... takkan itu pun nak kena ajar juga.
"Demi Allah... Jikalau anakku (Fatimah) mencuri, nescaya akan ku potong tangannya"
-- Hadith riwayat Abu Daud --
(*Rasullah s.a.w pun sanggup potong tangan satu satunya anak kesayangan baginda jika mencuri. Orang kita ? siap cover lagi... kah kah kah pundek punya hipokrit... lagi lagi banyak jockey agama zaman sekarang.)
P/S : (point yang tertinggal)
Kalau di perhatikan pada website ECOBIT itu, mereka lebih menjelaskan bagaimana skim mereka berfungsi, terutamanya penjelasan mengenai cryptocurrency lah apa haram jadah token coin tak laku mereka itu.
Berapa banyak untung boleh dapatlah dari peleburan mangsa lah, jangka masa 30 tahun, kaya lah itu lah ini lah... coiiii...
Sepatutnya, website mereka penuh dengan data sheet mengenai polution ke oksigen ke apa ke.. atau lebih bagus lagi data sheet berapa banyak oksigen hutan seluas 1 Juta Ekar itu mampu hasilkan. sebagaimana website UN-REDD yang lengkap semua data sheetnya.
Takkan itu pun tidak nampak ? Terang tak perlu disuluh memang skim peleburan kencing... SCAM !!!

No comments:

Post a Comment