Saturday, November 18, 2017

Kerajaan Batalkan Hasrat Kenakan GST pada 60 bahan makanan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk lebih 60 bahan makanan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy, berkata perkara itu merujuk Perintah Cukai GST (Pembekalan Kadar Sifar) (pindaan (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun tahun ini.

Menurutnya, impilikasi pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import serta marjerin tertakluk kepada cukai tersebut.

"JDTM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya (ia) dibatalkan," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.


No comments:

Post a Comment