Saturday, November 25, 2017

Memanaskan Enjin Kenderaan Awal Pagi Mengundangkan Kerosakan Enjin Yang Lebih Serius


Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Tuesday, November 21, 2017

Mangsa 'Kemalangan' Di Hadapan Komplek Yayasan Pahang Tanjung Lumpur Meninggal Dunia




KUANTAN: Selepas bertarung nyawa hampir dua minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), akhirnya mangsa kemalangan di simpang lampu isyarat Komplek Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur dekat sini meninggal dunia sekitar jam 11.00 pagi tadi.

Dalam kejadian pada 7 Jun lalu, mangsa iaitu Wan Aina Syazwani Wan Ali, 22,  yang memandu kenderaan jenis Honda Jazz dipercayi telah dirempuh oleh sebuah lori tiga tan. Kejadian dipercayai berlaku apabila lori terbabit yang dipandu seorang lelaki menghala ke Sungai Soi di sini mengalami masalah brek dan merempuh kereta dipandu mangsa.

Kenderaan arwah rosak teruk ketika kejadian dan beliau dipercayai mengalami kecederaan parah dan telah dibeah beberapa kali. Pemandu lori yang dikatakan merempuh beliau juga cedera, selepas lori tersebut terbalik. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Sebelum ini, rayuan sumbangan darah jenis "O" telah disebarkan. Ramai pihak yang bersimpati dengan nasib arwah sebenarnya. Tambahan pula kejadian berlaku pada bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh keberkatan.

Jenazah arwah telah disembahyangkan di Masjid Syaidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih selepas solat zohor dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Marhum, Pekan petang tadi.  #pdonews

Lelaki ditemui mati ditetak di Pengkalan Nyireh, Besut (10 Gambar)

 

BESUT - Seorang lelaki ditemui mati ditetak dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh dekat Kampung Raja di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira kira jam 5.15 petang, mangsa berusia awal 20an ditemui lengkap berpakaian dengan kesan kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden  Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum mayat mangsa ditemui polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berlaku satu pergaduhan berhampiran tapak pasar Tani  Pangkalan Nyireh.

Menurutnya, susulan kejadian itu polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai ditetak.

"Mangsa cedera parah di beberapa anggota badan dipercayai ditetak dengan senjata tajam.

"Motif kejadian belum dikenalpasti dan butir butir mangsa belum diperolehi. Mayat mangsa dihantar oleh  ke Hospital Besut untuk bedah siasat," katanya.

Mohd  Zamri berkata lagi, polis sedang giat melancarkan gerakan mengesan suspek.



Menteri sahkan isteri MO1 didakwa terima berlian adalah Datin Rosmah



JIKA sebelum ini pengarah strategik BN, Abdul Rahman Dahlan adalah menteri yang mengesahkan bahawa MALAYSIAN OFFICIAL 1 (MO1) yang disebut dalam saman pelucut hak 1MDB oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kali ini menteri di Jabatan Perdana Menteri itu jugalah yang mengesahkan bahawa Rosmah adalah isteri MO1 yang menerima "rantai berlian merah jambu 22-karat" daripada budak cina gemuk Jho Low, hasil  penyelewengan dana 1MDB seperti ditulis dalam dokumen DOJ.

BACA — Rantai berlian merah jambu 22-karat RM116.8 juta



Rahman dengan jelas menyebut nama Datin Rosmah dan berliannya disindir dan digambarkan oleh dokumen DOJ sebagai membuat sesuatu yang salah.

Dalam kenyataan itu Rahman mempersoalkan mengapa DOJ tidak memasukkan berlian yang diterima oleh Datin Rosmah ke dalam dokumen sebagai salah satu harta yang hendak dirampas.

"You sindir dan you memberikan gambaran seolah-olah Datin Seri Rosmah dengan diamond nya membuat sesuatu yang salah, tetapi dalam final analysis dalam dokumen yang you serahkan, you tak masukkan pun juga cincin ataupun diamond Itu sebagai salah satu harta yang hendak di confiscate (rampas)" katanya dalam satu sidang media.

Di bawah ini rakaman video kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.



Dalam erti kata lain tidak ada lagi keraguan bahawa isteri MO1 yang terima berlian dan pelbagai barangan kemas bernilai ratusan juta ringgit hasil penyelewengan dana 1MDB seperti ditulis dalam dokumen pihak berkuasa Amerika Syarikat, tidak lain dan tidak bukan adalah Datin Seri Rosmah binti Mansor isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau menteri ni tak dedahkan tentu kita tak tahu siapakah gerangan "Isteri MO1" yang disebut dalam dokumen DOJ itu (pura-pura merasa sangat terkejut).


Monday, November 20, 2017

Bahaya Pinggan Mangkuk Bercorak Kepada Wanita dan Bayi - Pensyarah Universiti Malaya (UM).

[INFO] BAHAYA PINGGAN MANGKUK BERCORAK KEPADA WANITA & BAYI

Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).

Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.

“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.

“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.

Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.

Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.

Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.

“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.

“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.

Sumber Malay Mail Online

[Luahan Bapa] Anak Saya Bukan Bahan Ujikaji Kementerian Pelajaran

Semalam berkesempatan ke sekolah bertemu guru kelas anak anak utk tandatangan repot kad anak...
Saya khabarkan kepada guru guru kelas anak saya,bahawa anak anak saya semakin hari semakin stress dgn kerja rumah,semakin hari mereka menjadi bosan utk menyiapkan kerja sekolah mereka...Watak watak mereka juga semakin hari bertukar kecerian mereka sebagai kanak kanak semakin pudar..

Sebagai ayah saya tidak menekan anak saya utk menyiapkan kerja sekolah yg banyak,sampai satu tahap mereka tidak mampu berfikir untuk menyudahkan kerja sekolah yg mudah..Minda dan fikiran mereka di tekan keihklasan mereka utk menyiapkan kerja sekolah tidak ada jika tidak siap mereka akan takut utk ke sekolah takut akan di marahi oleh cikgu di sekolah,

Selalunya kerja sekolah yg banyak bukan di siapkan oleh mereka yg akan menyiapkan kerja sekolah mereka ialah ibu mereka..

Saya katakan pada guru anak anak saya, saya tidak kisah jika anak saya tidak mendapat A tidak menjadi pelajar yg cemerlang di sekolah,saya menghantar mereka ke sekolah supaya mereka boleh belajar utk bergaul berkawan kawan belajar untuk berkomunikasi dan menikmati hidup mereka sebagai kanak kanak..

Sistem pendidikan utk anak kita sekarang tidak menjadi mereka kanak kanak yg ceria dan bebas beraktiviti tidak menjadikan anak anak kita sebagai kanak kanak yg sebenar,sistem ini menekan anak anak kita menjadikan mereka stres di usia yg sangat sangat muda..

-ANAK SAYA BUKAN BAHAN UJIKAJI KEMENTERIAN PELAJARAN-


Talian WhatsApp Untuk Melaporkan Kesalahan Jalan Raya Dilancarkan oleh JPJ


Ramadan sudah hampir sampai ke penghujung. Tarawikh semakin berkurangan dan digantikan dengan lautan manusia pusat membeli belah. Migrasi manusia untuk pulang ke kampung juga meningkat. Pasti ada insan yang akan melanggar undang-undang jalan raya kerana kurang sabar. Talian khas WhatsApp untuk melaporkan kesalahan-kesalahan ini dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan semalam.

Pengguna boleh menghantar rakaman video dan gambar ke nombor 011-5111 5252. Turut perlu disertakan ialah lokasi dan waktu kesalahan dilakukan. Dengan laporan dari orang ramai, pesalah akan dapat dikenakan tindakan dengan segera oleh pihak JPJ.

Selamat pulang berhari raya kepada semua. Ingatkan supaya berhati-hati di jalan raya supaya anda selamat tiba. Ucapan Selamat Hari Raya dari Amanz untuk semua.

Imam Wanita Masjid 'Liberal' di Jerman Adalah Anak Bekas Wakil Rakyat Umno



SEBUAH masjid 'liberal' dilaporkan baru dibuka di Berlin, Jerman sejak minggu lalu. Namun apa yang mengejutkan, salah seorang imam wanita yang dilapor menjadi imam kepada jemaah lelaki dan wanita ketika bersolat merupakan anak perempuan kepada seorang bekas Wakil Rakyat Umno, Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman.



Perbuatan Ani Zonneveld atau juga dikenali sebagai Zuraini Tan Sri Abdul Khalid mengimamkan jemaah yang bersebelahan dan bercampur lelaki dan wanita di Masjid Ibnu Rushd-Goethe itu mendapat kecaman pelbagai pihak.



Dilaporkan ketika solat Jumaat pada 16 Jun lalu, Zuraini turut menjadi bilal dengan melaungkan azan di masjid tersebut.

Bapa Zuraini adalah bekas ahli parlimen Umno/Perikatan Kota Setar Utara (1958-1964) dan pernah dilantik menjadi Menteri Muda Kementerian Luar Bandar.

Portal suaraislam melaporkan, jemaah wanita di masjid ini dibenarkan untuk tidak menutup aurat ketika menunaikan solat, sama ada menggunakan jilbab, mukena atau lain-lain.

Menurut portal itu lagi, pengasas masjid tersebut, Seyran Ates mendakwa masjid ini didirikan untuk menunjukkan Islam yang humanistik, sekular dan liberal.



Masjid yang diasaskan oleh tujuh individu itu merupakan masjid ke 88 didirikan di ibu negara Jerman, ia terletak di tingkat tiga sebuah bangunan gereja Protestan.

Semua penganut mazhab di dalam Islam termasuk Syiah, Sufi, dan Alawi, dibenarkan untuk bersolat di masjid tersebut. Golongan gay dan lesbian juga dilapor diizinkan untuk bersolat.


JANGAN BUKA AIB ORANG | Saya tidak mahu dengar komen seperti itu!

JANGAN BUKA AIB ORANG | Saya tidak mahu dengar komen seperti itu!

Kisah benar 2017

Apa masalah hidup beliau, saya tidak ambil peduli dan tiada kaitan dengan saya. Berpelajaran tinggi tidak menjamin seseorang itu ada common sense. Wajah yang baik tidak menjamin hatinya yang suci!

Kisahnya bermula pada bulan Jan 2017. Ketika saya buka iklan bilik sewa shah alam, saya telah mendapat panggilan telefon dari prospek penyewa. Katanya dia ingin menyewa bilik, siap dia kata dia seorang insan yang tidak tinggal solat tanpa saya tanya pun soalan itu!

Dia kata dia baru sahaja menyewa rumah lebih kurang sebulan (saya tidak ingat) tapi dia mahu lari ke rumah saya. Saya tidak mahu tanya sebab-sebabnya kerana saya tidak mahu menyibuk hal orang.

Dia memperkenalkan diri, namanya Arsyad Bin Alfred, orang sabah, umur 26, bekerja di Makmal perubatan; Bp Healthcare Specialist Centre, Shah Alam. Setelah beliau menyewa, bermulalah kisah HITAM...

Ketika dia ingin melawat rumah, dia terus bawa barang sebanyak mungkin dan letak dalam rumah! siap bawa microwave! barang dia memenuhi bilik master dan dapur. Sedangkan duit masih belum bayar!

Hidupnya sungguh mewah, makanan-makanan yang dibeli semua mahal-mahal. Tiba-tiba dia memberikan alasan tidak mampu bayar deposit rumah 2-bulan sebanyak RM400 lebih sebab gaji masuk separuh sahaja. Saya beri tangguh sehingga bulan kedua, tetapi pada bulan kedua, dia kata tak mampu sebab mahu pakai duit hendak buat lesen kereta. Apa punya perangai ini? Bayar tetap kena bayar, saya tidak peduli! Tetapi dia tak mahu! Sungguh pandai dia perangkap saya letak barang banyak-banyak dalam rumah agar sukar untuk HALAU!

Bila saya kira kos consumption makanan dia, hampir mencecah RM800 sebulan. Biskut dalam tin, ayam-ayam gorang, air gas berbotol-botol dll. Senang cerita peti sejuk dah jadi 'milik dia'. Malah, pergi kerja naik grab car RM30 pergi dan balik sehari! Kiralah sendiri.

Kerana dia seorang sahaja, rumah habis bersepah-sepah, sampah tak mahu buang, pinggan jarang sekali basuh, tilam main campak-campak je celah kerusi! Sehingga housemate pula jadi orang gaji kemaskan.

Satu lagi dia kaki mempergunakan (kudakan) housemate, suruh hantar dia pergi kerja naik motor (25 min perjalanan) walaupun hujan dan banyak lagi! Bila housmate minta pertolongan/menemani, dia selalunya tidak mahu dan tolak dengan kasar (cth: malaslah! taknak aghr), tetapi jika dia pula mahukan pertolongan dari housemate, dia sangat pula mengharapkan!

Mungkin kisah ini macam biasa-biasa sahajakan? Jom baca sampai habis...

Undang-undang di dalam rumah sewa, tidak boleh tidur di ruang tamu kerana housemate yang bekerja shif malam akan menggunakan ruang tamu di waktu pagi buta. Masalahnya dia telah menjadikan rumah macam milik sendiri. Tutup lampu di ruang tamu pada waktu malam dan tidur di ruang tamu, siapa balik lewat malam, dia akan tunjukkan 'signal' rimas. Sedangkan dalam bilik, telah disediakan kipas syiling yang cukup sejuk dan berkualiti. Bilik adalah luas, katil kayu yang selesa malah tilam kekabu yang empuk!

Cerita ini masih tidak best? Ada orang yang lebih teruk perangai? Hahaha... baca dulu...

Setelah saya 'sound' minta deposit dengan keras, akhirnya dia lari dari rumah sewa dan saya telah kerugian RM400. Sudahlah lari, malah mempergunakan housmate saya yang alim untuk angkat barangnya yang 'bertan-tan!'. Dan dia BLOCK nombor dan facebook saya serta hilangkan diri terus. Bila housemate yang baik hati tanya khabar dia, dia tidak mahu balas. Kiranya dia mahu buka buku barulah ini.

Sekejap, kisah belum tamat lagi, tolong baca lagi...

Sehinggalah pada 14/07/2017;

Rumah sewa dia (yang dia duduki sekarang) telah dikunci oleh housmate (jumlahnya 6 orang). Mungkin ditukar tombol kerana tidak mahu dia masuk ke dalam rumah. Agak-agaknya kenapa? Ha Ha Ha! Anda sendiri boleh agakkan? Hal ini saya malas ambil tahu.

Dia terus hubungi housemate rumah sewa saya merayu minta tumpangkan dia sekejap tetapi jangan inform pada penjaga rumah bernama Anwar Suran! Dia kata dia dalam kesusahan dan amat perlukan perlindungan. Akhirnya, dengan ihsan housemate, dia masuk ke dalam rumah sorok-sorok dan menceroboh bilik penyewa saya yang ketika itu sedang outstation bekerja di Thailand. Dia masuk ke dalam bilik dan kunci! Suka hati kau je!

Dia makan makanan di dalam rumah tanpa izin! Dia makan makanan orang bukan sedikit tetapi banyak! Sehingga housemate pelik, siapa minum kopi aku? Siapa makan makanan ringan aku? Mi segera aku mana? Tetapi oleh kerana housemate ini adalah seorang yang alim maka mereka tidak mahu tuduh siapa-siapa. Kemudian dia suka hati pula mandi-manda di rumah orang.

Macam biasa, dia kudakan housmate, minta tolong hantar dia kesana-sini. Ok, ini cerita best... ketika dia balik kerja sekitar pukul 11 malam, dia tak dapat masuk ke dalam rumah sebab tiada kunci. Dia whatsapp/call salah seorang housmate (yang paling banyak berkorban untuk dia), tetapi tidak berbalas sebab housmate itu dah tidur lena. Hendak tahu dia whatsapp apa pada housemate yang sedang tidur itu?

"...Weh! bukalah pintu bodoh!!!!..."
"...Perangai kau ini macam sial lahhh!!!..."

Akhirnya dia dapat masuk juga ke dalam rumah sebab kebetulan housemate lain balik kerja lewat malam dan dia boleh masuk ke dalam rumah bersama housemate tersebut. Terus meluru ceroboh bilik orang lain (yang sedang outstation dan tidur lena). Pintu bilik dikunci agar tiada siapa ganggu.

Housemate dah mula bengang dengan sifat dia kerana maki hamun orang dan lupa baik budi. Mempergunakan orang bila memerlukan! Housemate tersebut lalu halau dari rumah kerana tinggal secara haram, tetapi dia enggan keluar. Mahu tidak mahu, housemate tersebut report pada saya. Mereka ceritakan dari A sampai Z!

Ketika saya sampai di rumah (dalam pukul 9.00 pagi), saya terus halau dia dan minta RM50 sebagai bayaran tinggal di rumah tanpa izin malah ceroboh bilik orang lain! Sudahlah sebelum ini block nombor saya, malah suatu ketika dahulu dia menyebabkan saya kerugian kerana tidak mahu bayar deposit rumah RM400! tidak malu ke? hendak tahu apa dia jawab?

"...okay, saya akan keluar dari rumah pada pukul 11.00 pagi ini..." sambil tidak berbaju, pakai boxer sahaja. Kemudian buka laptop dan layan laptop atas katil. Gila!!!! kemudian housemate saya halau dengan suara yang keras, siap beri ceramah dan takzkirah tetapi dia tak endahkan.

"...Saya harap, ini last saya nampak muka kamu di rumah ini!..." saya berkata dengan suara yang sedikit keras.

Lepas itu dengan selambernya pada pukul 10.00 pagi, masuk ke dalam bilik air, mandi-mandi, bersiap dan keluar dari rumah. Celaka sungguh buat seperti rumah sendiri.

Ketika dia keluar dari rumah, sempat lagi dia MENCURI duit tabungan seluruh housemate saya di dalam bekas atas meja ruang tamu! Duit itu digunakan untuk membeli penyapu, plastik sampah, gas dll.

Apakah komen anda terhadap manusia seperti ini? Semoga anda berhati-hati dan usah beri sewa. Sila ambil pengajaran.

Ban!

#UPDATE: Pertama, mohon jangan libatkan keluarga dia dalam memberi komen. Kedua, caci maki tidak digalakkan. Ketiga, kisah ini datang dari kesilapan saya sendiri kerana ambil mudah dalam mencari penyewa. Saya salahkan diri saya.

Setiap Kali Lepas Subuh, Isa Samad Akan Berwirid Selama Sejam

"Orang yang tak kenal dia, kutuk dia "si pendek", "makan rasuah & sebagainya. Tapi, saya yakin, kawan-kawan yang kutuk dia tidak tahu bahawa Tan Sri Isa ni, khatam Quran dalam bulan Ramadhan setiap tahun sekurang-kurangnya dua kali. Orang tidak tahu, Tan Sri Isa ni setiap kali lepas solat Subuh, berwirid selama sejam," itulah kata-kata yang dipetik dari status Facebook penyokong Isa Samad, Daud Ibrahim.

Dikala hampir kesemua netizens dan rakyat Malaysia memilih untuk mengecam perlantikan Isa ke dalam SPAD selepas dianggap merosakkan Felda, tampil pula beberapa pihak yang menyatakan sokongan ke atas Isa.  

"Orang tidak tahu Tan Sri Isa ni mengimamkan solat Terawih setiap malam (termasuk di Felda kalau ada majlis berbuka puasa). Tan Sri Isa ni, mengaji Quran setiap hari, walaupun bukan bulan Ramadan. Jadi, kawan-kawan yang kutuk dia, saya harap hentikan mengutuk "sipendek" kerana pendek atau tinggi, itu adalah "kerja Allah"," katanya lagi.



Tinjauan yang dilakukan di ruangan komen pula mendapati rata-ratanya menyokong status tersebut, komen yang terlihat hampir kesemuanya hanyalah yang murni-murni sahaja namun dipercayai ada sesetengah komen negatif telah pun dibuang oleh pemilik akaun.


Tinjauan yang dilakukan bagi mereka yang berkongsikan status facebook tersebut mendapati kebanyakkan dari mereka adalah penyokong Najib dan Barisan Nasional seperti Friends Of Perdana Menteri dan Pertubuhan Dinamik Negeri Sembilan.


Mungkin ada percubaan pihak tertentu untuk menggunakan elemen agama bagi mencantikkan imej Isa Samad yang tercalar teruk berikutan rekod buruknya di FGV.


Untuk rekod, sebelum ini Tan Sri Shahrir Samad ada mengeluarkan kenyataan bahawanya pihak pengurusan tertinggi FGV akan dirombak dalam masa terdekat dan semuanya akan diputuskan oleh pemegang saham selepas mereka mengadakan mesyuarat, iaitu 22 jam sebelum Isa Samad meletakkan jawatannya dan dilantik ke dalam SPAD.

Pihak kami percaya keputusan Isa meletakkan jawatan ada kaitan dengan kenyataan Shahrir. Jika benarlah Isa dipaksa meletakkan jawatan, bukankah ini bermaksud beliau sedikit sebanyak ada kaitan dengan dakwaan penyelewengan di dalam FGV? Membawa beliau masuk ke SPAD bukankah itu namanya tidak bermoral - dan sangat pelik jika Najib masih mempertahankan Isa dengan memberikannya pangkat tertentu dalam agensi kerajaan.


Apa pun ada satu pepatah inggeris yang kami suka nak ubahsuaikan kepada bahasa melayu. "Birds of the same feather, flock together". Yang bermaksud kita adalah kawan kita, kawan kita adalah kita. Dengan siapa kita berkawan, ia mengambarkan diri kita. Baik kawan kita, baiklah kita. Jahat kawan kita, jahatlah kita. Najib dan Isa nampaknya ada beberapa persamaan yang akhirnya membuatkan mereka sering dilihat terbang bersama. Tak begitu ke Najib?

Kah Kah Kah

Sunday, November 19, 2017

Jangan Sapu Vicks Pada Kanak-kanak Bawah 2 Tahun. Ini Risikonya…Dr Suhazeli Abdullah



Soalan

Dr., Sekarang sedang viral di FB tentang penggunaan Vicks ke atas bayi. Katanya, Vicks Vaporub tidak sesuai untuk kanak2 bawah 2 tahun kerana penggunaannya boleh menyebabkan sawan.

Dibolehkan guna vicks baby balsam kerana ia tidak mengandungi Camphor dan sesuai untuk bayi 3 bulan sehingga kanak-kanak 5 tahun. Adakah kenyataan tersebut benar? Mohon pencerahan.

Jawapan

Kebanyakan pakar kanak-kanak mengesyorkan tidak menggunakan minyak berangin yang mengandungi camphor sebagai bahan aktif. Pihak berautoriti seperti Persatuan Pediatrik Amerika (1978) dan Badan Pengurusan Makanan USA (1983) telah mengeluarkan arahan melarang penggunaan minyak angin yang dicampur dengan Camphor melebihi 11%.

Arahan ini berdasarkan kepada beberapa kes yang dilaporkan memudaratkan bayi [1]. .Minyak tersebut adalah ramuan herba yang sejak turun temurun digunakan bagi melegakan pernafasan bayi.

Terdapat kes yang dilaporkan bayi akan mengalami keracunan minyak yang mengandungi camphor. Keracunan ini adalah akibat terhidu dan tertelan sehingga mengakibatkan sawan [2] dan muntah serta hiperaktif [3].

Walaupun kebanyakkan atas pada skala kecil dan dikongsikan dalam bentuk kajian kes serta bukan RCT, semua pihak diminta berhati-hati dalam menggunakannya adalah lebih baik.

Amaran ini juga dikeluarkan oleh pihak farmasi bahawa minyak tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak yang berumur bawah dari 2 tahun. Manakala minyak berbentuk balsam boleh digunakan untuk bayi lebih dari 2 bulan [4].

Rujukan:

[1] Camphorated oil: Endangered canadian Children.http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1337979/?page=1
[2] Kes sawan. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19403490
[3] keracunan muntah dan hiperaktif.http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20693855
[4] Saranan dari pihak farmasi.https://twitter.com/UbatOhUbat/status/744547896377253888

Sumber: FB Page Dr Suhazeli Abdullah

Mak-Mak Boleh Hilangkan Derita Anak Bengkak Tonsil Dengan 6 Cara Ini



“Bonda… kakak sejuk.”

“Eh, demam lagi ke budak ni, kan dah 5 hari. Risau pula bila dah lama-lama camni! Cuba nganga, nak tengok tekak sikit.”

Seperti mendengar arahan seorang cikgu, laju si kakak buka mulut sambil matanya mengalirkan laju air mata di pipi gebunya.

“Laaaa… tonsil bengkak balik lah Kak! Hmmm… tak apa lah, hari ni Bonda jaga kakak ya. Jangan sedih, kakak kena kuat dan lawan!”

Itulah pengorbanan seorang ibu, hal kerja terus letak belakang dulu. Bukan nak lepas tangan komitmen kerja tapi soal anak-anak ni satu pinjaman dari Allah, kenalah usaha lebih jaga anak.

Mulut terus terkumat-kamit bacakan ayat-ayat suci al-Quran. Ya, ubat bagai pun dah bagi, jadi kenalah minta pada Allah. Mohon agar rezeki sudut kesihatan anak makin tebal.

Macam Mana Tonsil Boleh Wujud

Sebenarnya sakit anak tekak atau bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kiralah kanak-kanak ataupun yang dewasa. Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan anak kurang minum air, tu yang jadi bengkak.”

Kononnya nak menunjukkan yang dalaman badan kita panas hingga tonsil boleh membengkak. Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita.

Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk menapis semua bakteria yang cuba masuk. Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus) yang dipanggil tonsillitis, ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ini boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.

Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau. Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.

Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang.

6 Cara Mudah Untuk Hilang Bengkak Tonsil

1. Makan aiskrim vanilla

Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat. Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa coklat atau strawberi.

Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.

2. Berkumur dengan air garam

Kalau anak dah boleh berkumur, anda boleh cuba cara ini. Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian sila berkumur. Jangan sampai tertelan pula ya. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.

3. Rawat dengan vitamin untuk bengkak tonsil (kuatkan sistem imunisasi)

Untuk mereka yang berulang kali tonsil membengkak, ini menunjukkan jangkitan kuman menyebabkan sistem pertahanan badan lemah. Cadangan terbaik untuk rawat bengkak tonsil dan hilangkannya boleh ambil Scotts Emulsion atau Nutriferon. Kalau boleh sediakan di rumah, ya. Senang, bila anak sakit, terus bagi!

4. Air lemon + madu

Boleh bagi anak minum air lemon suam campur madu, dan tolong elakkan anak minum milo buat sementara. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika diserang sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

5. Jangan bagi makan pedas

Haaa… ini larangan keras untuk pesakit tonsil! Makin pedas, makin bengkaklah tonsil anak tu. Mak-mak boleh sediakn sup dan masukkan bawang putih. Ini bagus nak lawan bakteria di tekak anak.

6. Elak ais

Mungkin ada yang suka makan kedai, jadi beringatlah sebab sesetengah kedai guna ais yang tidak dimasak. Ini pun boleh buat bakteria membiak di kawasan tonsil.

Tonsil bengkak biasanya hanya diberikan antibiotik untuk lawan bakteria. Jadi bila doktor sarankan anak anda makan antibiotik, sila habiskan. Kalau tak, tonsil akan datang balik. Tetapi untuk tonsilitis yang serius sehingga makan ubat apa pun tak jalan, biasanya doktor akan mencadangkan tonsil dibuang. Moga artikel ini bantu kaum mak-mak untuk rawat dan cegah dari peringkat awal bila anak demam sebab tonsil bengkak.

Sumber: Mingguan Wanita

Dituduh WAHABI, Apa Dia WAHABI Sebenarnya?

Dalam kita menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, umat Islam di Malaysia tak terlepas dengan dugaan dan kontroversi. Antara kontroversi terbaru adalah apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli al-Bakri dituduh menyeleweng dan dikaitkan dengan ajaran Wahabi. Perkara itu didedahkan oleh Dr Zamihan al-Ghari dalam satu pembentangan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baru-baru ini.

Tak lama lepas tu, keluar pulak senarai penceramah dan website/Youtube Channel yang dikatakan menyebarkan fahaman Wahabi. Apa yang peliknya, SOSCILI jugak ada dalam senarai tu. Aik! Apasal kitorang kena tuduh jadi Wahabi pulak ni?

Lagi pelik bila Sultan Melaka & Amran fans pun jadi Wahabi jugak? Imej dari Yumcha.TV
Dikatakan senarai tu dikeluarkan oleh ASWAJA. Tapi baru-baru ni, pihak ASWAJA menafikan yang diorang keluarkan senarai tersebut.
“ASWAJA tiada kena mengena dangan senarai penceramah Wahabi yang sedang diviralkan. Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang senarai penceramah Wahhabi kepada mana-mana pihak sekalipun. Mohon semua pihak berhati-hati dengan usaha pihak tertentu untuk melaga-lagakan sesama umat Islam.” – Ustaz Dr. Zamihan Al-Ghari, Presiden ASWAJA.
Tapi pada kita yang orang awam ni, kadang-kadang kita pun rasa pelik tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Wahabi? Adakah Wahabi ini termasuk dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah? Oleh itu, ini mungkin sedikit sebanyak maklumat yang kita boleh tahu tentang Wahabi. Antaranya adalah…

Adanya tokoh yang nak kembalikan umat Islam ke zaman Salafus Soleh

Salafus Soleh adalah golongan yang ada dalam tiga generasi terawal hijrah (iaitu dalam lingkungan 300 tahun terawal hijrah). Mereka adalah:
  1. Generasi pertama – para sahabat yang pernah bertemu dengan Rasulullah SAW.
  2. Generasi kedua – golongan yang pernah bertemu dengan para sahabat, tapi tak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW (mereka dipanggil sebagai Tabi’in).
  3. Generasi ketiga – golongan yang tak pernah bertemu dengan Rasulullah dan para sahabat, tapi pernah bertemu dengan Tabi’in (mereka ini dipanggil sebagai Tabi’ tabi’in).
Mereka ini termasuklah empat Imam Mazhab iaitu Imam Abu Hanifah (lahir 80 hijrah), Imam Malik (lahir 93 hijrah), Imam Syafie (lahir 150 hijrah) dan Imam Ahmad bin Hanbal (lahir 163 hijrah). Golongan-golongan inilah yang dikenali sebagai golongan Salafiah atau Salaf. Manakala mereka yang lahir selepas zaman ini pula dipanggil sebagai golongan Khalaf.

Negara-negara dan pegangan mazhab masing-masing. Imej dari annurtv.com
Lebih kurang beberapa ratus tahun selepas zaman Salafus Soleh, muncul pula seorang ulama besar yang dikenali sebagai Imam Ibnu Taimiyah dan anak muridnya Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah. Mereka berdua ini adalah bermazhab Hanbali.
“Jadi mereka cuba meneruskan madrasah Imam Ahmad bin Hanbal atas nama madrasah Salafiah. Iaitu hendak hidupkan kembali madrasah Salaf, pendekatan para ulama Salaf. Jadi mereka melihat bahawa kita kena beramal sebagai mana para ulama Salafus Soleh yang terdahulu beramal.” – Ustaz Aizam Mas’od, Pegawai Penyelidik JAKIM.
Anatara pendekatan Ibnu Taimiyah adalah cuba membawa masyarakat ketika itu untuk menolak perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah dan Salafus Soleh. Ibnu Taimiyah juga sangat kritikal terhadap amalan-amalan bidaah dan menentang kuat ajaran-ajaran sesat, Syiah dan tarekat sufi yang melampau. Sepanjang hidupnya, Ibnu Taimiyah telah dipenjara sebanyak tujuh kali dan akhirnya beliau meninggal dunia ketika berada di dalam penjara.


Lepas Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim meninggal dunia. Muncul pula seorang insan bernama Muhammad bin Abdul Wahab yang dilahirkan di Nadj (kini Riyadh) pada 1115 hijrah. Diceritakan bapa Muhammad bin Abdul Wahab adalah seorang kadi bermazhab Hanbali. Dikatakan juga, Muhammad bin Abdul Wahab adalah seorang yang sangat kagum dengan Ibnu Taimiyah (ada juga yang kata fanatik).
Ketika di zaman Muhammad bin Abdul Wahab, masyarakat Arab pada waktu itu banyak melakukan perkara-perkara khurafat dan bidaah seperti pemujaan kepada wali-wali. Disebabkan itu, dia dan pengikutnya mula memerangi perkara-perkara tersebut, dengan cara menghidupkan kembali pandangan-pandangan Ibnu Taimiyah.

Tanah perkuburan Baqi, sebelum dirobohkan pada 1806 oleh keluarga al-Saud dan mengikut Wahabi. Imej dari Wikipedia.
Lama-kelamaan, fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab ini semakin berkembang di Semenanjung Arab sehinggalah kepada Arab Saudi sekarang. Makanya, para pengikut dan mereka yang setuju dengan pandangan-pandangannya dipanggil sebagai golongan Wahabi.

Munculnya zaman falsafah yang mengkaji sifat-sifat tuhan

Ketika di zaman pertengahan Bani Abassiyah (132-656H / 750-1258M), banyak ilmu-ilmu berkaitan akidah mula dipengaruhi oleh falsafah. Ini kerana ketika itu, terdapat banyak karya-karya dari Greek dan Parsi yang mula diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Ilmu-ilmu itu tak terhad kepada ilmu hisab, perubatan dan astronomi semata-mata, tapi juga termasuk ilmu falsafah yang mengkaji sifat-sifat tuhan.
“Maka lahirlah dari kalangan masyarakat Islam, mereka yang membahas sifat-sifat tuhan dan menggunakan akal. Lahirnya mazhab Muktazilah, mazhab Jabariah dan mazhab Qadariah. Maka ulama-ulama kita telah memperkenal satu batas bagaimana falsafah boleh mengkaji sifat-sifat tuhan. Maka lahirlah mazhab Asya’irah dan Maturidiyah.” – Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Empayar Abbasiyah adalah zaman keemasan Islam dalam ilmu pengetahuan. Malah Islam meluaskan pengaruhnya sampai ke Sepanyol. Imej dari islamawareness.net
Akidah Asya’irah adalah diasaskan oleh Imam Abu Hassan al-Asya’ri dan Maturidiyah pula diasaskan oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi. Majoriti umat Islam di Malaysia kini adalah mengikut akidah Asya’irah dan bermazhab Syafie.
Seperti yang diceritakan tadi, umat Islam ketika itu mula mengkaji tentang sifat-sifat tuhan. Antara yang diperbahaskan adalah berkenaan dengan ayat-ayat mutashabihat iaitu ayat-ayat di dalam al-Quran dan hadis yang tidak jelas maknanya dan seakan-akan menyamakan Allah dengan makhluk. Contoh ayat mutashabihat adalah:
“Sesungguhnya mereka yang berbai’ah denganmu (wahai Muhammad), sebenarnya mereka berbai’ah dengan Allah, tangan Allah (yang tidak sama dengan makhluknya) di atas tangan-tangan mereka (yang melafazkan bai’ah itu)…” – Surah Al-Fath, ayat 10.
“Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita), beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: ‘Di manakah Allah (aina Allah)?’ Jawab hamba itu: ‘Allah di langit (fis samaa’)’. Baginda Rasulullah bertanya lagi: ‘Siapakah aku?’ Jawab hamba itu lagi: ‘Engkau adalah Rasulullah’. Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, ‘Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang beriman)’.” – Hadis riwayat Imam Muslim.
Ayat-ayat yang ada di dalam al-Quran dan hadis ini seolah-seolah menyamakan Allah dengan makhluk. Seperti bertangan dan bertempat. Bagaimanapun, kita semua sedia maklum yang Allah itu tak boleh disamakan dengan makhluk. Jadinya, untuk menyucikan Allah dari disamakan dengan makhluk, maka ulama-ulama aliran Asya’irah mentakwilkan (mentafsirkan) ayat-ayat mutashabihat.

Jelas dalam surah al-Ikhlas menyebut tiada sesiapapun yang serupa dengan Allah SWT. Imej dari surah.my
Walaupun begitu, pendekatan ini tak disetujui oleh Imam Ibnu Taimiyah. Ini kerana, menurutnya kita kena ikut apa yang difahami oleh golongan Salafus Soleh pada suatu masa dulu, yang tak mahu membahaskan ayat-ayat mutashabihat dan serahkannya kepada Allah SWT.
“Maka golongan Salaf mengatakan langit, (maka) langitlah, tapi langit itu tidak sama dengan makhluk, tidak sama dengan bulan dan bintang, kita tidak boleh nak fikir (macam mana langit itu). Tangan maka tangan, tapi tangan yang tak sama dengan tangan manusia. Mata, (maka) mata, tapi mata yang tak sama dengan mata makhluk.
Adapun golongan khalaf pula mentakwil (mentafsirkan) mata itu kepada melihat, tangan itu kepada kudrat, di atas langit itu bermakna Allah itu maha tinggi (maha berkuasa). Golongan Salaf tidak mentakwilkan, di antara mereka ini adalah golongan Wahabi.” – Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.
Menurut Tuan Guru Hadi Awang, hal ini sebenarnya tak jadi perbalahan di kalangan para ulama. Ini kerana, apa yang difahami oleh Asya’irah dan Salafiah tetap diterima sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Cuma pemikiran ini muncul disebabkan keadaan menghadapi ilmu-ilmu falsafah.

Tapi dalam hal lain, muncul pulak isu yang selalu dikaitkan dengan golongan Salafi/Wahabi iaitu isu bidaah. Apa pula itu bidaah?

Ada bidaah yang berat dan ringan

Menurut Imam Abu Zahrah, bidaah adalah perkara-perkara ibadat yang dilakukan oleh seorang hamba Allah untuk mendekat diri kepada Allah SWT tanpa mempunyai asas dalil agama. Manakala menurut Ibnu Taimiyah pula, bidaah adalah setiap apa yang direka dalam ibadah yang disyariatkan, dengan tambahan-tambahan yang tidak disyariatkan. Melakukan tambahan-tambahan ini dan melazimi dengan mengamalkannya adalah bidaah dan kesesatan berdasarkan dua alasan iaitu:
  1. Dari sudut dia beriktiqad (percaya) bahawa perkara (yang ditambah-tambah) itu adalah disyariatkan dan disunatkan.
  2. Kedua pula adalah dari sudut di mana dia melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi Muhammad SAW.
Disebabkan perkara ini dianggap sesat oleh Ibnu Taimiyah, maka Muhammad bin Abdul Wahab menjadi antara orang yang terkenal dalam memerangi dan membenteras perkara-perkara yang dianggap sebagai bidaah ini. Bagaimanapun, Imam Abu Zahrah mengatakan ada kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dalam dakwah golongan Wahabi.
“Mereka (Wahabiyyah) tidak cukup menjadikan hanya ibadat yang mesti diikuti mengikut Islam sebagai mana dalam al-Quran dan Sunnah, serta (pandangan) Ibnu Taimiyah. Bahkan juga mengkehendaki adat juga hendaklah tidak terkeluar daripada lingkaran Islam, lalu mereka mewajibkan (orang lain) apa yang mereka wajibkan ke atas diri mereka.” – Muhammad Abu Zahrah, dipetik dari Diskusi: Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia (terbitan JAKIM).

Tak baik macam tu…Imej dari islamynews.com
Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi pula., bidaah boleh dibagikan kepada beberapa bahagian:
  1. Bidaah mughallazah (sangat berat) – bidaah yang membawa kepada kekufuran seperti kumpulan-kumpulan yang bertentangan dengan akidah Islam seperti ajaran sesat.
  2. Bidaah ghalizah (berat) – bidaah yang agak berat tapi tak sampai mengeluarkan pelakunya dari Islam, ia cuma menjadikan mereka fasiq dan berdosa. Sebagai contoh, seseorang itu banyak menunaikan solat tapi aqidahnya disaluti dosa, ia termasuk kumpulan Khawarij dan Muktazilah.
  3. Bidaah ringan – bidaah yang jadi disebabkan kesilapan dan kekeliruan hukum. Ia dikira sebagai dosa kecil dalam bab maksiat.
  4. Bidaah yang diperselisihi ulama – bidaah yang diakui oleh satu golongan dan ditolak oleh golongan yang lain. Contohnya seperti tawassul kepada Nabi Muhammad SAW. Ia sebenarnya tak termasuk dalam soal akidah tetapi fiqh.

OK…sekarang baru faham….
Jadi kesimpulan yang dapat dibuat adalah, isu bidaah ini pada dasarnya boleh disesaikan dengan adanya sikap kesederhanaan di kalangan masyarakat Islam. Tindakan yang terlalu keras selalunya tak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya pendekatan sederhana seperti yang dilakukan oleh al-Qaradawi satu perkara yang patut dicontohi.

Tokoh-tokoh reformis di Nusantara juga pernah dituduh sebagai Wahabi

Jika kita melihat kepada sejarah di Malaysia dan Indonesia, tokoh pembaharuan seperti Syed Sheikh Al-Hadi dan Hamka sendiri pernah dituduh sebagai Wahabi. Hal ini kerana, cara pemikiran dan pendekatan mereka yang tak selari dengan golongan ulama-ulama tradisional ketika itu. Maka lahirlah, gelaran seperti Kaum Muda (ulama reformis) dan Kaum Tua (ulama tradisional).

Dua orang diantara ramai tokoh reformis yang pernah ada di Nusantara,. Dari kanan: Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abdul Malik Haji Abdul Karim Amrullah (HAMKA). Imej dari Penang Travel Tips & Alchetron.
Disebabkan perkara ini juga, mereka telah dihalang dari memasuki beberapa buah negeri di Tanah Melayu. Malah, buku dan karya mereka juga diharamkan. Seorang tokoh besar seperti Pendeta Zaaba juga pernah diharamkan bukunya kerana isu ini. Hal ini jugalah yang memaksa Hamka menulis surat kepada Mufti Johor (ketika itu) yang menuduh gerakan Kaum Muda sebagai Wahabi dan sesat. Hamka juga pernah berkata:
“Bagi kami yang dikatakan Kaum Muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut mazhab Hanbali dan memang mazhab Hanbali terkenal mazhab yang keras mempertahankan sunnah.
…Dan yang berpengaruh memperbaharui faham mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.” – Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 76-76.

Surat Hamka kepada Mufti Johor, sekarang dah dibukukan. Imej dari roketkini & The Legend 88.
Dalam hal ini, gaya pemikiran dan pendekatan yang dibawa oleh tokoh-tokoh Kaum Muda tersebut adalah datang dari pengaruh Muhammad Abduh dan Rasyid Ridda. Mereka ini bukanlah golongan yang menolak mazhab atau menghina mazhab, tetapi mereka cuba untuk melihat Islam dalam kerangka yang lebih besar dan tidak terhad hanya kepada mazhab.
“Apa yang ditekankan oleh golongan pembaharuan ialah usaha berdamping dengan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang dibincangkan oleh imam-imam yang besar. Ini dibimbangi oleh ‘kaum tua’ takut-takut amalan dan pendapat mereka akan disangkal oleh masyarakat. Maka, isu tidak menghormati ulama pun ditimbulkan.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis. Dipetik dari Malaysiakini.

Muhammad bin Abdul Wahab juga dipuji oleh beberapa orang ulama

Walaupun banyak kontroversi yang dikaitkan dengan Muhammad bin Abdul Wahab, tapi ada juga di kalangan ulama-ulama yang tak sealiran dengannya memuji Muhammad bin Abdul Wahab. Antara ulama tersebut adalah Dr Yusuf al-Qaradawi:
“…Beliau (Muhammad bin Abdul Wahab) memelihara benteng tauhid daripada syirik yang mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya, menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara itu, serta bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik.” – Dr Yusuf al-Qaradawi, dari kitabnya Fiqh al-Aulawiyyat.
Manakala Syeikh Wahbah al- Zuhaili pula menyebut:
“…Beliau adalah suara kebenaran yang berani, pendakwah terbesar bagi islah atau pembaikan, membina umat, jihad, dan mengembalikan individu Muslim supaya berpegang pada jalan salafus soleh yang terbesar, iaitu dakwah Muhammad bin Abdul Wahab pada kurun ke-12 hijrah” – Syeikh Wahbah al- Zuhaili, dari Risalah Mujaddid al-Din Qarn al-Thani ‘Asyar.

Dari kanan: Dr Yusuf al-Qaradawi dan Dr Sheikh Wahbah al-Zuhayli. Imej dari Al Arabiya & zulhusnimatresat.blogspot
Walaupun begitu, menurut Dr Maza (yang pernah kena tuduh sebagai Wahabi), adalah tak berbaloi untuk mempertahankan diri sebagai Wahabi. Ini kerana, kebanyakan masyarakat nampaknya silap apabila mereka melihat Ibnu Taimiyah melalui Muhammad bin Abdul Wahab. Ini kerana, ajaran dan ilmu yang ada dari Ibnu Taimyah adalah sangat luas dan besar. Sebaliknya, Muhammad bin Abdul Wahab cuba menyempitkan perkara yang dibawa oleh Ibnu Taimiyah itu.
“Dia mungkin ada sumbangannya di Saudi sahaja. Di Saudi dulu banyak benda-benda khurafat dan seumpamanya, (jadi) dia ada sumbangan. Oleh kerana, pergerakannya itu menghadapi masyarakat padang pasir, jadi ada sedikit keras dia…Jika tanya pada saya patut ke ikut Wahabi, jawapannya tak patut. (Kita kena) ikut Quran dan Sunnah.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.

Wahabi tak sesat, tapi adakah ianya sesuai?

Sesat atau tidak, itu mungkin persoalan yang selalu bermain di fikiran kita. Ini kerana, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebelum ini pernah keluarkan fatwa mengharamkan penyebaran Wahabi di negeri itu. Selain itu, ada juga negeri-negeri yang menghalang beberapa orang penceramah dari berceramah di negeri mereka kerana dikaitkan dengan Wahabi.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Wahabi bukanlah ajaran sesat dan ia adalah sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perkara itu juga dikongsi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Antara senarai penceramah yang dihalang berceramah dekat Johor. Imej dari ms.abna24.com. Boleh baca artikel kitorang pasal tauliha berceramah kat sini.
Walaupun begitu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan yang aliran Wahabi tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini. Hal ini terutamanya kepada aliran Wahabi yang membawa pendekatan ekstrem.
“Aliran tersebut (Wahabi) tidak salah untuk diamalkan. Majlis Fatwa memutuskan sedemikian setelah mengadakan perbincangan mengenai aliran-aliran lain selain Wahabi yang tidak sesuai diamalkan di negara ini namun tidak sehingga haram…
Mereka (yang ekstrem) menganggap apa yang dilakukan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bidaah, bukan mengikut sunnah. Mereka juga menolak akidah Asha’irah dan Maturidiyah, malah dengan mengatakan dua akidah ini keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi ini pertikaian yang tidak menguntungkan sesiapa.” – Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Dipetik dari Sinar Harian.
[Artikel ini ada merujuk beberapa buku seperti: Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia (Mohd Aizam Mas’od) dan Benteng Iman Merungkai Isu-isu Akidah Semasa (Mohd Aizam Mas’od) terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)]

Ada Sebab Anda Patut Biarkan Sahaja Orang Ramai Suarakan Kemarahan Kepada Pembunuh..


Oleh : Safura

Terjemahan oleh : Amazing Nara

Secara peribadi, saya terkesan kerana saya pernah dan masih menjadi ahli keluarga mangsa bunuh.


Maafkan saya kerana terlalu emosional tentang kes Nhaveen dan Zulfarhan. Saya cuma terkejut kerana ramai orang seolah-olah ingin mengetepikan perkara ini dan melupakannya.

Saya tak pernah terfikir akan menceritakan semua ini di Internet tetapi ibu, adik lelaki saya (dia berusia lima tahun) dan pembantu rumah saya, kesemuanya dibunuh lapan tahun lalu.

Seorang perompak masuk ke rumah kami dan mengambil nyawa mereka di waktu siang. Kes ini diberitakan dengan meluas pada tahun 2009.

Anda tahu di mana pembunuh itu sekarang? Dia dilepaskan oleh mahkamah. Dia menikmati hidupnya dan bebas menonton wayang.

Dan apa berlaku pada saya dan ahli keluarga saya? Setiap seorang dari kami masih berjuang meneruskan hidup.

Kadangkala di waktu malam saya menangis dengan tiba-tiba, mempersoalkan hidup saya dan mengapa ahli keluarga saya pergi sebegitu.

Ibu ialah tunjang hidup saya dan kini dia tiada.

KERANA SESEORANG MASUK RUMAH KAMI DAN BUNUH DIA.

Anda tak tahu betapa sukar untuk saya bertahan selama lapan tahun, cuba untuk menjadi kuat demi adik perempuan saya.

Jika identiti pembunuh itu didedahkan kepada umum mungkin dia tak menikmati hidupnya seperti sekarang.

Sekurang-kurangnya dia menerima akibat atas penderitaan saya.


Tetapi tiada sesiapa pun yang bertanggungjawab kerana mengambil nyawa ibu dan adik saya dan membuat hidup saya sengsara.

Orang ramai hanya lupakan begitu saja. Ibu saya pergi sia-sia.

Perkara ini mungkin mengejutkan beberapa orang yang mengenali saya di dunia sebenar, tetapi inilah kebenarannya. Manusia dibunuh, dan begitulah ketidakadilan hidup ini.
Saya tidak menyokong buli siber atau apa. Hujah saya di sini ialah untuk memberitahu orang ramai budaya membela atau bersimpati pada pembunuh mempunyai kesan terhadap ahli keluarga mangsa.

Sekiranya anda saudara/rakan pembunuh, janganlah marah pada orang ramai yang menunjukkan atau menyuarakan kemarahan kepada golongan ini.

Mereka bunuh mangsa dengan kejam menggunakan tangan mereka sendiri, jadi biar mereka bayar harganya. Ia tentang sebab musabab dan akibatnya.

Tetapi jika anda tidak bersetuju, terpulanglah pada anda. Cuma jauhkan diri anda dari saya.

Hanya ini saja tempat di mana suara saya didengari ramai. Jadi biarkan saja saya di sini. Sekian.